networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, November 15, 2014

PANAS!!!Pemaju Perumahan Dan Agensi Tidak Bertanggungjawab Punca Banjir Kilat Di Batu Pahat Johor?!! @KhaledNordin


Pendedahan ini mungkin membuatkan ramai yang buka mata apabila sikap pemaju dan agensi yang sepatutnya bertanggungjawab merancang pembangunan sepatutnya gagal menepati piawaian dan SOP...akibatnya penduduk menderita dan terpaksa menanggung kerugian akibat banjir kilat yang kerap berlaku...

Maklumat ini diterima daripada seorang pegawai yang berkhidmat di agensi kerajaan yang meluahkan rasa kecewa melihat banjir kilat berlaku..masuk ini sudah 4 kali banjir kilat berlaku....apakah tidak ada pihak yang memantau atau semuanya tidak nampak akan masalah ini..makluma sajalah Batu Pahat kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat....ikuti pendedahan dari akaun facebook milik Mohd Yusof Ahmad...

Akibat Pembangunan Rakyat Derita...
Inilah yg di tanggung oleh penduduk Taman Mas,Batu Pahat yg terpaksa menanggung kerugian dalam setahun ini sudah 4 kali rumah mereka di tenggelami air, ini berpunca dari sikap pemaju serta agensi yg berkaitan tidak mematuhi SOP kerja dlm menaik taraf longkang besar di Parit Lapis,Batu Pahat, walaupun perkara ini telah di ajukan kepada pihak Jurutera JPS Daerah tetapi tiada tindakan sehingga kini telah 4 kali di tenggelami Air Banjir...kpd pihak mana lg mereka ini ingin buat ADUAN kalau seperti Melukut Di Tepi Gantang...tiada pihak pun yg membela nasib penduduk di Taman Mas serta sekitarnya...apakah inginkan Demonterasi Jalanan baru semua pihak berwajib mengambil perhatian...Kami bukan tidak suka akan pembangunan tetapi biarlah ianya dilakukan dgn terancang...bukan untuk fikirkan kpd satu pihak tertentu sahaja..

Inilah yg berlaku sekarang ini Tn Hj...penduduk di sini cb dptkn bantuan dari agensi kerajaan terhadap kerosakan harta benda, jwpn yg diterimanya...pihak agensi berkenaan akan bantu tuntut pada Kontraktor...mcm tidak logik akal perkara ini...bila tuntutan melibatkan agensi perlu melalui prosedur yg telah di tetapkan...tetapi melalui maklumat penduduk di sini jg, ada badan kebajikan sukarela yg memberikan sumbangan RM200 serta menghantar makanan....dimana JKM...

1 comment:

Anonymous said...

Batu Pahat ni kws tanah rendah, air laut pasang pun kdg kdg masuk rumah, so buat rumah kena tambak tinggi sikit. Kalau tak mmg mudah tenggelam kalau hujan lebat.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA