networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, November 23, 2014

FGV Bakal Menjadi Pengeluar Terbesar Tokotrienol Di Asia Tenggara...


FELDA Global Venture  Holdings Bhd (FGV) sekali lagi maju setapak apabila bakal menjalinkan usahasama dengan Syarikat Lipid Venture Sdn. Bhd bagi menghasilkan produk berasaskan vitamin E..

Ketua Pegawai Eksekutif FGV Mohd Emir Mavani Abdullah berkata, usaha sama antara Felda Global Ventures Downstream Sdn Bhd dengan Lipid Venture itu membolehkan Felda membekalkan bahan mentah untuk penghasilan vitamin E itu manakala Lipid Venture menyediakan teknologi dan kemahiran untuk penghasilan produk kesihatan berasaskan sawit.

"Pasaran vitamin E di dunia dijangka mencecah AS$3.2 bilion (RM10.2 bilion) menjelang 2017 jadi terdapat potensi besar bagi tokotrienol.

"Penghasilan tokotrienol kini masih kecil kerana kosnya tinggi tetapi dengan menggunakan teknologi canggih, kami mampu mengurangkan kos pengeluaran dan menjadikan tokotrienol lebih berdaya saing," katanya.

Usahasama FGV dan Syarikat Lipid ini bakal menyaksikan FGV memiliki 60% pegangan untuk menghsail dan memasarkan vitamin E bersaskan sawit. Dengar khabar, penghasilan Vitamin E ini bakal menggunakan teknologi terkini bagi mengekstrak tokotrienol yang mana mampu menjimatkan kos pengeluaran 50%..

Bukan itu sahaja, hasil ekstrak Tokotrienol ini akan lebih berkualiti dan asli serta bebas daripada pencemaran kimia...

FGV menjangkakan pengeluarannya boleh mencecah 70,000 KG setahun dan dijangka menjadi antara pengeluar terbesar tokotrienol di Asia Tenggara..

Di sini saya ingin kongsikan manfaat Vitamin E Tokotrienol:
  • Mengurangkan risiko lumpuh dan pengerasan salur nadi
  • Mengurangkan pengeluaran jumlah darah kolesterol
  • Lebih poten daripada tokoferol (40-60 kali lebih poten daripada alfa-tokoferol dalam pencegahan pemperoksidaan lemak)
  • Dapat mengawal pertambahan tekanan darah dan meningkatkan taraf jumlah antioksidan dalam plasma dan urat-urat darah
  • Melarang pengagregatan platlet
  • Lebih efisyen dan cepat apabila melalui membran dwi-lapisan, oleh itu ia mudah diserapkan ke dalam badan
  • Efektif dalam pencegahan pengoksidaan protein dan pemperoksidaan lemak selepas latihan/aktiviti-aktiviti
Sama-sama kita mengharapkan satu hari nanti, vitamin E Tokotrienol ini lebih murah dan mampu dibeli rakyat...ia boleh dijadikan supliment tambahan kepada tubuh kita dan yang penting harganya perlulah lebih murah daripada tokoferol....

1 comment:

Anonymous said...

Masa pembentukkan FGV dulu...puak2 cinapek pendengki DAP dan ANJING2 suruhan diorang dalam PKR dan PAS bukan main lantang menyalak tak sudah...memburuk2kan rancangan Kerajaan.

Sebab apa?
Sebab FGV ditubuhkan untuk memjayakan bangsa Bumiputera.

DAP kalau tak RACIST mendengki, bukan DAP namanya. Si kit siang dan anak dia tu adalah dari baka yang paling racist di Tanah Air. Melayu2 macam dyana dan anjing2 dalam PAS/PKR hanyalah untuk mengaburi mata kita.

Dengki kat FGV, dengki kat Petronas, dengki kat Syed Mokhtar...Yang conglomarate2 cina yang berbillion2 ringgit yang hanya memperkasakan puak2 cina, ada orang Melayu dengki?

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA