networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, December 10, 2014

Khabar Dari Johor - 500 Pelajar Daerah Kota Tinggi Terima Bantuan Kelengkapan Persekolahan...


Seramai 500 pelajar daerah Kota Tinggi menerima bantuan kelengkapan persekolah hari ini...bantuan tersebut telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin...

Majlis penyerahan bantuan persekolahan ini merupakan inisiatif bersama Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi, JPMM DUN Sedili dan DUN Johor Lama, Yayasan Mesra dan PLUS..

Bantuan seperti ini amat bagus bagi mengurangkan beban rakyat setempat menghadapi tahun baru persekolahan...ternyata ia melegakan hati Ibu Bapa kerana bajet untuk kelengkapan boleh dialihkan perbelanjaan tempat lain.

Usaha yang dilakukan oleh Datuk Ehsanuddin ini perlu ditiru oleh pemimpin-pemimpin lain..membawa beberapa buah Syarikat seperti PLUS untuk menganjurkan penyerahan bantuan persekolahan ini...

Jangan nanti bila pakatan pembangkang buat perkara yang sama kita iri hati..rakyat memerhatikan track record pemimpin sebelum mandat diserahkan semula kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka semula untuk PRU 14 nanti...

Dari temubual yang dilakukan ke atas penjaga yang hadir..mereka amat berterima kasih atas inisiatif ini..sekurang-kurangnya ada pemimpin yang ambil berat situasi ekonomi mereka...rakyat bukannya mahu bergantung penuh..sekurang-kurangnya dapat meringankan beban sudah memadai...

Usaha yang dilakukan Datuk Ehsan ini amat baik...tidaklah nanti kita lihat anak Melayu Islam meraih simpati di gereja..jangan salahkan mereka..mereka hanya penerima bantuan..semuanya berpunca daripada pemimpin dan agensi kebajikan yang tidak alert untuk membantu mereka..bila pihak gereja mahu membantu, mahu atau tidak mereka terpaksa menerima...

Syabas Datuk Ehsanuddin!harap usaha ini berterusan..dekatkan rakyat dengan pemimpin...tahun depan sudah 2015..BR1M akan diedarkan..pemimpin ambillah peluang tolong semakkan dan kemaskini borang rakyat...









No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA