networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, November 19, 2014

Selepas Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR)..Kereta Api Elektrik (ETS) Bakal Dibina Di Johor..


Selepas pengumuman pembina Kereta Api Laju dari KL ke Singapura yang mana 3 stesen dijangka dibina di Johor menjelang 2020, artikel tentang kereta api laju ini boleh rujuk di SINI...Semalam Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata Kereta Api Elektrik (ETS) bakal di bina di Johor yang menghubungkan Gemas dan Johor Bahru..

Perkara ini dimaklumkan semalam ketika Simposium Pengangkutan Awam Darat semalam...Namun pembinaan ini (ETS Gemas-JB) akan dilakukan sebaik sahaja pembinaan projek Kereta Api Elektrik (ETS) dari Ipoh ke Padang Besar siap yang dijangkakan pada tahun hadapan...

Selain menumpukan projek Kereta Api Laju Ipoh-Padang Besar dan Gemas-JB, Tan Sri Syed Hamid berkata yang pihak SPAD akan meninjau peluang meningkatkan kemudahan sedia ada dan memperluaskan perkhidmatan rel antara Pantai Timur dan Barat.

Setakat yang dimaklumkan, trek Wakaf Baru-Gemas-Kuala Lumpur sudah terlalu lama..Tan Sri turut menyatakan hasratnya bahawa landasan yang menghubungkan antara pantai barat dan pantai timur masih belum ada dan beliau melihat ini satu potensi untuk di majukan untuk dijadikan salah satu penghubung antara kedua pantai ini..

Bukan itu sahaja, Tan Sri turut melihat peripentingnya membina landasan kereta api atas jalan..pergh!!sungguh luas perspektif yang cuba direalisasikan oleh Tan Sri Pengerusi SPAD ini...dalam kita mengecapi kemajuan antara faktor yang menarik tumpuan pelancong dan pelabur luar adalah indikator kemajuan pengangkutan awam di negara kita...

Bayangkan jika semua impian ini dapat direalisasikan..negara kita bakal ada kereta api laju dari KL ke Singapura yang hanya mengambil masa 90 minit...Kereta Api Elektrik diutara Ipoh-Padang Besar, Johor-Gemas, Pantai Barat-Pantai Timur...pada masa itu, rakyat Malaysia mesti fikir lebih elok gunakan pengangkutan awam untuk bergerak antara negeri berbanding menggunakan kenderaan persendirian ketika ini....malah rakyat Malaysia akan lebih banyak pilihan samada menggunakan pengangkutan awam Bas mahupun Kereta Api elektrik..

Berikut ialah gambar sepanjang Simposium Pengangkutan Awam Darat yang diadakan semalam yang mana berjaya menarik penyertaan lebh 800 wakil industri dari dalam dan luar negara...










No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA