networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, December 26, 2014

#Banjir - KPM Timbang Kemungkinan Sekolah 2015 Ditangguhkan...


Inilah yang terbaiknya dari Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh memandangkan sekolah-sekolah di Pantai timur terjejas teruk akibat banjir...

Jikalau tidak banjir pun banyak sekolag dijadikan pusat pemindahan banjir...guru-guru pun terpaksa fokus kepada keluarga mereka yang terjejas teruk banjir...

BESUT - Kementerian Pendidikan sedang menimbang kemungkinan penggal persekolahan baru 2015 di negeri terjejas banjir ditangguhkan pada tarikh sesuai bagi negeri yang terjejas banjir.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, langkah ini susulan banyak sekolah di Pantai Timur yang terjejas akibat banjir.

Menurutnya, kementerian sedang menunggu laporan daripada Jabatan Pendidikan Negeri sebelum keputusan dibuat sebelum memutuskan sekolah akan dibuka pada 5 Januari atau sebaliknya.

“Sekarang ini sebahagian besar sekolah di negeri yang terjejas masih dijadikan sebagai pusat pemindahan banjir dan tidak boleh dijadikan tempat belajar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemindahan Banjir dan Air Pasang Besar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut di sini semalam.

Seramai 102 mangsa daripada 31 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan itu namun ramai mangsa pulang ke rumah masing-masing di tiga buah kampung berikutan cuaca cerah semalam.

Mengenai kerosakan peralatan di sekolah, Idris berkata, kementerian belum menerima laporan kerana banjir masih belum pulih terutama di Kelantan.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA