networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, November 20, 2014

Kenali Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia Dengan Lebih Dekat...


Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia atau nama singkatannya YPPM telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2012 hasil inisiatif YAB, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak yang memberi amanah kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Dr Mashitah Binti Ibrahim sebagai Pengerusi Eksekutif YPPM..

Sudah tentu ramai yang hendak mengetahui siapakah tulang belakang Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM).. Berikut ialah carta Organisasi YPPM :
Penaung:
YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia 
Pengerusi Eksekutif:
Y. Bhg Dato’ Dr Mashitah Binti Ibrahim 
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 

Pengarah Operasi:
Tuan Haji Juhaidi Yean Abdullah 
MUSTASHAR:
Pengerusi
Tan Sri Prof Ulung Dr. Kamal Bin Hassan (Prof Ulung Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam – ISTAC) 
Ahli
Dato’ Paduka Syeikh Hasbullah Bin Abdul Halim (Mantan Mufti Kedah)
Ust Mohd Fauzi Mustaffa
Prof Dr Siti Rugayah Haji Tibek
Prof Dr Datin Paduka Jawiah Dakir

Lembaga Pengarah: 
Pengerusi
Haji Juhaidi Yean Bin Abdullah 
Ahli
Datuk Abdul Shakor Bin Abu Bakar
Datuk Hasanah Binti Ab Hamid
Dr. Rosidah Binti Ahmad

Matlamat Penubuhan YPPM
Matlamat utama penubuhan YPPM adalah untuk memberi pengiktirafan kepada institusi pengajian pondok dan warga pondok yang banyak menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan pendidikan Islam serta melahirkan ramai tokoh ilmuwan agama. Ia juga bagi mengiktiraf jasa dan bakti para ulama, tok guru dan tok mudir dalam melahirkan generasi pelajar yang mahir dalam ilmu agama dan pengajian Al-Quran. 
Yayasan akan membantu dan bekerjasama dengan agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) yang lain untuk memaju, membangun dan mengembangkan institusi pengajian pondok bagi memastikan kelangsungannya. Imej sistem pengajian pondok yang mundur dan terpinggir mesti diperbaiki, manakala persepsi pelajar pondok sebagai pelajar kelas kedua, golongan taksub atau pelampau mesti dikikis sama sekali.
Visi & Misi YPPM
Memartabat dan memastikan institusi pondok di negara ini lebih berdaya maju dan dapat mempertahankan kelangsungannya. YPPM akan memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan keupayaan dan kejayaan institusi pondok melaksanakan tanggungjawab melahirkan warga yang berilmu dan berwasatiyah.

Daripada direktori YPPM yang diterima setakat ini hampir setiap negeri Pengajian Pondok sudah bernaung di bawah YPPM..di bawah ini senarai Kompleks Pondok mengikut negeri..

Kedah
Pulau Pinang
Perak

Negeri Sembilan
Melaka
Johor
Pahang
Kelantan
Penerangan lanjut tentang direktor Yayasan Pondok juga boleh diperolehi dengan format PDF di SINI, SINI, dan SINI

Boleh juga baca tentang Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia yang saya tulis di SINI..ini membuktikan bahawa Pendidikan Pondok tidak disisihkan oleh kerajaan...diharapkan dengan adanya YPPM ini dapatlah menstruktur dan menambahbaik institusi pondok agar lebih ramai pelajar yang mahir dalam ilmu agama dan pengajian Al-Quran dapat dilahirkan...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA