networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, November 17, 2014

Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) Bukti Kerajaan Iktiraf Institusi Pondok..Terima Kasih @NajibRazak

Logo Yayasan Pembangunan Pondok (YPPM)

Sebelum Malaysia mencapai kemajuan dalam sistem pendidikan sedar atau tidak datuk nenek kita dahulu belajar di sekolah-sekolah pondok..ketika itu sekolah aliran kebangsaan, vernakular belum ada di Malaysia...

Bagi masyarakat Melayu Islam, sekolah konsep pondok ini mempunyai nilai tradisi yang tersendiri...institusi pondok dahulu merupakan institusi yang istimewa...yang istimewanya di Malaysia, biarpun sistem pendidikan kita makin berkembang, namun gedung atau institusi sekolah pondok ini tetap ada dan diwarisi sehingga hari ini...

Akan ada hamba Allah yang secara sukarela mempelopori sesebuah pengajian pondok ini...sebab itulah Pengajian Pondok tidak luput ditelan zaman...

Ada yang bertanya, subjek apa yang dipelajari..cerah masa depan ke?sebenarnya pengajian pondok yang diwarisi sejak turun temurun ini berperanan mengenal Allah dan Islam melalui ilmu tauhid, tasauf, fardhu ain dan sebagainya.

Kenapa namanya pondok?

Perkataan pondok berasal daripada bahasa Arab iaitu "Funduq” (فندوق ) bererti rumah tumpangan atau tempat menginap pengembara-pengembara. Ada pula yang mendefinisikan sebagai rumah kecil atau pondok kecil yang didirikan untuk sementara waktu di sawah-sawah, ladang atau lain-lain tempat yang mempunyai deretan rumah kecil. Ada pula yang mengatakan perkataan langgar yang berasal dari perkataan Parsi seperti dengan pondok.

Pengajian Pondok ini telah diiktiraf oleh kerajaan..Perdana Menteri YAB. Dato' Sri Najib Tun Razak telah mencetuskan idea menubuhkan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM)...YPPM telah ditubuh secara rasmi pada 1 Ogos 2012 dan didaftar sebagai sebuah badan kerajaan...

Matlamat utama penubuhan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) adalah untuk memberi pengiktirafan kepada institusi pengajian pondok dan warga pondok yang banyak menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan pendidikan Islam serta melahirkan ramai tokoh ilmuwan agama. Ia juga bagi mengiktiraf jasa dan bakti para ulama, tok guru dan tok mudir dalam melahirkan generasi pelajar yang mahir dalam ilmu agama dan pengajian Al-Quran.

Yayasan akan membantu dan bekerjasama dengan agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) yang lain untuk memaju, membangun dan mengembangkan institusi pengajian pondok bagi memastikan kelangsungannya. Imej sistem pengajian pondok yang mundur dan terpinggir mesti diperbaiki, manakala persepsi pelajar pondok sebagai pelajar kelas kedua, golongan taksub atau pelampau mesti dikikis sama sekali.

Misi YPPM adalah memartabat dan memastikan institusi pondok di negara ini lebih berdaya maju dan dapat mempertahankan kelangsungannya. YPPM akan memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan keupayaan dan kejayaan institusi pondok melaksanakan tanggungjawab melahirkan warga yang berilmu dan berwasatiyah.

Sebarang maklumat untuk mengetahui tentang Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) boleh rujuk di laman web YPPM atau hubungi pejabat pengurusan seperti berikut :

Alamat:

No. 2598/3, Jalan Johor Selatan
Bukit Persekutuan
50480 Kuala Lumpur
MALAYSIA.

TEL/ FAX : +603-2201 6711

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA