networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, November 22, 2014

Misi Besar : Dr Mashitah Mahu Angkat Martabat Pelajar Pondok Ke Arus Perdana...

Pengerusi Eksekutif 
Yayasan Pemangunan Pondok Malaysia (YPPM)
Dato’ Dr Mashitah Binti Ibrahim
Setelah lama menyepi..tiba-tiba sahaja nama Dato’ Dr Mashitah Binti Ibrahim kembali menjadi bual bicara...

Dengar khabar dalam diam sekarang ini Dr Mashitah sedang dalam usaha menaikkan kembali martabat sekolah-sekolah pondok di negara kita...mungkin kerana latar belakangnya dari Sekolah Taufiqiah Pondok Shaikh Yahaya Junaid, Padang Lumat, Kedah membuatkan Perdana Menteri telah memberi tanggungjawab yang besar kepada beliau untuk mengembalikan kegemilangan sekolah-sekolah pondok di negara kita...

Banyak misi dan idea Dr Mashitah untuk menabur bakti semula ke sekolah pondok..Selaku Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) usaha Dr Mashitah bermula pada tahun 2012 apabila tertubuhnya Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia secara rasmi...

Bercakap tentang sekolah pondok ini sudah tentu kita memahami matlamat asas penubuhan sekolah pondok untuk menghasilkan lebih ramai tahfiz dan ilmuan agama..namun pelajar-pelajar ini perlukan bantuan agar golongan ulama' agama dari sekolah pondok dapat diketengahkan dan diterima di arus perdana...

Peruntukan Kewangan RM 25 Juta Untuk Sekolah Pondok

Pada pembentangan bajet yang lalu..YAB PM telah mengumumkan bantuan sebanyak RM 25 Juta untuk pembangunan sekolah pondok sepertimana bantuan diberikan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Cina atau conforming school yang mengguna pakai kurikulum Kebangsaan..

Ini petanda positif usaha kerajaan bagi meningkatkan martabat sekolah pondok sepertimana zaman kegemilangan sekolah ini pada era kemerdekaan dahulu...

Pelajar Sekolah Pondok Ikon Masyarakat


Antara cadangan yang ingin diperjuangkan Dr Mashitah ini ialah mahu melihat anak-anak dari sekolah pondok menjadi ikon kepada masyarakat..menjadi imam di masjid-masjid...

Pelajar sekolah pondok ini mempunyai ilmu dalam bidang agama....jadi mereka ini dilihat layak untuk menjadi pemimpin dan ikon masyarakat...kehadiran anak-anak sekolah pondok ini dilihat mampu mengubah landskap masyarakat..

Dr Mashitah menceritakan pengalamannya ketika anak-anak sekolah pondok ini menghadiri satu program di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), ketika program anak-anak ini menjadi hafiz..kehadiran mereka telah berjaya mengubah pandangan pelajar...jika sebelum ini ramai pelajar duduk berborak ketika waktu petang dibawah-bawah pokok, selepas kehadiran anak-anak ini ramai pelajar duduk bawah pokok mengaji Al-Quran...Seorang mengaji dan seorang mendengar

Perkara ini jika diluaskan mampu mengubah suasana sosial anak muda...malah kebanyakan universiti tempatan sekarang ini juga sudah mewujudkan sistem pengajian pondok..perkembangan ini amat bagus bagi menaikkan martabat pengajian pondok...

KPM Perlu Longgarkan Sekatan Terhadap Sekolah Pondok

Ketika ditemubual, Dr Mashitah mahu mereka ini diberi kelonggaran daripada KPM agar anak-anak ini diterima dalam sistem pendidikan...

Pelajar-pelajar sekolah pondok langsung tidak terikat dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menjadi tunjang kepada KPM...biarpun tidak ikut dokumen PPPM ini anak-anak sekolah pondok ini istimewa..mereka ini tahfiz, mahir dalam ilmuan agama tauhid, aqidah, fardhu ain dan sebagainya...

Anak-anak tahfiz ini perlu diberikan kelonggaran yang mana mereka perlu mengambil SPM tetapi kelonggaran agar pelajar ini diutamakan memfokuskan subjek keagamaan..mungkin Sekolah Pondok ini boleh diselaraskan silibus sebagaimana yang dilakukan di Sekolah-sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

Jikalau anak-anak ini mempunyai sijil SPM, maka peluang mereka akan lebih terbuka untuk menyambung pelajaran ke Universiti tempatan mahupun Antarabangsa..

Daftar Sekolah Pondok

Jikalau kita bertanya kepada masyarakat berapa banyak sekolah pondok? Dimana sekolah pondok beroperasi?apa content learning order yang dilaksanakan? Sudah pasti ramai tidak mengetahui dengan lebih terperinci...

Disebabkan hal ini Dr Mashitah bersama YPPM sekarang ini sedang menumpukan pendaftaran sekolah-sekolah pondok dibawah yayasan ini..

Namun jika hendak memberi sumbagan pun sukar kerana keboleh percayaan masyarakat terhadap sumbangan mereka sampai atau tidak masih was-was..disebabkan hal inilah Dr Mashitah merasakan tanggungjawabnya melalui Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia untuk mendaftarkan sekolah-sekolah pondok ini...

Pendaftaran ini penting bagi menjamin integriti dan martabat sekolah pondok. Tidaklah nanti orang pertikaikan mengapa perlu memberi sumbangan ke akaun peribadi ustaz-ustaz...akaun sekolah tiada ke?

Perkara ini yang ditekankan oleh Pengerusi YPPM ini...melalui Yayasan ini tidaklah kita merasakan pelajar-pelajar sekolah pondok ini rendah martabatnya kerana terpaksa menjual produk2 nama individu tertentu di stesen minyak,kedai2 makan atas alasan mahu membaik pulih sekolah pobdok...

Yayasan akan memberi bantuan dan menjaga anak2 ini..anak-anak ini perlu menumpukan tugas mereka untuk menuntut ilmu..menjadi tahfiz..bukan meminta derma dijalanan...tidaklah ada pihak sewenang-wenangnya mengambil kesempatan menggunakan nama Sekolah Pondok untuk menipu hasil daripada meminta sedekah...

Tiada Niat Campur Tangan Urusan Dalam Sekolah Pondok...

Ada segelintir pihak berpendapat, sekiranya Sekolah Pondok ini didaftar maka kerajaan berhak untuk campur tangan urusan pentadbiran mereka..perkara ini telah dinafikan oleh Dr Mashitah sendiri...pendaftaran ini sebenarnya mahu mengumpul data tentang sekolah pondok di Malaysia agar memudahkan urusan bantuan untuk sekolah ini..

Sama-samalah kita berdoa agar usaha murni ini diberkati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan Dr Masyitah bersama YPPM untuk menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan...Wallahualam Bissawab

1 comment:

Anonymous said...

Hendak bantu atau ada muslihat lain?

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA