networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, November 22, 2014

Terkini - Kerajaan Sedia Ambil Alih Bersih Tandas


SIARAN MEDIA

KERAJAAN PUSAT AMBIL ALIH PEMBERSIHAN TANDAS AWAM MULAI 2016

Kerajaan Pusat akan mengambil alih aktiviti pembersihan tandas awam di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mulai 2016. Langkah ini akan memastikan kira-kira 2,600 tandas-tandas awam yang sebelum ini di bawah kawal selia PBT, berada dalam keadaan bersih dan selesa pada setiap masa.

Pengambilalihan ini juga adalah selaras dengan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) dan juga seiringan dengan Pelan Tindakan Transformasi PBT yang sedang dibangunkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 

KPKT akan berbincang dengan pihak berkuasa negeri dan PBT yang sedia menerima pakai Akta tersebut, berhubung pelaksanaan langkah baru ini, yang dijangka akan berkuatkuasa pada 2016. 

Bagi negeri-negeri yang belum menerima Akta 672, dinasihatkan untuk memperuntukkan sejumlah bajet bagi tindakan-tindakan menyelenggara dan membaikpulih tandas-tandas awam di kawasan masing-masing. Kementerian juga akan membuat semakan semula bagi TOR projek-projek kecil di bawah PBT (BP1), untuk memperlihatkan kesungguhan menangani isu kebersihan tandas-tandas awam. Garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) pembersihan tandas awam akan disemak dan dikemaskini dari masa ke semasa.

Setiap tahun KPKT memperuntukkan sekurang-kurangnya RM5 juta untuk menaik taraf atau membina tandas baru di PBT seluruh negara. Bagi 2014 sebanyak RM26.5 juta diagihkan kepada PBT bagi memperbaiki dan menaik taraf tandas-tandas awam di seluruh negara menerusi program My Beautiful Malaysia (My BM). 

Namun pada keseluruhannya tandas kita masih kotor, menjijikkan dan banyak yang tidak selamat digunakan. Sinki yang bocor, mangkuk tandas yang pecah, pintu tandas yang tidak boleh dikunci adalah di antara mimpi ngeri tandas di negara ini. 

Vandalisme tandas-tandas awam begitu berleluasa dimana tandas-tandas dengan sengaja dikotorkan, peralatannya dicuri, dinding diconteng dan pintu dipecahkan. Keadaan ini bukan sahaja menjejas imej dan nama baik negara di kalangan pelancong asing tetapi ianya tidak baik untuk kesihatan dan keselesaan kita sendiri. 

Vandalisme dan penggunaan yang tidak betul ini telah menyebabkan kos penyelenggaraan yang tinggi. Oleh kerana kos ini begitu tinggi, terdapat PBT yang tidak berupaya untuk membuat penyelenggaraan secara berkala, dan tandas-tandas ini menjadi terbiar dan tidak terpelihara. 

Justeru, pelaksanaan peraturan baru ini diharap membantu dalam menyediakan tandas awam yang bermutu dan bersih. Ia juga akan membantu menangkis persepsi negatif pelancong asing terhadap kebersihan tandas awam di negara ini.

YB DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

22 November 2014

1 comment:

Anonymous said...

Satu perkara menarik. Cuma tak pasti perlaksanaan dan juga penyelegaraan akan berjalan dengan baik. Belajarlah dari UAE, tandas disini saya bagi 5 bintang. amat bersih siap boleh tidur. Moga dato menteri sedar bagaimana pengendali yg terdiri dari, nepal, bangla, india di dubai boleh bersihkan tandas berbanding orang yang sama di Malaysia, kualiti kerja hampeh. Supervisor pulak orang Malaysia. Jika penyeliaan tak bekersan, sampai kiamat tandas awam tak kan bersih. Jika ikut cara saya, no mercy, kenakan bayaran tinggi untuk tandas bersih. yang pemalas, hantar balik negeri. denda tinggi bagi vandalisma.Sekian.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA