networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, December 8, 2014

Akhirnya Teksi UBER Dibenarkan Beroperasi Di Malaysia Bersyarat - @SPADChannel


Perkhidmatan Teksi UBER akan beroperasi di Malaysia sedikit masa lagi sekiranya mereka telah mematuhi syarat dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)..

Pihak UBER menyatakan persetujuan untuk mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan mengikut undang-undang di Malaysia...sebelum ini saya ada menulis tentang perkhidmatan Teksi UBER ini bertajuk  :


Isu petikaian UBER ini telah menjadi masalah berikutan operasi teksi ini tidak mematuhi syarat yang dikehendaki SPAD iaitu :
1) UBER menggunakan kenderaan persendirian dan juga kenderaan yang berdaftar di bawah perkhidmatan limosin "Sewa dan Pandu" 
2) Penggunaan kenderaan persendirian untuk membawa penumpang yang membayar tambang adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (SPAD) 2010. Perkhidmatan seumpama ini lazimnya dikenali sebagai "kereta sapu"...oleh kerana ianya telah ada lebih daripada 70 bandar mungkin masyarakat mengabaikan istilah kereta sapu...namun pelanggan perlu memahami bahawa UBER tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan SPAD... 
3) Kenderaan yang didaftarkan di bawah perkhidmatan "Sewa dan Pandu" di bawah SPAD tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai perkhidmatan teksi atau limosin. 
4) Siasatan SPAD mendapati ada antara pemandu UBER tidak memiliki lesen Perkhidmatan Pengangkutan Awam (PSV). Ini adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam 1987. 
5) Kenderaan yang sedang digunakan oleh UBER sekarang tidak dilindungi insurans kenderaan komersil dan mungkin juga tidak melalui pemeriksaan tahunan PUSPAKOM.
Baru-baru ini, pihak UBER telah menjelaskan bahawa mereka akan mematuhi segala terma yang ditetapkan oleh pihak SPAD..

Jurucakap SPAD berkata bahawa pihak SPAD diberi jaminan oleh pihak Uber Asia Pasifik berdasarkan polisi awam Jordan Kondo bahawa mereka akan beroperasi mengikut undang-undang pengangkutan Malaysia. "Berdasarkan jaminan ini kita tidak mempunyai apa-apa isu dengan mereka," katanya dalam satu temu bual.

Biarpun pihak UBER sudah menyatakan persetujuan, pihak SPAD menyatakan mereka akan membuat pemantauan terhadap UBER..SPAD akan mengambil tindakan keras ke atas individu yang menggunakan kenderaan persendirian atau menyalahgunakan lesen sewa dan pandu mereka untuk menawarkan perkhidmatan pengangkutan melalui aplikasi mudah alih UBER...

Sama-sama cari makan, eloklah pihak UBER telah menyatakan persetujuan..asalkan mematuhi undang-undang itu sudah cukup bagus...renung-renungkanlah nasihat Tan Sri Syed, Pengerusi SPAD ini....


Di negara Thailand, Norway dan Vietnam perkhidmatan ini telah diharamkan...Di sini kita dapat lihat betapa SPAD sentiasa bersifat terbuka dengan mana-mana pengendali pengangkutan awam asalkan mematuhi syarat dan peraturan..simple...

17 comments:

Anonymous said...

Pemandu teksi yang ada pun cukup-cukup makan nak tambah lagi UBER?

Anonymous said...

Pemandu UBER ni berhemah. Meter tak boleh tipu. Bawa kereta tertib, bersopan. Pemandu teksi ni SESETENGAH macam pendekar. Pencen askar agaknya.

UMZBUMY said...

I make great money driving with Uber and I think you'd love it too. Get details: https://get.uber.com/drive?invite_code=zzufn8str

amin gempak said...

ape yg perlu dibuat ... untk menjadi ahli uber .. ape syarat2 nye ...

amin gempak said...

ape yg perlu dibuat ... untk menjadi ahli uber .. ape syarat2 nye ...

kirana said...

Nak jadi driver uber boleh tapi dengan syarat
1) sanggup langgar undang-undang kerajaan Malaysia. Lepas tu tanya kepada diri anda "kalau anda dah langgar undang undang kerajaan Malaysia, adakah anda layak menjadi rakyat Malaysia.
2) Sanggupkah anda makan duit haram yakni setelah langgar undang undang. Adakah anda sanggup bawa balik bagi anak bini makan duit haram.
Pi tanya pada mufti, kerja anda buat tu .
3) Berkelayakan jadi pencuri dengan mencuri rezeki pemandu teksi yang bersusah payah berjuang.
BANYAK LAGI KAEDAH ADA UNTUK CARI DUIT LEBIH , janji MAU RAJIN AJE

kirana said...

Nak jadi driver uber boleh tapi dengan syarat
1) sanggup langgar undang-undang kerajaan Malaysia. Lepas tu tanya kepada diri anda "kalau anda dah langgar undang undang kerajaan Malaysia, adakah anda layak menjadi rakyat Malaysia.
2) Sanggupkah anda makan duit haram yakni setelah langgar undang undang. Adakah anda sanggup bawa balik bagi anak bini makan duit haram.
Pi tanya pada mufti, kerja anda buat tu .
3) Berkelayakan jadi pencuri dengan mencuri rezeki pemandu teksi yang bersusah payah berjuang.
BANYAK LAGI KAEDAH ADA UNTUK CARI DUIT LEBIH , janji MAU RAJIN AJE

Anonymous said...

Hello kirana..pemandu teksi tak guna meter dan mengenakan cas mahal pun makan duit haram juga..nak komen biarlah saksama..

Anonymous said...

Sebenarnya ini lah masalah kamu semua... dari kecil di tanam dengan Ilmu dan Undang2 Kafir/Dunia, Kamu lupa Allah beri rezeki di mana2? Kalau ikut kan xde masalah uber nk buat kerja pun... Zaman nabi mana perlu ada lesen2 bagai. Skrg ni je, nk lessen bayar, SPAD, LESEN MEMANDU dah ada lagi PSV, pastu PERSATUAN, semua tu sbb undang2 kafir yg korang suka sgt, HUDUD/Undang2 AGAMA ISLAM xde beri masalah mcm ni...

Kalau sbb teksi buat hal la aku dah xpakai teksi. Aku pakai uber, grabcar, kalau pemandu tersalah lorong, kita xbayar extra. Itu namanya FAIR.

Ko xpernah kene tipu dgn teksi dari segi charging, no wonder la :)

PNC TRADER said...

Uber atau grab car bagi saya perkhidmatan mereka amat memuasakan..

Keselesan yang cukup baik.
Menjimatkan masa dan wang ringgit.
Kemudahan aplikasi untuk pengguna yang sangat bagus.

*tak semua pemandu teksi baik.buruk & sombong..
Jadi sama2 muhasabah diri atau pertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada semua pengguna...

#penumpangsetiagrbcaruber

Dayang Siti Rohani Awang Pani said...

kalau uber dibenarkan beroperasi...pemandu dab kenderaan harus mengikut saluran yg ditetapkan..pemandu wajib ada psv dan kenderaan melalui pemeriksaan puspakom..ramai ke yg nak jadi pemandu uber?..makin meningkat kos..

Alif Aziz said...

Sy buat uber..blh la rm100-150 sehari..buat 8jam sj..mlm org ramai nk pki uber dri siang

firdaus ahsin said...

Assalammualaikum, semoga kita semua diberkati Allah. Pertamnya sy rasa uber ini satu langkah yg baik utk memberi saingan kepada pemandu teksi.. sy faham masalah pemandu teksi. Tp kita juga perlu faham akan pengguna. Satu masalah bg pengguna dengan teksi harga bergantung pd meter. Kalau pemandu yg tidak beretika maknanya mereka boleh menipu utk guna jalan yg jauh... tidak pula bg uber setiap perjalan telah dibayar mengikut map yg telah ditetapkan... jd tiada penipuan.. ada sesetengah kereta sewa(teksi tak bermeter) mengambil 3-4 penumpang dlm satu masa yg bergerak kearah yg sama .. namun cas juga agak mahal dak tidak ada harga yg spesifik bg jarak tersebut.. ini juga merugikan pengguna... kedua pemandu & syarikat teksi juga perlu mengambil kesempatan dalam dunia teknologi. Maksudnya sekiranya uber boleh mengunakan aplikasi smart fone anda pemandu teksi juga perlu mengikut jejak yg sama atau menambah baik lg perkhidmatan anda.. ketiga sya berharap agar kerajaan perlu mengurangkan kos bagi pemandu teksi. Kerana inilah punca rezki mereka .. banyak pula penyelanggaran perlu dibuat kluar duit poket sendiri tu tak termasuk ansuran harian yg perlu mereka bayar pada syarikat. Sy juga menyarankan agar syarikat teksi sendiri yg menyalenggara teksi tersebut supaya teksi sentiasa dlm keadaan terbaik.. itu sahaja pandangan dari saya.. ps : sy suka tengok pemandu teksi di jepun yg sentiasa smart& kereta lama model cersida tahun 80 an masih berfungsi dengan baik..

Anonymous said...

Selagi pemerintah tak menghalalkan uber dan grab car selagi itu lah pendapatan pemandu uber/grab car tak halal sebab di kira sebagai teksi sapu/haram.

muhd syafiq said...

Langgar undang2 manusia x sama dgn langgar undg2 Allah, lggar udg2 Allah confirm haram, tpi langgar udg2 manusia belom tentu lgi haram, syarat jual beli dlm islam ialah de akad jual dan beli atau apa2 akad yg se-erti dgannya...jdi kat mna haram tu?soal curi customer teksi?habis tu kedai2@industri lain pon sme la...nk maju dlm bisnes kne ada strategi, spe yg kreatif die akn berjaya, kalau awk ada kedai mkn dan sy bukak kedai mkn sebelah kedai awk dan jual pada harga yg berpatutan dan disenangi pelanggan, adkh sy curi pelanggan awk?jgn slhkn org kalau kite x maju, perangai pemandu teksi sedia ada yg membuatkn org xnk naik teksi, kalau x de permintaan confirm x de akn buat uber@grabcar..kt sini dah dpt lihat yg permintaan ada dan mereka suka naik uber berbanding teksi..

Anonymous said...

Adik Syafiq anom 10:52, Nampak sangat hang cetek pengetahuan agama...rajin2 lah rujuk pada uztaz supaya kita tak menghalalkan apa yang haram.

Anonymous said...

salam ya.ingin join buat kerja uber..tapi kereta tak ada .bagaimana ya.
dan pengiraan fare atau tambang bagaimana dan berapa .jelaskan serba sedikit .sekian..

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA