networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, December 28, 2014

#Banjir Johor "Kita Perlu Lebih Ramai Volunteer Daripada Orang Yang Mengkritik"- @WeeKaSiongMP


Petang tadi bertempat di Sekolah Rendah Keb Kota Dalam, Ayer Hitam, Ahli Parlimen Ayer Hitam , Datuk Wee Ka Siong menyeru agar lebih ramai sukarelawan membantu berbanding orang yang mengkritik disaat rakyat dalam keperitan mengharungi bencana banjir...

Datuk Wee Ka Siong menjelaskan bahawa ini bukan masanya berpolitik..waktu ini rakyat sudah tidak kira siapa yang membantu, BN ke Pakatan atau mana-mana pihak perlu membantu meringankan beban rakyat...

Ketika lawatan Datuk Wee tadi, beliau ternyata amat terharu apabila dipeluk oleh warga emas ketika memberi bantuan..."saya amat terharu, kita dapat lihat betapa peritnya ketika ini mereka mahu mendapatkan sebotol air dan sebungkus biskut...jika ada duit pun tidak guna kerana susah untuk mendapat bekalan ketika waktu ini"

Sudah-sudahlah tu berpolitik..mempertikaikan pemimpin itu tak turun padang..pemimpin ini tak turun padang....semuanya bermula apabila ada pemimpin besar pembangkang yang mempertikaikan Perdana Menteri bercuti ke luar negara pada waktu bencana ini...dan lebih mendukacitakan lagi apabila Kit Siang mempersoalkan tiada menteri membantu banjir di Kelantan...selepas dikecam rakyat dia menukar statement agar menyokong Perdana Menteri membantu rakyat...

Apek Kit Siang seharusnya sedar sebelum dia mempertikaikan pimpinan BN tidak turun padang, dia seharusnya bertanya kepada diri sendiri kemana pergi anaknya ketika waktu ini...

Datuk Wee turun menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri kerana peka terhadap nasib rakyat "Perdana Menteri antara orang yang terawal melawat mangsa banjir sebelum dia bercuti.."

Berikut beberapa keping gambar sepanjang lawatan Ahli Parlimen Ayer Hitam petang tadi...



Datuk Wee berbual dengan seoarang ibu tunggal yang meniaga kerepek...beliau berjanji bahawa MCA akan membantunya untuk memulakan perniagaan semula selepas waktu banjir...tidak hairanlah kenapa Wee Ka Siong antara pemimpin MCA yang menang dalam PRU 13 yang lalu...keprihatinannya terhadap rakyat tempatan antara sebab mengapa beliau masih dipilih rakyat...



Percayakah anda nenek betudung biru ini berusia 96 tahun..beliau masih sihat...Datuk Wee sempat berjenaka apa rahsianya untuk menjaga kesihatan...nenek ini dengan spontan menjawab dia hanya seorang tukang urut...nenek ini turut menjelaskan bahawa dia masih mampu panjat pokok kelapa...

Betul-betul hebat penangan nenek ni...pandai mengurut pulak tu..




Setakat ni ada 26 buah keluarga dengan jumlah keseluruhan 81 orang berlindung Pusat Perpindahan Mangsa Banjir. Sekolah Rendah Keb Kota Dalam, Ayer Hitam Johor


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA