networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, November 25, 2014

Dr. Mashitah Menanti Detik Julung Kali Untuk Membahaskan Usul Agama dan Pendidikan Di Perhimpunan Agung UMNO.....


Perhimpunan Agong UMNO 2014 kini berlangsung...saya mengharapkan UMNO mengotakan janjinya yang mana mahukan lebih ramai orang muda cinta UMNO bagi meremajakan UMNO..itu sudah bagus dan memang diperlukan memandangkan kita perlukan sokongan orang muda dalam memastikan survival UMNO sentiasa relevan...

Dengar khabar Kelab UMNO luar negara ada membahaskan usul menubuhkan sayap baharu untuk kumpulan Mahasiswa..ini bermakna meremajakan UMNO bukan sahaja datang dari Pemuda dan Puteri..Sayap Mahasiswa juga merupakan pemangkin ke arah usaha meremajakan UMNO...namun idea ini perlu diteliti serta diperhalusi Biro Politik UMNO, Majlis Tertinggi (MT) serta dibangkitkan dalam Perhimpunan Agung.

Selain dari meremajakan UMNO, saya mengharapkan lebih ramai golongan ulama' diangkat di dalam UMNO...jika sebut saja siapa ulama' dalam UMNO...sudah pasti nama pertama di bibir penyokong UMNO ialah Ustaz Fathul Bari, Dr Asyraf Wajdi Dusuki..Ustaz Kazim juga banyak kali terlibat dalam ceramah yang dianjurkan kerajaan...itu lelaki..jika wanita siapa?

Sudah tentu anda akan ambil masa sedikit untuk scan siapa yang layak digelar Ustazah dalam UMNO...bukan bererti dalam UMNO semua tidak beragama cumanya kita memerlukan orang yang layak kehadapan bagi mewakili Wanita membicarakan soalan agama dan aqidah umat Islam...

Bab mencari Ustazah dalam UMNO ini bukan seperti mencari Ustazah 'Mee Segera' sekali petik boleh pilih siapa yang kita mahu..bukan macam pemimpin-pemimpin sebelah sana artis yang baru beberapa hari masuk 'Parti Itu' pun sudah layak dijadikan Ustazah 'Mee Segera'...dalam UMNO kita mahukan yang berkaliber dan layak..

Dengar khabar yang bertiup kencang...pada Perhimpunan kali ini, Dr Mashitah telah diberi peluang untuk berbahas pada PAU kali ini..Ketika ditanya oleh wartawan Agenda Daily mengenai desas-desus ini...berikut ialah kenyataan Dr. Mashitah :
"Memang betul. Selama ini saya tidak pernah diberi peluang bercakap atau berbahas di PAU. Ini kali pertama dan saya amat berterima kasih kepada Wanita UMNO bahagian Baling yang memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan usul agama dan pendidikan.  
Saya juga mungkin juga nak menekankan tentang penggunaan dan pemahaman tentang perkataan "jihadist" yang merupakam istilah baru yang diperkenalkan oleh Barat. Pada saya bila tambah huruf "ist" ia melambangkan kepada fanatik. Misalnya kalau kita sebut "terror" jadi terrorist. Ini apa pula dipanggil Jihadist dan Islamist?" 
"Ini adalah istilah-istilah baharu yang dicipta oleh Barat yang sering mengatakan Jihadist orang Muslim. Mereka melihat Jihadist macam "terrorist". Maka saya nak memperbetulkan kekeliruan kita mengenai istillah ini supaya kita tidak terikut-ikut dengan cara hidup orang lain. 
Nabi Muhammad (s.a.w) menyebut - kamu akan mengikut sejengkal demi sejengkal, sedepa demi sedepa sehinggalah kalau orang itu membawa kamu masuk ke lubang biawak pun kamu akan ikut. Sahabat pun bertanya siapa yang dimaksudkan oleh Nabi? Adakah itu Yahudi dan Nasrani? siapa lagi kalau bukan mereka, jawab Nabi." 
"Maknanya kita tak diajar untuk menukar agama tetapi perlahan-lahan dipengaruhi untuk melupakan agama kita dengan mengikut kepada budaya dan cara hidup orang lain. Itulah yang sedang berlaku sekarang! Ini sebenarnya adalah satu agenda terancang dan kita tidak boleh membiarkan ia berterusan kerana ia akan membawa kepada satu pengakhiran yang sangat merbahaya keranda agenda ini tersusun."  
"Dalam Islam disebut, kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak terancang. Saya rasa inilah masanya sebagai seorang pendakwah, saya harus memberi kesedaran dan insyaalah saya berharap apa yang akan saya utarakan nanti akan dibawa oleh perwakilan untuk dibincang oleh bahagian masing-masing."

Pada hemah saya, Datuk Dr. Mashitah memang individu yang tepat mewakili Wanita UMNO bagi memantapkan lagi suara ulama' dalam UMNO..Beliau pernah menuntut ilmu di Sekolah Pondok Sekolah Taufiqiah Pondok Shaikh Yahaya Junaid, Padang Lumat, Kedah. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Mahmud, Alor Star dan seterusnya memperolehi Ijazah dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 1987.

Dalam tahun yang sama juga, beliau meneruskan pengajian Doktor Falsafah dalam bidang Syariah Islamiyyah pengkhususan Tafsir dan Hadis di Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir. Seterusnya beliau melengkapkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang 'Revealed Knowledge and Heritage' pada tahun 1992.

Datuk Dr. Mashitah merupakan pelajar wanita Malaysia pertama memperolehi Ijazah Kedoktoran Kelas Pertama (Syaraf Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dari salah sebuah universiti terkenal di Mesir, iaitu Universiti Kaherah pada tahun 1997. Sebelum menceburkan diri di dalam politik, beliau merupakan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Selangor.

Pada Pilihan Raya Umum 2004 Mashitah mengalahkan bekas imam Masjid Negara, Kuala Lumpur, Ustaz Taib Azamudden Md Taib dari PAS dengan majoriti 4,229 undi. Selepas menang kerusi Parlimen Baling itu, beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri. Pada 18 Mac 2008, PM ketika itu, Tun Abdullah Badawi melantik Mashitah sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri melalui lantikan Senator.

Pada 1 Ogos 2012 atas idea Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak, Yayasan Pondok (YPPM) didaftarkan sebagai sebuah badan kerajaan. Dato’ Sri Mohd Najib yang juga Penaung YPPM telah melantik Mashitah sebagai Pengerusi Eksekutif YPPM.

Mashitah terpilih menjadi Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling setelah mengalahkan pencabarnya pada persidangan UMNO Bahagian pada 1 November 2008. Jawatan itu dipertahankan sehingga sekarang.

Beliau kini banyak meluangkan masa untuk menaikkan semula martabat Sekolah Pondok melalui YPPM...UMNO memang dahagakan kelibat ilmuan agama dalam kalangan wanita untuk menjunjung daulah Islamiyah dalam UMNO dan umat Islam...sama-sama kita tunggu suara pertama dari Dr Mashitah dalam PAU kali ini...dengarnya beliau akan berbicara mengenai serangan terhadap akidah dan mencetuskan kekeliruan di kalangan rakyat beragama Islam.

1 comment:

Anonymous said...

Makin cantik Dr Masithah :-)

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA