networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, December 25, 2014

#Banjir !!! Ternyata Rakyat Malaysia Tak Kira Penyokong Mahupun Pembangkang Memerlukan @NajibRazak #HeroMalaya!!!

Najib You Are The Man!!!
Najib sedang kerja di Amerika...yang korang tengok gambar dia main Golf dengan Obama tu adalah salah satu cara mereka entertain pemimpin kita...kalau Obama datang Malaysia..kita bawak dia ke Istana..kenalkan dengan institusi beraja...kita bawa dia ke tempat menarik di Malaysia..kenalkan budaya Malaysia..

Takkan bila Najib ke Amerika Obama nak layan dia main congkak...tu salah satu pengisian dalam urusan kerja dia di Amerika...kalau Anwar boleh berjoget dengan perempuan takkan Najib main golf dengan presiden Amerika nak jadi isu kot..ok apa main Golf..takkan Obama nak ajak Najib main pungung pula kan...kalau macam tu aku pun bangkang!!!

Ok...ada yang cakap..apalah Najib...rakyat sedang dalam banjir ni..dia boleh main Golf dengan Obama di USA...hello...yang cakap macam ni sebenarnya pembangkang..nak nampakkan keburukan PM kita kononnya PM kita tak buat kerja...tak peka tentang rakyat...

Tunggu bila The Man Najib Razak balik Malaysia dulu ya..sekarang ni..dia amanahkan tugas semua kat agensi-agensi dulu...nampak tak betapa penting dan betapa rakyat mahukan Najib memimpin negara...bila ada masalah jer terus cari Najib..orang tak tanya pun kemana Anwar Ibrahim..kemana Kit Siang...ke mana Wan Azizah...bila rakyat dalam keadaan memerlukan sesuatu terus ingat Najib...

Nanti pembangkang cakaplah..orang ingat ALLAH..buat apa nak ingat Najib...hello...Allah tu tuhan kita..itu wajib kita ingat...habis yang hangpa p cari salah Najib sebab bantuan lambat tang ni hang tak nak kata mintak bantuan kat Allah...nilah bila agama dipermainkan..

Allah tuhan kita untuk kita sembah dan berdoa...Najib pula Khalifah yang diamanahkan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia...betapa hebatnya Najib Razak..orang dalam keadaan susah ingat dia...nakkan bantuan dari dia...orang dalam susah tak ingat nama Anwar pun...inilah karekter seorang Perdana Menteri..menjadi harapan rakyat....tak kira penyokong dan pembangkang...

Tunggu Abang Najib balik ya semua..nanti dia datang bawa bantuan!!!

Najib bersama Obama main golf..jangan tanya kemana Anwar Ibrahim..
Dia tak ada...sebab dia bukan Perdana Menteri...

Sebelum berangkat ke Amerika, Najib sempat lawat rakyat dulu...

HE : Perdana Menteri kita sedang bekerja...abis kerja nanti dia balik ya..bersabar...setakat ni terima saja bantuan dari Agensi..dan doa banyak-banyak kat Allah SWT...heran juga ya...bila susah cari Najib..bila senang agung Anwar..maki Najib...masyarakat!!!


Terkini Kenyataan Media

1. Saya telah dimaklumkan bahawa keadaan banjir di beberapa negeri kini semakin teruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan di sesetengah kawasan meningkat dengan mendadak.

2. Saya telah berhubung dan berbincang dengan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara bagi mempertingkatkan lagi usaha membantu mangsa-mangsa banjir terutama di kawasan yang terjejas teruk dan berisiko tinggi. Saya telah meminta YAB Timbalan Perdana Menteri mempertingkatkan lagi operasi penghantaran bantuan berupa makanan berikutan wujudnya kesukaran untuk sampai ke  kawasan banjir tertentu.

3. Saya diberitahu antara punca utama usaha memindahkan mangsa-mangsa banjir dan penghantaran barang makanan agak sukar dilakukan di sesetengah  tempat adalah disebabkan paras air yang sangat tinggi, arus deras yang merbahaya untuk kenderaan dan bot penyelamat di samping ada pusat pemindahan yang turut ditenggelami air.

4. Saya juga diberitahu, usaha penghantaran bantuan menerusi helikopter  terganggu berikutan cuaca buruk yang menyukarkan penerbangan dilakukan. Terdapat juga di kawasan tertentu helikopter tidak dapat mendarat untuk menurunkan bantuan berikutan tiada lokasi sesuai berhampiran pusat pemindahan.

5. Saya percaya dan yakin pasukan penyelamat kita yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan anggota sukarelawan sedang bertungkus lumus untuk memberikan bantuan yang terbaik termasuk mencari ikhtiar untuk sampai juga ke lokasi pemindahan yang sukar bagi menyalurkan segala bantuan yang ada.

6. Apapun kerajaan akan memastikan agar segala usaha dilakukan bagi membantu semua mangsa menghadapi banjir yang begitu mencabar pada tahun ini.

Dato' Sri Mohd Najib
25 Disember 2014      
Putrajaya

4 comments:

Anonymous said...

tepat!pembangkang saja manipulasi agar rakyat benci Najib Razak

Anonymous said...

Tak payah nok dok mengampu siang malam, makan duit banjir lah lu nie..

Kalau PM turun semua macai turun... Semua pembodek haramjadah akan turun..

Lu ader otak ker letak kat bontot...

Mangsa banjir orang melayu...semua mereka nie bakal bangkrap.. lu ader otak ke tak der?

Anonymous said...

Penulisan yg ilmiah dan mempunyai fakta menarik..tahniah bro,u are the great macai..!!!

Harapan Esok said...

macai sejati ialah YOU! Anon Saturday, December 27, 2014 12:15:00 AM

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA