networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, November 9, 2014

Pemandu Teksi Limousine 'Biadap' Kepada Pelancong Nepal, SPAD Ambil Tindakan Pantas!


Susulan aduan seorang pelancong Nepal yang meluahkan rasa kesal kepada pemandu kereta limousin ketika melancong di Malaysia baru-baru ini, SPAD telah bertindak pantas menjawab rintihan pelancong Nepal yang mengelarkan dirinya sebagai ATS...aduan tersebut bertajuk "Cabbies who tarnish name of Malaysia" telah dikeluarkan pada awal November ini di The Star Online (SINI)

Kesnya bermula apabila warga Nepal ini membawa keluarganya melancong di Malaysia pada 20 Oktober yang lalu..setibanya di KLIA, warga Nepal ini menaiki sebuah Kereta Limousine untuk ke Jalan Putra berhampiran dengan PWTC..

Setibanya di destinasi, pemandu teksi tersebut tidak keluar kereta untuk membuka bonet belakang untuk menurunkan barang pelancong Nepal ini..ini membuatkan pelancong Nepal ini mengeluarkan barangnya sendiri..semasa mengeluarkan barang satu objek dalam ruangan bagasi belakang kereta telah patah..

Mendengar bunyi suatu objek patah dari bonet, pemandu Teksi tersebut pantas keluar dan memarahi pelancong tersebut dan meminta wang ganti rugi sebanyak RM 50 daripada warga Nepal itu..hasil penelitian warga Nepal tersebut, dia menyatakan terdapat kesan GAM pada tempat objek yang patah itu.."ia merupakan satu perangkap kepada penumpang untuk menuntut ganti rugi" ujar pelancong Nepal itu...

Ianya secara jelas telah mencemarkan imej Malaysia yang menjadi tempat tumpuan pelancong luar negara..perkara ini tidak seharusnya berlaku dan perlu diatasi dengan pantas...pemandu seperti inilah yang mencemarkan imej negara..melihat akan aduan yang serius ini, CEO Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) En Muhd Nur Ismal lantas menjawab aduan tersebut yang disiarkan di SINI

CEO SPAD, En Muhd Nur Isma
Jelas En Muhd Nur Ismal ini begitu kecewa dengan sikap pemandu-pemandu pengangkutan awam yang menyalahi etika tugas mereka..beliau menyarankan agar pelancong tersebut untuk melaporkan kejadian tersebut kepada pihak Polis..

Sekiranya perkara yang sama berlaku kepada anda, perkara yang perlu dilakukan ialah melaporkan kepada pihak Polis dan membuat aduan kepada SPAD di aduan@spad.gov.my atau hubungi hotline tol tempatan percuma 1-800-88-7723...jika tak tahu, anda boleh rujuk pelekat di setiap kenderaan awam..memang ada no aduan SPAD..contoh seperti di bawah.


Jangan lupa ambil no plat kenderaan awam tersebut, lokasi, waktu kejadian, gambar atau butiran saksi bagi memudahkan urusan tindakan undang-undang..

Mengikut rekod, sebanyak Sejak 2011, SPAD telah menyiasat sebanyak 6387 kes yang melibatkan teksi. Antara kesalahan yang direkodkan dalam tempoh ini ialah tidak menggunakan meter, tidak mempunyai kad pemandu teksi, gagal mengeluarkan permit atau dokumen, berhenti di kawasan larangan parking, menipu meter dan menunggu terlalu dikawasan yang dilarang..

Antara bulan Jun 2011 dan September 2014, SPAD telah menggantung sebanyak 224 teksi, mengeluarkan 582 amaran, memberi kompoun sebanyak 2,952 kepada pemandu dan sebanyak 160 kes dibawa ke mahkamah. Setakat ini, ada satu lagi 574 lebih banyak kes yang dipertimbangkan untuk dibawa ke mahkamah.

Hasil pemantauan berterusan daripada pihak SPAD, sejak Januari tahun ini terdapat penurunan yang ketara dalam kesalahan yang melibatkan pemandu teksi dengan penurunan daripada 267 kes pada Januari hingga 174 kes pada bulan September...

Macam-macam kes pemandu teksi ini, tak semua pemandu teksi ini berperangai teruk...tapi jumlah yang kecil-kecil inilah yang memberi kesan negatif sehingga mampu mencemarkan nama Malaysia..terima kasih diucapkan kepada pelancong dari Nepal ini yang membuat aduan insiden buruk yang berlaku kepadanya..syabas dan tahniah juga diucapkan kepada pihak SPAD yang sentiasa bertindak pantas dan efektif sepanjang masa untuk memantau dan mengurangkan kes salah laku pemandu-pemandu pengangkutan awam di negara kita..

'Pengangkutan Awam Mencerminkan Imej Negara'

1 comment:

Anonymous said...

SPAD is going a GREAT JOB! Tahniah. Nombor talipon hotline tu saya dah talipon 3 kali. Tiap2 kali dijawab.

Saya talipon SPAD bila ada kenderaan berat seperti BAS atau LORI yang memandu dengan bahaya. SPAD terus mengambil details. Saya juga mendapat "update" menerusi email.

Saya memang pantang melihat kenderaan2 berat dipandu dengan laju dan merbahaya.

Kalau lebih ramai rakyat yang membuat report keatas driver2 kenderaan berat dan juga teksi yang merbahaya, mungkin jumlah kemalangan boleh diturunkan sikit.

We can all do our part! Just copy the SPAD hotline number in your handphone and report the dangerous lorry/bas drivers!

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA