networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, November 16, 2014

@RafiziRamli Malu Besar Isu Tambang Bas Sekolah...Dia Tak Faham Apa Makna Deregulasi Tambang Bas Sekolah...


Sudah dijangka Pengumuman Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tentang Deregulasi Tambang Bas Sekolah akan diputar belit oleh pembangkang. Mereka ini tidak faham sebenarnya SPAD hanya memantau sahaja berkenaan penetapan harga Bas Sekolah ini.

Yang membuat keputusan ialah ibu bapa dan pengusaha bas sekolah..artikel berkenaan Deregulasi ini telah saya siarkan di SINI..jadi ibu bapa sudah tahu dahulu penetapan harga ini..yang Rafizi bendul ni nak pertikaikan apa lagi..ibu bapa dah tahu...dia pula saja mahu curah minyak petrol...

Bab menghasut agar rakyat membenci kerajaan memang tugas hakiki pembangkang...jika Rafizi masih tidak tahu apa benda Deregulasi ni meh saya jelaskan...

SPAD telah memberi ruang dan peluang kepada Ibu bapa untuk berbincang sendiri dengan pengusaha Bas Sekolah menetapkan kadar harga untuk anak-anak mereka...


Takkan tugas sebagai organisasi yang berperanan memantau dituduh punca menaikkan harga..jika Rafizi mahu mencari pihak yang harus dipersalahkan...tanyalah kepada pengusaha Bas Sekolah dan ibu bapa..ibu bapa ok buat keputusan bersama..Rafizi pula mahu pertikai..

Pemimpin seperti ini tidak faham kehendak rakyat..pemandu-pemandu bas sekolah itu pun rakyat juga...mereka pun mahu cari makan...kos selenggara bas sekolah, minyak, servis bagi memastikan anak-anak kita selesa semuanya kena duit...

Saya sarankan Rafizi ini letak jawatan sebagai ahli politik dan tukar bidang jadi pemandu bas sekolah..kita tengok berapa lama dia boleh tahan..tengok sajalah bila pengumuman harga minyak naik..semua peniaga, pemborong, peruncit naikkan harga..ini kerana mahu menampung kos yang meningkat...Kenapa Rafizi tidak halang peruncit, pemborong yang menaikan harga barang...

Ini kira untung penetapan harga Bas Sekolah kena persetujuan bersama dengan pelanggan...kalau bisnes lain..tak adanya mahu tanya pelanggan dulu untuk menetapkan harga...di bawah ini saya sharekan kembali apa itu Deregulasi Tambang Bas Sekolah...



No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA