networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, November 29, 2014

Dr Mashitah Bercakap Tentang Artis Berhijrah, Abby Abadi Pula Yang Panas Kenapa?


Setelah lama menyepi, Abby Abadi tiba-tiba bersuara mempertahankan golongan artis yang telah berhijrah..kononnya, Dr Mashitah menghina artis kerana berhijrah...sekali baca artikel yang dikeluarkan oleh Lidah penjilat PAS ini, aku syak ada sesuatu yang tidak kena..apa tidaknya Dr. Mashitah seorang agamawan Wanita UMNO menghina golongan artis yang berhijrah..

Dengar pun dah sumbang..lepas tu mengarutlah si Ustazah Abby Abadi mengatakan Dr Mashitah lebih elok komen tentang rancangn televisyen dari komen tentang artis...tak ada angin tiba-tiba saja Abby Abadi sudah goyang...

Mungkin sebab terlalu banyak makan cili sebab itu kot yang membuatkan Abby meraung kepedasan...oke..kita tengok apa komen Ustazah Datuk Dr. Mashitah komen tentang tohmahan sesat Abby Abadi ini...
Q : Datuk Menghina Artis Hijrah..Apa Komen Datuk?

Sebenarnya saya nak bagitahu kenyataan saya telah diputar belit oleh beberapa pihak atas nama politik…yang cuba mengatakan saya menentang artis-artis yang berhijrah.. 
Sebenarnya dalam ucapan saya ini menceritakan tentang kekeliruan sebagai salah satu daripada agenda dan strategi terancang daripada pihak musuh termasuklah mengelirukan institusi ulama’ itu sendiri.. 
Yang mana saya menyebut mana-mana orang yang berhijrah termasuk artis, mereka boleh berkongsi tentang pengalaman mereka, mereka boleh berkongsi dengan masyarakat tentang harapan mereka tetapi mereka tidak boleh mengeluarkan hukum..kerana mereka bukanlah orang layak menguluarkan hukum hakam tentang Islam itu sendiri.. 
So saya rasa saya sudah clearkan dalam hal ini..Cuma kenyataan itu diputar belitkan.."saya tidak bersetuju dengan penghijrahan artis"..saya rasa ini adalah satu fitnah terbesar cuba dilakukan oleh setengah-setengah pihak yang mempunyai agenda politik.. 
Q : Artis seperti Abby Abadi dan Aisyah melenting..apa komen Datuk?

Siapa makan cili dia teras pedas..pada saya itulah yang saya nak komen..kalau artis yang berhijrah kemudian tidak mengeluarkan sebarang kenyataan-kenyataan yang berunsur menghukum mana-mana pihak..menghina mana-mana parti politik..pada saya dia tidak perlu untuk merasa gusar…
Tentang Abby Abadi melenting bila ditegur ini bukan pertama kali.sebelum ini Ustaz Azhar Idrus pun ada memberi komentar tentang Artis hijrah tentang Artis..tapi tak semena-mena Abby Abadi melenting..walhal Ustaz Azhar Idrus tak ada pula sebut nama dia..tiba-tiba dia melenting...bawah ini buktinya..



Mungkin agaknya sudah sikap Abby cepat melenting tanpa mengetahui perkara sebenar...dah hijrah tu bagus dah Abby..kawal sikit sikap tu...malaslah nak tulis banyak..nanti ada orang tu terasa lagi...hurm..

Bawah ini petikan dari harakah..

Klik Gambar Untuk Besarkan....



4 comments:

Anonymous said...

Artis-artis yang kononnya berhijrah kepada Islam memang bagus kalau tak tahu pasal agama jangan cakap, bila berhijrah aje atau masuk PAS masing-masing anggap cekap dalam hal-ehwal agama walhal banyak lagi kena belajar, cermin dulu diri tu sebelum cakap pasal orang.Sekarang ini banyak orang yang pandai cakap pasal agama betul ke atau tidak kena tapis dulu.

Anonymous said...

"hey, nak dengar lawak pegi dengar maharaja lawak la, tak payah dengar ceramah agama", "kewujudan ramai ustaz ekspres, ustazah jadian yang asalnya pelakon, penyanyi rockers kemudian masuk pas, celaru keadaan"...ayat2 tersebut adalah sebahagian y telah disebut oleh dr.mashitah semasa PAU tempoh hari. dr.mashitah boleh bagi pelbagai alasan termasuk alasan klise "media memutarbelit kenyataan" untuk menutup kesilapan terlepas cakap beliau... namun ucapan beliau semamangnya jelas mahu menghentam golongan agamawan di dalam PAS, busuknya hati beliau lebih bimbangkan ustaz,ustazah tanpa tauliah sedangkan boss beliau sendiri tanpa tauliah menyatakan hukum hudud itu tidak sesuai untuk masyarakat berbilang kaum...

Anonymous said...

tak tahu sape yang tulis artikel ni, tapi yang pasti orang yang tulis artikel ni memang dengar citer dari mulut orang je,,, kekeke....


btw, syitah ni lah kan yang jatuhkan hukum harus cium tangan opposite gender? mungkin dia tiada cermin di rumah tapi itulah kan... hmmm

Anonymous said...

PERNAHKAH NABI MUHAMMAD MENYURUH KAUM WANITA BERKECIMPUNG DALAM DUNIA MENTADBIRAN (POLITIK) SEPANJANG RIWAYATNYA? RENUNG2KAN LAH YE. ABBY ABADI JIKA DINASIHATI PASTI MELENTING DAN JAWAB “SAYA DAH TUNAIKAN KEWAJIPAN SAYA UNTUK BERDAKWAH”.DALAM MASA YANG SAMA JUGA IMEJ ABBY TIDAK SESUAI KERANA DIA SELALU POST LUAHAN HATI MENGENAI CINTA2 DENGAN PELBAGAI LELAKI BAHKAN SAMPAI SEKARANG.INI BUKAN SOAL LAWANKAN ABBY SEBAB DIA PAS ATAU LAWANKAN MASITA SEBAB UMNO.TAPI SOAL BERPOLITIK DAN MEMEGANG STATUS USTAZAH DALAM ISLAM. ITULAH SEBABNYA NABI TAK SURUH KAUM WANITA TERLIBAT DENGAN POLITIK KERANA BANYAK PERKARA YANG PERLU DIJAGA WANITA CONTOHNYA LUAHAN HATI ABBY DIPOST2

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA