networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, December 8, 2014

Al-Fatihah - Ketua Pengarah JASA, Datuk Fuad Hasan Meninggal Dunia...


Innalillahi wainna ilaihi raajiuun. 

Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu. 

Dimaklumkan bahawa YBhg Dato Fuad Tan Sri Hassan telah meninggal dunia sebentar tadi jam 12.25am. Al-Fatihah.

Jenazah akan dibawa ke masjid cenderawasih, lebih kurang 5km dr hospital kuantan. Jenazah akan dimandikan di Surau ipd kuantan, polis akan bantu uruskan, kemudian akan dibawa blk ke rumahnya di ampang pg ni juga. Akan dikebumikan sebelum/selepas zohor.

Jenazah bakal dikebumikan di tanah perkuburan Islam taman bukit teratai, ampang sebelum solat zohor.

4 comments:

Simon said...

RIP

Anonymous said...

Al-fatihah

Anonymous said...

TRIBUT BUAT FUAD HASAN

Fuad bin Hassan Azahari
Anak seorang ahlul quran, guru segala qari
Tertanam nur alquran dalam empunya diri
Di zaman muda bangkit dia membela pertiwi
Ketika remaja lainnya mabuk tari menari

Ketika teman sebaya berkereta dan berjas lawa
Dia melempar ijazah membuka sekolah swasta
Menolong anak Melayu tercicir tidak terbela
Meski terpaksa bersarapan jam dua
Di warung sekolah yang di dirinya, Yayasan Anda

Fuad Hasan mungkin tidak terkenal
Sepertinya Anwar ibrahim teman seperjuangan asal
Namun sumbangannya jangan dipersoal
Kerna kita sendiri pun belum tentu dapat kekal
Dapat Terus berjuang sepertinya sampai ajal

Warga PKPIM mustahil tidak tahu,
Fuad Hasanlah penghulu mereka sewaktu waktu
Ke hulu ke hilir membuang waktu
Tanpa meminta upah, tiada diberi wang saku
Tetap tegar berjuang tidak sekadar guru
Membela generasi pelajar agar maju
Mengerah anak muda bangkit bersatu
Memurni peribadi umat, hidup harus berilmu

Pendokong ABIM mustahil lupa,
Fuad Hasanlah sekretaris mereka
Mengilik fail merata rata
Menyiap laporan membentang kertas kerja
Menghantar ABIM ke persada dunia
Bekerja dia dan terus dia bekerja
Tak tahu mana yang ABIM mana Yayasan Anda
Semua kerja di pulun belaka
Kerna cintanya mendakwah Agama
Memertabat bangsa mengharumkan negara

Warga MBM tentu masih ingat
Betapa Fuad Hasan menumpahkan keringat
Mengemudi gerakan belia agar bersemangat
Berpidato berhujjah berdialog hangat
Memprotes kezaliman di seantero tempat
Dengan hasrat dan cita cita tersemat
Martabat insan harus diangkat
Misi keadilan harusnya misi keramat
Generasi muda mesti di angkat darjat
Jangan dibiar pemimpin belia kepala berulat
Kerna nantinya umat akan tersesat
Minda terjajah hidup melarat.

Fuad Hasan adalah pejuang masyarakat
Di gelanggang politik terus berkhidmat
Tak kiralah wadah apa yang dia minat
Bukankah tampak dia terus berbuat
Membawa kebaikan mendatangkan manfaat
Usahlah diungkit caranya yang kita tak minat
Kerna kita pun bukanlah sempurna amat

Fuad Hasan sejak dulu memang Perkasa
Nampak macam sombong, tapi sangat berbahasa
Tiada lain dalam dirinya selain menumpah jasa
Pada agamanya , negaranya dan bangsa bangsa
Kerrna itulah ...
Dia disayangi Tuhan Yang Maha Esa
Memanggilnya pulang tepat masa
Ketika dia menjadi khalifah qabilah BerJASA

Zulldaud
Kajang
8 Disember 2014

Anonymous said...

perginya seorang patriot pejuang bangsa...berjuang hingga ke penghujung hayatnya...mogaa Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di klgan orang2 yg soleh...al-fatihah!

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA