networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, December 30, 2014

#Banjir - SPAD Berusaha Sambung Semula Perkhidmatan Pengangkutan Awam Di Pantai Timur...


Selaku Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), adalah menjadi tanggungjawab suruhanjaya tersebut bagi memulihkan jaringan perhubungan pengangkutan awam yang rosak teruk ekoran banjir di pantai timur...SPAD dalam sebuah kenyataan medianya menjelaskan :

Berikutan dengan bencana banjir yang telah melanda negara ini terutamanya di kawasan Pantai Timur, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) turut bersimpati dengan mangsa dan keluarga yang terlibat.

Pada masa yang sama, SPAD akan terus berusaha untuk menyambungkan semula perkhidmatan pengangkutan awam yang terjejas bagi laluan Pantai Timur dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkenaan.

Sehingga kini, bencana banjir ini telah menyebabkan infrastruktur landasan keretapi mengalami kerosakan yang amat teruk.

Buat masa ini masih terlalu awal untuk menyatakan bila perkhidmatan tren KTMB di sektor Pantai Timur akan pulih seperti biasa disebabkan kerosakan infrastruktur yang terlibat masih belum dapat diakses sepenuhnya.

SPAD dan pihak KTMB sedang berusaha sebaik mungkin untuk mengenal pasti kerosakan yang berlaku dan seterusnya mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk membaiki kerosakan-kerosakan tersebut untuk memastikan proses penyambungan semula perkhidmatan di laluan ini berjalan dengan cepat dan lancar.

Memandangkan kerugian yang ditanggung oleh KTMB telah menelan jutaan ringgit, SPAD akan meneliti segala aspek yang terlibat termasuklah juga saluran sumber dana yang berpotensi digunakan oleh SPAD sebagai pihak yang berkuasa ke atas pengangkutan awam darat untuk membiayai keperluan perbelanjaan memperbaiki kerosakan infrastruktur bagi laluan Pantai Timur yang terjejas.




Manakala, bagi perkhidmatan bas eskpres laluan Pantai Timur pula, perkhidmatan telah mula dihentikan pada 24hb Disember bagi beberapa laluan daripada Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan kemudiannya telah dihentikan sepenuhnya pada 26hb Disember bagi laluan Kuala Lumpur ke Kota Bahru dan Terengganu.

Walaubagaimanapun, laluan Kuala Lumpur ke Kuala Terenganu masih dibuka melalui Seremban dan Muadzam Shah.

SPAD telah membenarkan Pengusaha bas ekspres untuk menggunakan laluan alternatif yang lebih selamat bagi memastikan penumpang sampai ke destinasi yang dituju.

Untuk makluman, perkhidmatan kereta sewa di bandar-bandar di Kelantan dan Terenganu telah juga terjejas.

Perkhidmatan kereta sewa dan bas ekspres ini akan hanya disambung semula bergantung kepada keadaan cuaca di setiap laluan yang terlibat.

SPAD ingin mengambil peluang untuk mengingatkan semua pengusaha untuk senantiasa mengutamakan keselamatan diri dan penumpang semasa perjalanan.

Penumpang pula diminta untuk mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan makluman yang diberikan oleh pengusaha dari masa ke semasa.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA