networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, December 21, 2014

Berita Baik Untuk Murid Sekolah!!!Skim Insurans Murid Sekolah Sesi 2015 Diteruskan...


Berita ini pasti akan melegakan para ibu bapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah...baru-baru ini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengumumkan bahawa murid-murid sekolah yang menaiki bas sekolah berdaftar akan terus menikmati perlindungan Skim Insurans Murid Sekolah pada 2015 ini...

Skim ini telah diumumkan YAB Perdana Menteri pada 2013 lagi yang mana telah melantik SPAD sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab menyelaras Skim ini...pihak SPAD telah mengumumkan yang pihak kerajaan telah meluluskan penerusan perlaksanaaan Skim Insurans ini untuk tahun hadapan memandangkan Skim ini mendapat sambutan baik dari ibu bapa, pengurusan sekolah dan pengusaha bas sekolah...

Oleh sebab itu, ibu bapa disarankan untuk memilih bas sekolah berdaftar dengan SPAD sebelum mendaftarkan anak-anak mereka untuk menaik bas tersebut...yelah..sekarang inikan masih ada van-van persendirian yang berdegil membuat perkhidmatan hantar anak-anak ke sekolah tanpa mendaftarkan kepada SPAD...

Untuk keselamatan anak-anak anda, sila SEMAK STATUS BAS SEKOLA BERDAFTAR di SINI


Kemudian..jika Status Bas sekolah tiada masalah, anda boleh mendaftarakan insuran anak anda dalam SKIM INSURANS MURID SEKOLAH di SINI


Pegenalan SKIM Insuran ini merupakan suatu langkah SPAD dalam mempertingkatkan kualiti industri pengangkutan awam BAS Sekolah bagi menghadapai keadaan yang tidak diduga...sekurang-kurangnya dapat jugalah meringankan beban jika berlaku kecelakaan...daftar insurans ini tak perlu bayar pun...kalau ibu bapa boleh spend insurans dari syarikat swasta sebulan berpuluh ringgit takkan nak daftar online secara percuma ini pun tak boleh..

Kerajaan melalui SPAD telah beri peluang cuma atas kita saja nak terima atau tidak....bukan itu saja, Pengusaha BAS Sekolah pun dapat bantuan dari kerajaan yang mana tawaran telah diberikan kepada semua pengusaha bas sekolah yang ingin menggantikan bas sekolah lama kepada bas baru melalui Skim Penggantian Bas Sekolah yang akan berakhir pada 31 Disember 2014. 

Untuk rekod, sehingga kini sebanyak 200 pengendali bas sekolah telah berjaya mendapat bantuan tersebut. Apa yang perlu dilakukan oleh Ibu bapa ialah mendaftarkan anak mereka untuk skim insuran ini dan pihak pengusaha bas sekolah yang masih tidak berdaftar sila tampil untuk mendaftarkan perkhidmatan anda...

Skim Insurans Murid Sekolah memberi perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada semua murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah yang berdaftar dengan SPAD bagi Semenanjung Malaysia dan LPKP bagi Sabah & Sarawak.

Inisiatif ini memberi manfaat kepada hampir dua juta murid-murid sekolah dengan perlindungan maksimum sebanyak RM100 ribu.

Antara bentuk perlindungan insurans yang diberikan adalah yang melibatkan kematian akibat kemalangan (RM100,000), hilang keupayaan kekal (sehingga RM 100,000), bayaran perubatan sehingga RM3,000, manfaat hospital (RM100 sehari sehingga 30 hari) dan khairat kematian (RM2,500).

Skim perlindungan ini juga meliputi kegunaan bas sekolah untuk aktiviti-aktiviti luar seperti rombongan, lawatan sambil belajar dan sebarang kurikulum tambahan yang disahkan oleh pihak sekolah.

Sejak Januari 2013 hingga kini, 10 kes tuntutan telah direkodkan. Jumlah tuntutan adalah sebanyak RM316,612.10. 

Skim ini telah membantu keluarga, waris dan murid-murid; seperti dalam kes Mohd. Sanusi Bin Ismail, murid SMK Seri Gadong. Bantuan telah diberikan bagi membolehkan pembedahan dilakukan untuk menyelamatkan kakinya yang tinggal.

Skim Penggantian Bas Sekolah adalah satu skim pinjaman dengan bantuan khas kepada pengusaha bas sekolah yang ingin menggantikan bas sekolah lama kepada bas baru.

Pihak kerajaan telah menyediakan bantuan rebet tunai sebanyak RM10 ribu dan pemberian subsidi kepada kadar faedah tahunan sebanyak dua peratus.

Inisiatif yang diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional turut menawarkan pinjaman sehingga RM150 ribu dan tempoh pinjaman sehingga sembilan tahun.

Sebanyak 220 permohonan telah diterima oleh BSN dengan 200 permohonan diluluskan, 20 ditolak (pemohon telah diisytiharkan bankrap).

Berikut ialah kenyataan media oleh pihak SPAD...



No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA