networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, November 11, 2014

Rumah Mampu Milik : Johor Jauh Lebih Baik Dari Pulau Pinang


Baru-baru ini Lim Guan Eng mendakwa dilaman twitter bahawa kerajaan miliknya kerugian RM 500 - 800 juta gara-gara rumah mampu milik..agak hairan macamana dia boleh iktiraf rugi sedangkan rumah kos rendah belum pun dilaksanakan di Pulau Pinang semenjak rejimnya memerintah tahun 2008 seperti didakwa Dato' Zainal Abidin Osman...

Isu rumah mampu milik dan kos rendah ini sebenarnya menjadi sandiwara politik DAP Penang dengan memberi berbagai alasan untuk mengelak dan melewatkan ianya dibina...maklum sahajalah..rumah mampu milik berapa sen sangat dapatkan kalau nak bandingkan jual rumah banglo...

Sejak 2012, sebanyak 15 buah permohonan Pelan Kebenaran (12 di Seberang Perai dan 3 di Pulai) yang mana merangkumi sebanyak 9444 unit perumahan yang dikemukan oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd belum diluluskan oleh pihak berkuasa negeri..

PERDA dan JKP terpaksa menunggu sejak Sept 2012 hingga kini untuk mendapatkan kelulusan..Menurut Piagam Pelanggan OSC Pihak Berkuasa Tempatan, permohonan Pelan Kebenaran Merancang akan diproses dan diberi jawapan dalam tempoh 6 bulan sahaja. Sehingga kini masih lagi tiada jawapan dan status tergantung..beginilah cara Kerajaan Lim bermain tarik tali sehingga mengabaikan keperluan rakyat untuk memiliki rumah...itu semua tidak dipandang serius oleh Lim dan sekutu kerajaannya...

Yang menghairankan, Kerajaan Negeri meluluskan projek-projek perumahan bercampur oleh PDC. Adalah tidak adil sekiranya Kerajaan Negeri menghadkan PERDA dan JKP Sdn Bhd untuk hanya menawarkan rumah-rumah kategori mampu milik sahaja kepada Bumiputera Pulau Pinang dan tidak mengenakan syarat sama ke atas PDC.

Biarpun PERDA dan JKP telah menegaskan kesudiannya bekerjasama dengan kerajaan negeri Penang namun mereka masih lagi melenggah-lenggahkan usaha ini...Kerajaan Negeri Penang sudah tidak menawarkan rumah kos rendah pada harga RM 42,000 seunit untuk golongan berpendapatan rendah. Rumah mampu milik Kerajaan Negeri paling murah adalah pangsapuri berharga RM72,000 seunit.

Inilah nasib rakyat Pulau Pinang...dapat kerajaan kapitalis..yang susah terus susah..yang kaya makin kaya...di Penang rumah mampu milik paling murah RM 72,000...jauh beza jika hendak dibandingkan dengan Johor...data yang saya jumpa ternyata kerajaan Johor lebih menjaga rakyat mereka berbanding Penang..lihat harga yang ditawarkan oleh Kerajaan Johor...

SYARAT PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR

Berikut Pemilihan Kategori Rumah Bagi Rumah Kos Rendah (RKR) / Rumah Kos Sederhana Rendah (RKSR) / Rumah Komuniti Johor (PKJ A & PKJ B) / Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)
KATEGORI HARGA RUMAH HAD PENDAPATAN
RKR 1 RM 25,000.00 Pendapatan tidak melebihi RM 2,000.00
RKR 2 RM 28,000.00 Pendapatan tidak melebihi RM 2,000.00
RKR 3 RM 30,000.00 Pendapatan tidak melebihi RM 3,000.00
RKR 4 RM 35,000.00 Pendapatan tidak melebihi RM 3,000.00
RKSR 5 RM 50,000.00 Pendapatan tidak melebihi RM 3,500.00
PKJ A RM 42,000.00 Pendapatan tidak melebihi RM 3,000.00
PKJ B RM 80,000.00 Pendapatan tidak melebihi RM 4,500.00
RMMJ RM 120,000.00 hingga RM 150,000.00 Pendapatan tidak melebihi RM 6,000.00

Johor yang dicanang penjilat pakatan kata rakyatnya kini melarat kerana tanah digadai sebenarnya hanya spekulasi sahaja..bandingkan dengan Pulau Pinang..kita dapat tahu siapa lagi membela rakyat..jikalau di atas tadi saya cerita tentang bagaimana kerajaan Penang bermain politik untuk melengah-lengahkan pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat Penang...di Johor pula ternyata berbeza...tidak ada langsung kelewatan untuk melulus projek rumah mampu milik...

Kawalan pemilikan warga asing turut diperkenalkan dengan menetapkan harga minimun RM 1,000,000 bagi pemilikan hartanah warga asing..Zon antarabangsa turut diperkenalkan untuk hadkan pemilikan warga asing dan dapat mengimbangkan pasaran hartanah d Johor Bahru...

Rumah mampu milik Johor telah menetapkan pengagihan sebanyak 65% Melayu, ​25% Cina dan ​10% India.Seramai 20,000 anggota Perkhidmatan Awam negeri Johor turut menerima manfaat Skim ​Pinjaman Perumahan tanpa faedah.

Setakat ini sebanyak 47,367 permohonan diterima..Sasaran pembinaan Rumah Mampu Milik Johor meningkat daripada 28,000 kepada 37,000 dengan tawaran harga RM 150,000...peningkatan sebanyak 9,000 melebihi sasaran...di Pulau Pinang jangankan 9,000 unit rumah, nak dapatkan kelulusan pun 2 tahun...Johor Corporation (JCorp) turut memberi komitmen untuk membina sebanyak 8,000 unit rumah mampu milik...

Pemaju juga diingatkan agar tidak melanggar kontrak perjanjian, sekiranya pemaju degil mereka akan dikenakan tindakan tegas dan tidak boleh bina mana-mana projek...begitu tegas kerajaan Johor jika kita hendak bandingkan dengan Pulau Pinang pemerintahan DAP yang ternyata masih lagi bermain politik dan bersandiwara untuk melengah-lengahkan pembinaan rumah mampu milik oleh PERDA dan JKP Sdn. Bhd...

Kerajaan Johor telah mendedahkan sebanyak 28 pemaju perumahan gagal membina unit rumah mampu milik walaupun telah mendapat kebenaran merancang..Kerajaan negeri turut menyemak semula Dasar pemilikan Hartanah oleh bumiputera yang diterajui oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Johor dan mendapati tiada sebarang manipulasi terhadap kuota bumiputera...

Penetapan untuk kuota bumiputera pecahan harga jualan dan jenis harga kurang RM 200,000 (40%), RM 200,000-RM 300,000 (30%) dan RM 300,000 ke atas (20%)..Kerajaan negeri Johor turut berjanji akan menambah keluasan Tanah Rizab Melayu dan mewujudkan lingkaran Melayu untuk memastikan Melayu tinggal di bandar...

Banyak bukan manfaat yang diberi kerajaan negeri Johor jika hendak dibandingkan Pulau Pinang yang masih lagi berlengah-lengah untuk meuluskan projek rumah mampu milik....

Di bawah ini info tambahan tentang perumahan Johor...







2 comments:

Anonymous said...

Salam. mohon mencelah untuk

iklan

ada hamba Allah ni nak jual tanah

reserve melayu milik dia, tanah

dikatakan di lokasi strategik,

sedang dibangunkan dan

berhampiran dengan banyak

kemudahan, kononnya 2..3

bidang tanah sekeliling kawasan

itu sudah dibeli oleh kaum Cina

dgn menggunakan proksi Melayu,

sedangkan hamba Allah ini

berharap ada orang Melayu

sebagai pemaju atau pelabur

membeli tanah dia dengan harga

yang berpatutan dan bawah dari

harga jualan orang lain di

kawasan itu..

apa apa pun lihatlah blog

berkaitan di

http://tanahpuchong.blogspot.co

m untuk keterangan lanjut

minta tolong sesiapa yg mampu

untuk beli tanah berpotensi milik

melayu ini.

Aspirasi Bangsa said...

Kalau di Johor semua penjualan tanah rezab melayu masih dibekukan sejak mb baru amik alih.. di Johor melalui lphj boleh membeli tanah rezab melayu ni..

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA