networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, November 11, 2014

Video Sensasi - Anwar Dan 2 MP Pembangkang 'Tergagap' Berhujah Dengan MP Kota Tinggi...


Kehadiran seorang Ahli Parlimen Dari Kota Tinggi, Johor di Dewan Rakyat ternyata menggugat raja-raja spin pakatan rakyat di Dewan Rakyat..Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid baru sahaja sepenggal memegang jawatan Ahli Parlimen tetapi hujahnya telah membuatkan Anwar Ibrahim tergagap-gagap membalas jawapan apabila niat jahat Anwar untuk memutar belitkan perkara berkaitan dengan raja gula di Malaysia dengan mudah dipatahkan oleh Datuk Ehsanuddin...

Berlandaskan hujah yang putar belit, umum dan bersifat andaian Anwar Ibrahim telah dibalun sehingga tersasul mendakwa Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary berkuasa dalam pasaran gula di Malaysia...hujah sambil lewa Anwar telah dibalas dengan tersusun oleh Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid yang mengatakan Tan Sri Syed melalui Traderwinds hanya menguasai 37% pasaran manakala Malaysian Sugar Manufacturing (MSM) menguasai 62%...

Di sini sahaja kita dapat tengok bagaimana Anwar memutar belit fakta dan dijawab dengan fakta oleh Ehsanuddin..bawah ini videonya yang mana Anwar jelas tergagap-gagap apabila tembelangnya dipecahkan oleh MP Kota Tinggi ini....


Tak cukup dengan itu, baru-baru ini, Datuk Ehsanuddin telah membuatkan MP DAP Kulai seperti budak sekolah yang secara jelas hanya berhujah berlandaskan andaian dan tanpa fakta...anda boleh saksikan videonya dibawah ini...aku kadang hairan bagaimana perempuan ini (MP Kulai) boleh dipilih pengundi..kalau dilihatkan kualiti berhujah memang level budak sekolah...inilah kesilapan pengundi Kulai yang telah memilih MP yang tiada kebolehan mewakili suara mereka...

video

MP PKR Kapar turut pernah menjadi mangsa apabila hujahnya berkenaan pemberian BR1M yang menganggap DEB gagal...hujah MP PKR ini tidak ubah seperti orang yang tiada idea..apatah lagi memberi pandangan penambahbaikkan..hanya tahu mengkritik sahaja...

Pertikaikan bantuan BR1M, baru sahaja dicabar supaya rakyat Kapar tidak mengambil BR1M tahu pula MP Kapar meroyan...bila MP PKR ini melenting maknanya BR1M itu baguslah..cuma saja nak menafikan perkara sebenar..kalau dah dalam kepala tu tahu mengkritik yang benar pun jadi batil...bawah ini videonya...


video

Jika dilihat dari video-video di atas, ternyata bila Datuk Ehsanuddin mencelah mesti penuh dengan pengisian dan fakta...bukannya hanya tin kosong....itu yang ditakuti oleh MP-MP Pembangkang...Sedangkan Anwar pun 'disayur' kan inikan pula MP pembangkang yang lain...ternyata pembangkang masih mentah dalam memberi idea dan kritikan...pemikiran mereka hanya mampu manipulasi setiap isu bagi menunjukkan BN ini lemah...tidak lebih dari itu....

4 comments:

Anonymous said...

Alah admin ni ble anwar buat silap laju je fitnah!UMNO..UMNO..

Anonymous said...

Dah banyak kali dah si nwar dan geng2 MP pr dia buat spin dan tergagap2 bila dipersembahkan dengan fakta2.
Saya bersyukor dapat menyaksikan kebodohan si nwar dan geng2 dia secara LIVE menerusi siaran langsung.

Perbezaan antara kebolehan dan keperihatinan MP2 BN berbanding dengan kebodohan dan keangkuhan MP2 pr sangat ketara.

Alhamdulillah Malaysia masih di bawah pimpinan UMNO/BN!

Anonymous said...

kau tak abis2 sembang pasal fitnah..tu nengok video tu mcmane anwar main dgn fitnah..bodoh..

Anonymous said...

minta tolong sesiapa yg mampu untuk membeli tanah yg berpotensi ini. http://tanahpuchong.blogspot.com mohon perhatian tuan & rakan

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA