networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, December 31, 2014

#Banjir Besar Kelantan : Penebangan Hutan Tidak Terkawal...TNB Pula Dituduh Punca Utama?




Dakwaan mengatakan Empangan baru (Second Hyroelectronic Dam) di Tembat Tasik Kenyir adalah punca sebenar banjir besar yang berlaku di Kelantan.

INI ADALAH TIDAK BENAR kerana Both empangan (puah & tembat) masih lagi dalam pembinaan masih belum mencapai tahap bekalan penuh.

Menurut Pegawai Operasi TNB Jenagor Kenyir semua air takungan (discharge penjanaan) & air limpahan (jika melebihi paras bekalan penuh) di Empangan Baru Tembat tidak akan masuk ke mana-mana sungai lain di kawasan Kelantan melainkan ke Tasik Kenyir.

Dari Tasik Kenyir hanya satu empangan sahaja yang akan mengalirkan limpahan air keluar melalui Empangan Tasik Kenyir Jenagor Terus Sungai Terengganu dan laut.

Ini tiada mengena dengan kawasan Gua Musang, Kuala Krai dan Kota Bharu yang di kaitkan dengan Air limpahan Tembat Kenyir.

Kenapa banjir yg berlaku tidak di kaitkan dengan kemusnahan hutan di Lojing, Menyebabkan kawasan takungan air di kawasan itu tertutup akibat kerakusan projek balak haram?

Ingatlah bahawa Kerajaan yg memerintah Kelantan adalah PAS bukannya UMNO. Tak perlu kalian sengaja mengalihkan isu supaya rakyat akan terus membenci BN dengan cerita rekaan dan bohong lagi. Di saat rakyat Kelantan ditimpa musibah mana hilangnya pimpinan utama PKR dan DAP? Ingat pesan Pujangga..."untuk mengenali siapa sahabatmu yg sebenarnya maka lihatlah di mana mereka berada di saat kamu berada dalam kesusahan......". Fikir-fikirkanlah!

Copy paste : King TTimes vs #grp


LAPORAN PENUH

KECOH EMPANGAN BARU TEMBAT TASIK KENYIR DI KAITKAN DENGAN BANJIR DI KELANTAN BAGAIMANA PULAK PEMBALAKAN 2,200 HA DI LOGING GUA MUSANG?

Dakwaan mengatakan Empangan baru (Terengganu Hyroelectric Project) di Tembat Tasik Kenyir (Second Dam) adalah punca sebenar banjir besar yang berlaku di Kelantan.

INI ADALAH TIDAK BENAR kerana kedua-dua (Both) empangan puah & tembat  masih lagi dalam pembinaan masih belum mencapai bekalan penuh.

Menurut Pegawai Operasi TNB Jenagor Kenyir semua air takungan (discharge penjanaan) dan air limpahan (jika melebihi paras bekalan penuh) di Empangan Baru Tembat tidak akan masuk ke mana-mana sungai lain di kawasan Kelantan melainkan ke Tasik Kenyir, kerana saluran air janaan Empangan Tembat akan masuk ke Tasik Puah dan air Tasik Puah akan mengalir ke Tasik Kenyir.

Dari Tasik Kenyir hanya satu empangan sahaja yang akan mengalirkan limpahan air keluar melalui Empangan Tasik Kenyir di Jenagor  dan masuk terus Sungai Terengganu yang terus sambungan ke laut.

Ini tiada mengena dengan kawasan Gua Musang, Kuala Krai dan Kota Bharu yang di kaitkan dengan Air limpahan Empangan baru Tembat Kenyir, tetapi apa yang menghairankan bagaimana banyak rumah yang berada di sekitar Gua Musang dan Kuala Krai yang mengalami banjir terdapat balak yang beselerak seperti penebangan balak yang berlaku besar-besaran?

Air banjir besar yang datang begitu cepat serta laju arusnya ini berlaku di pedalaman Kelantan dan kawasan yang dilanda banjir teruk adalah di GUA MUSANG dan KUALA KRAI kerana itu adalah kawasan yang menghampiri bukit bukau yang sepatutnya bertindak menahan air hujan dari terus mengalir ke sungai.

Laporan Ketua Audit Negara juga telah mengesahkan pada tahun 2008 Kerajaan Negeri Kelantan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan(JKKKP) Bil7/2004 telah meluluskan seluas 2,200 Ha HSK yang ketinggiannya melebihi 1000 m iaitu di kawasan tanah tinggi loging, Sungai Betis dan Sungai Brook di Gua Musang kepada sebuah syarikat swasta.

ADAKAH DISEBABKAN PEMBALAKAN INI BERLAKUNYA BANJIR BAGAIKAN TSUNAMI DI KELANTAN?

Sebelum ini pun Sultan Kelantan pernah bertitah agar aktiviti yang melibatkan pembalakan terutama di Lojing di pantau dengan rapi agar tidak terjadinya bencana alam dan lesen pembalakan tanah di kawasan tinggi seperti di Lojing adalah di bawah kelulusan MB Kelantan semasa pemerintahan Tuan Guru Dato‘ Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dimana ketika itu penasihatnya adalah Datuk Paduka Husam Musa (EXCO Kerajaan Negeri Kelantan Ketika itu).

SPRM perlu membuat penyiasatan terhadapa syarikat-syarikat yang menjalankan pembalakan dan pembukaan tanah baru di kawasan bukit bukau serta pedalaman Kelantan tersebut terutama di loging, agar dapat mengbongkar bagaimana kejadiaan malang yang menimpa kepada mangsa banjir di Kelantan ini berlaku.

King TTimes

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA