networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, November 5, 2014

@TonyPua Perlu Faham Potensi FGV Sebelum Putar-Belit Isu Saham...


Tuduhan dan fitnah pakatan terhadap FGV tidak pernah selesai...mereka akan mencari apa sahaja modal untuk menunjukkan yang FELDA, FGVH tidak relevan dan memberi gambaran salah kepada pelabur dan masyarakat...

Kalau hendak disenaraikan fitnah terhadap Felda ni memang banyak..bukan kali ini sahaja...sudah banyak kali FELDA menjadi mangsa fitnah pakatan...dulu menuduh FELDA akan bankrup, tanah peneroka akan tergadai, FELDA berurus dengan Israel, kontroversi bina bangunan RM 662 juta dan macam-macam lagi fitnah dilemparkan..

Terbaru, pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa FGV bakal menerima nasib yang sama seperti MAS dan Proton...dengan mendakwa "setelah harga sahamnya menjunam dari RM5.30 pada 28 Jun 2012 ke RM3.67 pada 11 September 2014."

Bukan susah pun nak buat tuduhan jahat, dia ambil data yang paling tinggi 2 tahun lepas dan bandingkan dengan pasaran saham FGV terkini...dalam mana-mana pasaran saham pun kita tidak boleh nafikan harganya akan turun dan naik...belum pernah terjadi dalam sejarah pasaran saham, harga saham langsung tidak pernah turun dan terus meningkat...

Menjawab tuduhan harga saham RM 5.30 pada 28 Jun 2013, Ahli Lembaga Pengarah FGV, Datuk Noor Ehsanuddin berkata ketika ditemubual satu media, semasa FGV dulu harga IPO RM 4.55 tetapi kita terperanjat juga harga boleh naik sehingga RM 5.39, bermakna keyakinan itu tinggi..mungkin masa itu harga IPO lain tak berapa bagus jadi FGV naiklah..dan kini RM 3.57...para analisa juga berkata, harga tidak sepatut seperti itu.."

Dalam tuduhan Tony, dia juga mendakwa bahawa 'prestasi FELDA adalah terburuk jika nak dibandingkan dengan Syarikat peladangan lain..Saham FGV menurun sebanyak 29.1% berbanding dengan IJM Plantations Bhd (-6.3%), IOI Corp Bhd (-2.7%), Genting Plantations Bhd (-9.4%) dan Sime Darby Bhd (-1.6%).'

Untuk pengetahuan Tony, sejak IPO Jun 2012, FGV telah mencatatkan pertumbuhan yang berterusan dari segi hasil, keuntungan dan pemberian dividen kepada para pemegang sahamnya...pada tahun terakhir 31 Disember 2013, FGV terus berkembang dan kukuh dalam persekitaran operasi yang mencabar, FGV telah mencatat keuntungan selepas cukai sebanyak RM 1.1 Bilion iaitu peningkatan sebanyak 30.2% berbanding berbanding RM905.058 juta tahun sebelumnya...perkara ini sengaja disembunyikan atau Tony Pua tak tahu??...ini realitinya...keuntungan 30.2%..adakah ini dikatakan FGV mempunyai prestasi buruk?

Jika data tadi tidak cukup, saya tambah lagi yang mana FGV membayar RM 0.16 sesaham atau bersamaan RM583.7 juta, mewakili kira-kira 60% keuntungan bersih selepas mengambil kira kepentingan minoriti. Ini adalah 20% lebih tinggi daripada apa yang dijanjikan dan didokumentasikan dalam prospektus IPO FGV yang diedarkan kepada semua pemegang saham prospek dan semasa. Ini membuktikan bahawa pemberian dividen oleh FGV ini adalah yang terbaik di negara kita...

Jangan kerana melihat data yang sedikit Tony Pua terus membuat spekulasi dan spin dengan niat FGV sedang dalam prestasi yang teruk..tanggapan Tony Pua berkenaan perbandingan dengan IJM Plantations Bhd , IOI Corp Bhd, Genting Plantations Bhd dan Sime Darby Bhd. adalah tidak tepat..ini kerana FGV mengutamakan 75-80% melibatkan plantation...memandangkan pasaran minyak sawit mentah pengalami pertumbuhan perlahan..sudah tentu pasaran saham FGV menurun..jika nak bandingkan dengan Sime Darby, mereka bukan pure plantation company anggaran plantation oleh Sime Darby lingkungan 25% sahaja selebihnya trading, services, perumahan, automobile dan sebagainya...IOI lingkungan 15% perladangan..Genting pun bukan pure perladangan macam FGV...

Kalau dah kaki putar belit tu ada saja hendak diburuk-burukkan..tak adillah kita bandingkan dengan FGV dengan Sime Darby...bisnes utama pun berbeza...sama jugalah kalau saya bandingkan keuntungan FGV dengan keuntungan Old Town milik pemimpin DAP...dan spin kata Old Town tak ada potensi nak dibandingkan dengan FGV..kan tak kena perbandingannya tu...mana bole bandingkan restoran makanan dengan plantation....apada...

1 comment:

Anonymous said...

Saya generasi Felda berasa bersyukur sangat jadi warga Felda.walaupun saya tak merasa susah semasa Felda hendak dibangunkan duli. Tapi saya dapat rasa nikmatnya sekarang. Pergilah tengok kawasan felda. Cantik..felda terbaik!

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA