networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, December 22, 2014

Apalagi PERSIM Mahu? SPAD Buktikan UBER Bukan "Anak Emas"..Tetap Kena Tindakan Undang-Undang!!!


Baru-baru ini Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERSIM) mendesak supaya perkhidmatan UBER diharamkan kerana ia menyalahi undang-undang pengangkutan darat...Desakan itu disusuli dengan penyerahan memorandum kepada SPRM Kuala Lumpur yang mana disertai kira-kira 60 pemandu dan ahli persatuan Teksi...

Tujuan desakan tersebut adalah untuk mendesak SPRM melakukan siasatan terhadap SPAD yang membenarkan operasi perkhidmatan teksi online antarabangsa UBER...Menurut Timbalan Pengerusi PERSIM, Kamaruddin M. Hussein, “Kami meminta SPRM menjalankan siasatan kepada SPAD kerana UBER ini dibenarkan operasi di dalam industri teksi Malaysia sehingga jejaskan pendapatan pemandu teksi..."

Sebenarnya pihak SPAD tidak pernah menganggap perkhidmatan UBER ini sebagai anak emas mereka...sudah menjadi prinsip SPAD akan menyokong usaha berkaitan pengangkutan awam..tujuannya hanya mahu meningkatkan jaringan pengangkutan awam ke tahap yang lebih baik...

Memang kita sedia maklum yang negara India telah mengharamkan perkhidmatan UBER ini kerana berlaku kejadian rogol terhadap penumpang wanita..namun apakah kejadian yang berlaku di India ini boleh kita menghukum UBER tanpa pertimbangan..bukan saya hendak membela UBER dan bukan juga saya menidakkan keupayaan perkhimatan TEKSI tempatan kita...

Jika kerana kes berlaku di India ini kita jadikan ukuran...apakah pemandu-pemandu teksi di Malaysia ini bermoral..ada juga kes menyalahi undang-undang berlaku dalam kalangan pemandu teksi...salah guna kuasa yang diberikan..bagi orang bukan warganegara jadi pemandu teksi..tidak menggunakan meter, menipu meter, menumbuk pemandu lain yang menghalang jalan...baru-baru ini, ada kes Pemandu Teksi melanggar motorsikal dan terus melarikan diri sambil menyeret motor dibawah kenderannya. boleh rujuk artikel saya bertajuk Video Viral - Pemandu Teksi HWE 3192 Langgar Lari Seret Motor Dikecam Netizen..nasib penunggang motor tu tak mati..dengan alasan takut dipukul apakah tindakan ini patut?

Adakah kes tersebut kita boleh menghukum pemandu teksi dengan mengharamkan semua perkhidmatan teksi di Malaysia kerana kes minor ini?jawapannya tidak..takkan kerana seekor nyamuk kita mahu membakar kelambu...


Orang yang bersalah perlu dihukum...dalam kes yang dibawa oleh PERSIM ini, saya ingin berkongsi sedikit maklumat bahawa pihak SPAD tidak pernah menganggap UBER ini anak emas..perkhidmatan UBER ini perlu mematuhi peraturan pengangkutan awam yang telah ditetapkan di Malaysia..

Dan baru-baru ini, UBER telah mengeluarkan kenyataan akan mematuhi segala undang-undang dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPAD...sebagai agensi yang bertanggungjawab tindakan pihak SPAD ini amat bagus kerana mengambil langkah wasatiyyah atau kesederhanaan..tidak melampaui dan menindas mana-mana pihak...

Tindakan PERSIM ini sebenarnya amat beremosi dan mencalarkan imej Teksi seolah-olah hanya mereka sahaja berhak mengaut rezeki pengangkutan awam di Malaysia ini...apakah pihak PERSIM tidak sedar bahawa perkhidmatan BAS, LRT, MRT juga memudahkan pengguna..dan adalah tidak wajar jika PERSIM mahu menyalahkan perkhidmatan awam selain teksi punca rezeki mereka merudum...

Kita boleh merujuk bagaimana peniaga Cina boleh maju..tidak perlu cari perbandingan terlalu jauh..cukup hanya bersiar-siar cuci mata di Pusat Membeli belah..cuba hitung berapa banyak kedai jual telefon bimbit?Peniaga Cina sedikit pun tidak ambil kisah mahupun takut dengan persaingan..kerana prinsip mereka hanya mencari untung..siapa yang tawarkan perkhidmatan lebih baik...mereka berhak mendominasi perniagaan...

Pihak PERSIM seolah-olah tidak melakukan sedikit kajian berkenaan dengan perkembangan UBER di Malaysia ini...pihak SPAD sebelum ini telah memaklumkan bahawa UBER tidak mematuhi undang-undang iaitu antaranya :
1) UBER menggunakan kenderaan persendirian dan juga kenderaan yang berdaftar di bawah perkhidmatan limosin "Sewa dan Pandu" 
2) Penggunaan kenderaan persendirian untuk membawa penumpang yang membayar tambang adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (SPAD) 2010. Perkhidmatan seumpama ini lazimnya dikenali sebagai "kereta sapu"...oleh kerana ianya telah ada lebih daripada 70 bandar mungkin masyarakat mengabaikan istilah kereta sapu...namun pelanggan perlu memahami bahawa UBER tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan SPAD... 
3) Kenderaan yang didaftarkan di bawah perkhidmatan "Sewa dan Pandu" di bawah SPAD tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai perkhidmatan teksi atau limosin. 
4) Siasatan SPAD mendapati ada antara pemandu UBER tidak memiliki lesen Perkhidmatan Pengangkutan Awam (PSV). Ini adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam 1987. 
5) Kenderaan yang sedang digunakan oleh UBER sekarang tidak dilindungi insurans kenderaan komersil dan mungkin juga tidak melalui pemeriksaan tahunan PUSPAKOM.
Baru-baru ini, pihak UBER telah menyatakan persetujuan mematuhi segala peraturan dan undang-undang SPAD...dan pihak SPAD bersetuju dan pihak SPAD akan melakukan pemantauan terhadap UBER dari masa ke masa....

Semalam pihak SPAD telah mengumumkan tindakan terhadap UBER yang melanggar peraturan..berita tersebut telah disiarkan di Astro Awani di SINI
“Sehingga kini 13 kesalahan membabitkan UBER telah disiasat dan diambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat, 2010,” kata SPAD dalam satu kenyataan. 
Ia melibatkan enam kes gagal mengemukakan Lesen Pengendali, enam kes beroperasi tidak mengikut kelas lesen dan satu perkhidmatan tanpa permit. 
“Di sini Suruhanjaya ingin menegaskan bahawa sungguhpun aplikasi UBER itu tidak menyalahi undang-undang secara kasarnya, penggunaan kenderaan berlesen yang sesuai diperlukan dan syarat-syarat pengendali perlu dipatuhi. 
“SPAD tidak akan berkompromi apabila melakukan tindakan ke atas kenderaan yang menggunakan UBER yang tidak mematuhi undang-undang dan syarat-syarat dan terma,” tambahnya. 
Operasi juga tidak terhad di kawasan Bandaraya Kuala Lumpur dan Lembah Klang sahaja. 
Pada September 2014, SPAD telah mengenalpasti lapan syarikat yang menggunakan aplikasi UBER dengan pembabitan sejumlah 50 buah kenderaan, dimana 20 buah daripadanya tidak mempunyai permit yang sesuai. 
SPAD turut mendapati bahawa ia perlu membuat penerangan kepada syarikat terbabit mengenai keperluan undang-undang dan syarat-syarat pengendali. 
“Suruhanjaya telah memberikan peringatan agar pemandu berlesen PSV, insurans dan kenderaan berdaftar yang sesuai sahaja boleh digunakan oleh UBER,” kata SPAD.
Ironinya, PERSIM perlu membuat sedikit kajian terhadap UBER di Malaysia sebelum mengeluarkan kenyataan dan bertindak melulu menghantar memorandum kepada SPRM...selaku sebuah organisasi menjaga kebajikan pemandu teksi, pihak PERSIM perlu melakukan perubahan demi kehendak semasa..mungkin pihak PERSIM boleh perkenalkan sistem online sebagaimana dilakukan UBER...dalam kita mahu mencari keuntungan..kita perlu melakukan pelbagai inovasi bagi menepati kehendak semasa....

3 comments:

Kamalqr said...

Apa lagi PERS1M mahu?

PERS1M mahu Syed Hamid letak jawatan dan diikuti 3 pegawai tertinggi SPAD.

Syed Hamid tidak menjalankan tanggungjawab.

Perkeliling Bil.4 2014 pun Syed Hamid tak pernah baca. Melainkan diatas pertikaian saya/PERS1M.

Bukti: Rakaman perbualan mesyuarat masih tersimpan dlm simpanan saya.

Harapan Esok said...

Apa masalah pula dengan UBER?Bukankah sudah SPAD sudah ikut undang2?SPAD Mahu ikut undang2 sedia ada atau PERSIM yang ganti undang2?

Kamalqr said...

Apa masalah dengan uber?
Sila lawati page TEKSI & PersimBersatu.

Jangan jadi pengipas yang tidak tahu hal sebenar.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA