networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, November 18, 2014

Kesunguhan Syarikat Pengangkutan Awam Tingkatkan Kualiti Diberi Pengiktirafan Oleh SPAD...


Bersempena penganjuran Simposium Pengangkutan Awam Darat pada hari ini, malam tadi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menganjurkan majlis Anugerah Syarikat Bas dan Teksi Contoh.

Simposium Pengangkutan Awam Darat 2014 merupakan penganjuran kali ke-3 yang dianjurkan SPAD. Simposium pada tahun ini bertemakan The Future of Our Cities: Thinking Ahead, Building Together’ 

Pemberian anugerah tersebut bertujuan mengiktiraf sumbangan pihak pengendali pengangkutan awam yang bersunguh-sungguh memastikan perkhidmatan mereka terbaik demi keselesaan penumpang..

Anugerah malam tadi telah disampaikan sendiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar..

Ekspress Rail Link Berhad (ERL) dan Konsortium Transnasional Berhad masing-masing telah mempertahankan anugerah yang dimenangi pada tahun lepas..Express Rail Link Berhad (ERL) menerima anugerah Pengendali Terbaik kategori Perkhidmatan Bandar dan Antara Bandar..manakala Konsortium Transnasional Berhad mempertahankan anugerah Inovasi Terbaik kategori Bas Ekspress...

Kejayaan ERL diukur daripada sudut bilangan penumpang, ketepatan waktu dan keyakinan penumpang..indeks bilangan penumpang ERL Transit meningkat sebanyak 34.23% berbanding tahun lalu..ERL Ekspress turut mencatat peningkatan sebanyak 34.17% bilangan penumpang yang..Bagi indeks ketepatan waktu, ERL Transit mencatat 99.88% tepat dan ERL Ekspress catat 99.89% tepat..

Anugerah Inovasi terbaik yang dimenangi oleh Konsortium Transnasional Berhad (KTB) diukur daripada aspek keselamatan yang mana pihak konsurtium hanya menggunakan alat ganti tulen. Mendapat bantuan kerosakan 24 jam daripada penyelenggara terkenal seperti Scania, Nissan Diesel dan MAN..malah Pengendali Transnasional juga mendapatkan pemeriksaan tayar berkala bagi memastikan keselamatan bas mereka...

Antara faktor lain yang diukur bagi kategori Best Innovation ialah keselesaan penumpang..bagi Kelas Perdana, KTB telah melancarkan bas kelas Perdana yang dilengkapi 9' LED Anroid, kerusi boleh laras 45 darjah, kerusi yang berasingan dengan penumpang lain yang dilengkapi urutan dari jenama Ogawa..kelas Perdana ini ditawarkan untuk perjalanan jauh dari KL-Singapura dan KL-Pulau Pinang..Faktor ini yang diambil kita bagi kategori Pengendali Inovasi...

Sani Express Sdn Bhd memenangi kategori Bas Ekspress kerana pengurusan yang cekap dari segi pengendalian dan pemantauan keselamatan, penyelenggaraan dan keselesaan penumpang.

Lain-lain pemenang adalah:

Pengendali Terbaik Pengangkutan Barangan Perdagangan (Freight under A Class License): Sin Kung Logistics Sdn Bhd.

Freight under A Class License - Sin Kung Logistics Sdn Bhd

Freight under KA Class License: Century Total Logistics Sdn Bhd.

Inovasi Terbaik - Freight under A Class License: Pos Malaysia Berhad.

Anugerah Khas Merit Award (pengendali): bas henti-henti: Syarikat Pengangkutan Maju Sdn Bhd.

Anugerah Khas Merit Award (inovasi): Freight Under KA Class License: LC Forwarders Sdn Bhd.

Majlis anugerah ini telah memberi pengiktirafan kepada semua pengendali pengangkutan awam darat yang telah bersusah payah menjaga dan meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka untuk keselesaan pengguna...Langkah ini merupakan cara terbaik kepada SPAD bagi memberi pengiktirafan kepada para pengendali dan syarikat-syarikat pengangkutan awam...

Meningkatnya kualiti pengangkutan awam maka ia telah meningkatkan status negara kita yang mempunyai jaringan pengangkutan awam yang terbaik...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA