networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, November 7, 2014

Kesal : Baikpulih Jambatan Keretapi Gemas-Gua Musang Jadi Mainan Politik Pemimpin Pembangkang....


Kadang kelakar juga tengok perangai pemimpin pembangkang...kerja lain tak ada..hendak mencari salah orang lain itu jer mereka tahu...dalam mereka tak sedar, dalam mereka terkejar-kejar untuk mencari kesalahan kerajaan sebenarnya mereka telah membuka pekung mereka sendiri...

Benar Sabda Rasulullah SAW tentang menjaga aib seorang muslim seperti di bawah :


Berkenaan isu yang diabwa ahli parlimen PAS ini, dia cuba menyalahkan kerajaan yang disifatkan tidak prihatin berhubung keselamatan pengguna kereta api, khususnya pengguna pengangkutan awam itu di bahagian pantai timur.

Dakwa Ahli Parlimen PAS tersebut seperti yang disiar oleh lidah rasmi PAS, Harakah seperti di bawah...
"Kenapa kerajaan tidak membaiki jambatan yang rosak. Kalau kereta api dipandu perlahan pun, ia tetap tidak selamat kerana laluan rosak. 
"Bukan masalah dipandu laju atau perlahan. Takkan nak tunggu roboh dulu, baru hendak baiki?" soal Siti Zailah dalam nada tegas.
Pertikaian oleh Ahli PAS ini telah membuka aib rakan-rakan pakatan mereka yang lain..pada bulan Jun lalu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah membuat pemantau dan mendapati Rel keretapi Gemas-Gua Musang perlu ditutup untuk kerja-kerja membaik pulih...

Namun, ianya ditentang hebat oleh ahli Pakatan antaranya Ahli Parlimen Tumpat (PAS) Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar dan Liew Chin Tong (DAP-Kluang) mendakwa berdasarkan sumber dalaman, SPAD menggunakan kuasa di bawah Seksyen 106 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 mengarahkan syarikat KTMB menutup landasan terbabit, namun tempoh penutupan tidak diketahui dan bergantung kepada kerja penyelenggaraan landasan. -TMI

Katanya, penyelenggaraan Landasan akan menyusahkan orang ramai untuk menggunakan laluan tersebut...antara cadangan yang diutarakan membuat jadual berkala sementara kerja penyelengaraan terus dijalankan...agaknya pemimpin pakatan ni tidak faham agaknya, mereka ingat nak repair railway ni macam baiki jalan raya...sebelah tutup..sebalah lagi boleh digunakan...

Kalau jambatan seperti dibawah ini agaknya macamana jadual berkala hendak dibuat kalau tidak menutup laluan terus...


Pihak kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 400 Juta untuk menaiktaraf laluan Gemas-Gua Musang yang membabitkan laluan sepanjang 322KM yang menyebabkan laluan itu bakal ditutup...apakan daya, Ahli Parlimen pembangkang menentangnya..sekarang pula menyalahkan kerajaan kerana tidak membaik pulih..hairan sungguh!

Dibawah ini saya sharekan respon balas pengiat siber Facebook akaun Faisal Bin Rohban tentang putar belit yang diamalkan pemimpin pakatan berkenaan isu naiktaraf Laluan Gemas-Gua Musang...
JUN 2014: SPAD melawat laluan keretapi pantai timur bersama KTM untuk melihat masalah2 yang timbul di laluan berkenaan dan mengumumkan akan menutup laluan itu sementara waktu untuk kerja2 baik pulih demi keselamatan penumpang. Gambar no 1-3 yg dilampirkan. 
JUN 2014: Kesatuan kakitangan KTM membantah penutupan laluan berkenaan dan setiap hari media pembangkang memainkan isu berkenaan. 
JUN 2014 : Pakatan rakyat melalui wakil dari PAS dan DAP membantah penutupan laluan berkenaan. Disiarkan oleh Malaysia Insider. Lihat gambar no 4 yang dilampirkan. 
JUN 2014 : Kerana bantahan keras, SPAD menangguhkan penutupan laluan tersebut. Lihat gambar no 5 yang dilampirkan. Jika diteruskan mereka akan kata kerajaan BN angkuh, bongkak dan tak dgr pandangan rakyat dan tuduhan2 lain yang lazim mereka gunakan. 
NOVEMBER 2014 (hari ini) : Pemimpin PAS juga yang membangkitkan soal keselamatan laluan keretapi berkenaan dlm parlimen. Disiarkan oleh harakahdaily. 
Dulu pemimpin parti islam itulah yang bantah, hari ini pemimpin parti islam itulah yang melalak. Perangai apakah ini ? Perangai setan ? Perangai iblis ? Perangai hantu ? Perangai org beriman parti islam ?
Untuk baik pulih jambatan keretapi pun dipertikaikan pemimpin pembangkang...nak baiki salah...tak baiki lagi salah...pandai mempertikai saja mereka ni...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA