networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, December 27, 2014

#Banjir : Masyarakat Malaysia Perlu Memahami Konsep Wasatiyyah

 

Tatkala Malaysia sedang mengalami bencana banjir yang menenggelamkan sebahagian besar beberapa buah negeri, rakyat Malaysia masih lagi leka dengan sandiwara politik...dalam keadaan kritikal seperti ini pun masih lagi mahu mencari masalah dan salah orang lain..

Pemergian YAB Perdana Menteri ke Hawaii bermain golf bersama Presiden USA, Obama dibalun oleh segelintir rakyat pro pembangkang yang mana mendesak PM pulang..ada juga yang melabelkan Perdana Menteri sebagai individu tidak bertanggungjawab tatkala bantuan dari pelbagai agensi sedang cuba sedaya upaya untuk disampaikan..

Adatlah..nama pun bencana...usaha lebih tertumpu kepada operasi menyelamat seberapa ramai rakyat untuk dibawa ke lokasi selamat..banyak agensi dan NGO terlibat dalam berusa membantu melancarkan perjalanan membantu mangsa banjir..

Namun lain pula jadinya kepada masyarakat pembangkang...yang bukan mangsa..mereka ini mendesak PM balik untuk jenguk mangsa banjir..sedangkan mangsa banjir sebenar tidak fikir pun PM ada atau tidak...yang penting bantuan sampai...

Dari riak wajahnya kelihatan sungguh risau..
Hari ini Perdana Menteri sampai ke tanah air dan melawat beberapa kawasan banjir di Kelantan...puak-puak ini masih lagi mencari salah dengan mengatakan PM tidak bijak menangani bencana ini kerana tidak mengumumkan darurat...sungguh mudah masyarakat berfahaman pembangkang ini mencari silap orang lain....

Dalam keadaan sekarang bukan berbedaan politik yang kita cari..kita sepatutnya mencari persefahaman demi menyelesaikan dan memudahkan urusan rakyat tatkala mereka dalam kederitaan mengenang nasib, keselamatan, kerosakan harta benda dan kesedihan kerana ada antara keluarga mereka dijemput illahi...al-fatihah...


Angkatan tentera, Bomba, Polis, RELA, MKN dan banyak lagi NGO bertungkus-lumus...puak-puak ini hanya tahu jadi keyboard worrior mengutuk dan mencari salah orang lain....dalam keadaan ini kita sebenarnya perlu bersatu dan bukannya perpecahan yang perlu dicari...

Lebih mendukacitakan lagi, ada pihak yang tidak bertanggungjawab bermain wayang seolah-olah langsung tidak peka dengan permasalahan yang sedang berlaku..semuanya kerana kegilaan mencari mileage politik murahan sehingga langsung tidak menjaga sensitiviti mangsa banjir...


Dalam keadaan ini kita perlu memahami konsep Wasatiyyah..Wasatiyyah mengkehendakkan kita bersederhana...tidak terlalu berlebih dan tidak terlalu kurang...dalam keadaan ini, masyarakat perlu tenang dan tidak terlalu emosi...

Jangan dilayan kerenah jahat orang lain yang mahu melaga-laga dan menyebarkan keburukan orang lain...dalam keadaan ini kita perlu bersyukur kerana malapetaka ini tidak seteruk yang berlaku di Aceh..

Penerapan konsep wasatiyyah ini perlu disemai kelubuk sanubari setiap masyarakat...para dan bakal ulama dalam bidang mereka ceburi....para siswazah perlu menerangkan masyarakat tentang amalan wasatiyyah..bukannya melaga dengan menyebarkan dakyah subversif...dalam kita tidak sedar, sebenarnya ketika ini Datuk Dr. Mashitah Ibrahim sedang giat menyebarkan dakwah bagi memahami bakal pemimpin masa depan negara yang sedang menuntut di luar negara..


Baru-baru ini Dr. Mashitah menyebarluaskan konsep wasatiyyah di Korea..boleh rujuk SINI..sebelum ini beliau telah bersama bakal pemimpin negara ini di Ireland, Jordan, Mesir, Australia dan New Zealand.

Ironinya, memahami masyarakat tentang Wasatiyyah ini amat penting agar masyarakat tenang berhadapan dengan apa jua keadaan lebih-lebih lagi dalam keadaan emosi bencana banjir ini...bawah ini, rakaman tentang Program Wacana Wasatiyyah yang diadakan di Korea baru-baru ini....



No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA