networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, November 27, 2014

SENSASI!!! Ucapan Dr. Mashitah Gamatkan Dewan..Sarat Dengan Isu Agama Terkini...


Seperti yang dijangka ucapan pertama kali Datuk Dr. Mashitah di Perhimpunan Agung UMNO semalam akan memberi sengat menusuk ke sanubari setiap para perwakilan UMNO kali ini..isu agama yang menumpukan keruntuhan akidah telah mengamatkan kesedaran dewan betapa peripentingnya kita sebagai umat Islam mempertahankan agama kita Islam...

Malaysia negara Islam kini sedang diserang secara halus oleh musuhnya..dalam kita tidak sedar aqidah kita sedang dirobek sedikit demi sedikit...Dr Mashitah menekankan mereka sedang mencabar kewibawaan negara Islam..Laungan Azan telah dipermainkan..pada bulan puasa ada kafir harbi yang menhina umat Islam dengan berbuka puasa menjamu 'Bak Kut Teh', Ibu-ibu tunggal diberi makan di gereja...Hukum Hakam dan Fatwa dicabar...Kilang roti dibuat 1 tempat dengan kilang babi..jantina tidak keruan..yang lelaki mahu jadi perempuan dan perempuan mahu jadi lelaku....

Ucapan yang sarat dengan isu agama terkini diselitkan dengan seloroh membuatkan para perwakilan gamat mendengar isu agama yang berlaku di negara kita ketika ini...memang benar perkara ini sedang berlaku..siapa yang membenarkan?semuanya berpunca daripada Umat Islam sendiri yang lemah dalam politik...

Parti sebelah sana yang konon memperjuangkan Islam ternyata tidak mampu mengawal keadaan ini apabila rakan sekutu mereka sendiri banyak mempersoalkan dan kredibiliti umat Islam..bahkan institusi beraja juga turut diserang bagi menyongsang pemikiran masyarakat...

Dr Mashitah turut menyentuh Al-Quran telah disiat sehelai demi sehelai di sebuah tokong kecil di Pasar...


Setiap bait yang keluar dari bibir Dr. Mashitah memang penuh dengan teguran..dalam teguran beliau berseloroh...apa yang dikata memang benar berlaku dalam masyarakat kita hari ini...kekeliruan aqidah memang menjadi barah kepada masyarakat..mereka mendakwa Allah SWT sama dengan Tuhan...

Virus mengelincirkan aqidah ini dalam kita tidak sedar mereka menyamakan Allah SWT dengan tuhan mereka...bila sudah menjadi kebiasaan maka matlamat mereka untuk mengelirukan aqidah kita berjaya...sebenarnya dalam kita memaknakan kalimah Allah SWT...jangan kita lupa bahawa kalimah 'Lailahaillallah' tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH SWT sudah cukup menjawab persoalan Allah SWT tidak sama dengan tuhan bagi agama lain....

Kebebasan pemikiran ini jangan disalah tafsir...masyarakat sekarang ini mudah terpedaya dengan benda-benda baru liberalisme..pluralisme yang membawa kepada kebebasan dan keadilan hak sama rata human rights...

Antara yang menarik ketika ucapan Dr Mashitah semalam ialah cadangan agar pergerakan Wanita UMNO mewujudkan sebuah akademi bagi mengumpulkan golongan intelektual dari Wanita UMNO untuk diberi latihan dalam isu-isu berkaitan politik supaya mampu berdebat dengan Wanita dari kalangan DAP, PKR dan PAS...

Cadangan ini harus diberi perhatian memandangkan Wanita merupakan tulang belakang dalam perjuangan survival UMNO perlu disaratkan dengan obor perjuangan bagi mendepani musuh politik PAS PKR dan DAP....

Bawah ini antara gambar yang sempat dirakam semasa ucapan Dr Mashitah semalam....




Saksikan rakaman ucapan Datuk Dr. Mashitah Ibrahim semalam...


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA