networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, November 14, 2014

PMBOA Mahu Tambang Bas Ekspress Dinaikkan 30%-40%


Persatuan Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) menuntut kerajaan Malaysia tidak campur tangan atau kawal harga tambang bas ekspress bagi memberi manfaat kepada operator bas dan pengguna...

Presiden PMBOA, Datuk Mohamad Asfar Ali menyatakan bahawa operator bas ekspres sentiasa menghadapi kenaikan kos operasi berikutan kenaikan gaji pekerja, bahan bakar, alat ganti, pemasangan alat GPS dan lain-lain aspek keselamatan di dalam bas.

PMBOA menuntut kenaikan harga tambang bas sebanyak 30%-40%...Tuntutan tersebut telah dikemukan kepada kerajaan pada Mei 2013 lagi..namun sehingga kini tiada jawapan rasmi dikeluarkan...

Selaku orang tengah dalam menangani krisis tuntutan kenaikan tambang bas ini, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan menghantar cadangan kenaikan ini kepada pihak kerajaan...

Mungkin dipihak pengguna ianya membebankan kerana kenaikan yang bakal berlaku...kita perlu juga melihat di pihak pengusaha bas ekspress...mereka perlu membayar gaji, kenaikan bahan bakar, alat ganti bas, GPS, dan faktor naik taraf bagi keselesaan panumpang...

Untuk rekod, kerajaan membenarkan kenaikan tambang bas ekspres pada tahun 2008...sekarang ini tambang bas ekspress ialah 8.5 sen bagi setiap KM...PMBOA telah menuntut agar kadar ini dinaikkan sebanyak 11.5 sen...


Sumber data dari laman GOEURO mencatat kedudukan Malaysia no 5 harga teksi termurah di dunia dan no 9 harga pengangkutan awam termurah di dunia...dipihak persatuan PMBOA mereka memang menuntut kenaikan..dipihak SPAD pula, mereka bertanggungjawab menjadi orang tengah...

SPAD diberi tugas untuk mengkaji kenaikan tambang dan memberi cadangan kepada kerajaan..SPAD perlu meneliti semakan untuk menaikkan harga pengangkutan awam merangkumi 2 perkara iaitu kemampuan rakyat dan kemampanan industri..

Sekiranya harga naik terlalu tinggi akan menyebabkan pengguna merungut dan tidak menggunakan kenderaan awam..sekiranya tambang terlalu rendah, sudah tentu industri pengangkutan awam tidak mampu bertahan lama dan terpaksa bergantung kepada kerajaan...

Yang pastinya, jikalau berlaku sebarang kenaikan harga tambang, sudah tentu akan jadi buah pukul untuk pembangkang menyalahkan kerajaan..seperti biasa kerajaan akan jadi punching bag walaupun kenaikan ini adalah permintaan Persatuan Bas Seluruh Malaysia (PMBOA)...

Bagi saya kenaikan 30% tambang bas ekspress memang agak tinggi...mungkin jika hendak dinaikkan cukup sekadar 10-15% dan kenaikan 15% lagi pada musim-musim perayaan..sama-sama kita nantikan samada kerajaan akan mendengar keluhan PMBOA ataupun tidak...banyak perkara yang perlu diukur sebelum membuat keputusan...

1 comment:

Anonymous said...

Barang Naik!!
kahkahkahkah!
Undi BN!!
Barang Naik..

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA