networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, December 5, 2014

Bersabarlah Dr Mashitah Dari Ancaman Pembangkang... Contohi Kecekalan Rasulullah SAW Ketika Berdakwah...


Semua perilaku dan kaedah pendekatan Rasulullah SAW berdakwah untuk menyebarkan Islam seharusnya di contohi..Melihat akan perkembangan dunia Islam di Malaysia masa ini, saya mengharapkan Dr. Mashitah harus terus cekal dalam menyedarkan umat Islam yang kini leka dibuai masalah aqidah...bahkan baru-baru ini ketika Perhimpunan Agung UMNO, banyak kecaman dan fitnah telah dilemparkan kepada Ustazah Wanita dalam UMNO ini..ada yang mengatakan Ustazah Mashitah ini menghina golongan berhijrah..

Kalau bahasa pasarnya, sudah naik berbuih diterangkan tapi golongan ini masih lagi tidak faham-faham apa yang sebenarnya disampaikan...sebelum saya meneruskan tulisan eloklah saya tempelkan buat kesekelian kalinya kenyataan temuramah bersama Ustazah Dr Mashitah yang telah menerima pelbagai penghinaan oleh pakatan pembangkang....
Q : Pendapat tentang selebriti jadian? 
Jawapan Dr. Mashitah : Sebenarnya saya nak bagitahu kenyataan saya telah diputar belit oleh beberapa pihak atas nama politik…yang cuba mengatakan saya menentang artis-artis yang berhijrah.. 
Sebenarnya dalam ucapan saya ini menceritakan tentang kekeliruan sebagai salah satu daripada agenda dan strategi terancang daripada pihak musuh termasuklah mengelirukan institusi ulama’ itu sendiri.. 
Yang mana saya menyebut mana-mana orang yang berhijrah termasuk artis, mereka boleh berkongsi tentang pengalaman mereka, mereka boleh berkongsi dengan masyarakat tentang harapan mereka tetapi mereka tidak boleh mengeluarkan hukum..kerana mereka bukanlah orang layak menguluarkan hokum hakam tentang Islam itu sendiri.. 
So saya rasa saya sudah clearkan dalam hal ini..Cuma kenyataan itu diputar belitkan..saya tidak bersetuju dengan penghijrahan artis..saya rasa ini adalah satu fitnah terbesar cuba dilakukan oleh setengah-setengah pihak yang mempunyai agenda politik..

Q : Kenapa Datuk menjadi target kepada pembangkang dengan isu ini? 
Jawapan Dr. Mashitah : Saya sedia maklum apabila kita hendak bercakap dan kita mendedahkan sesuatu strategi mereka sudah pasti kita akan diserang balik..jadi saya sedia maklum dan saya sudah bersedia…
Saya tidak mengajak orang Melayu bangkit menyerang cina..saya tidak mengatakan orang melayu perlu bangun untuk memukul orang cina yang bakar al-quran tapi saya menyebut bahawa masyarakat perlu bersuara di alam maya menyatakan rasa sensitivity isu agama.. 
Laungan azan di caci..dimaki..anak-anak kita 18 tahun dibolehkan menukar agama..apakah kita tidak ada sensitivity dalam soal2 begini…jadi pada saya mereka perlu bersuara dan saya rasa nada YAB Presiden juga bercakap perkara yang sama tentang solidarity..kita perlu bersama menyatakan tidak puas hati..supaya diluar sana tidak merasakan apa saja tohmahan dan lontaran kepada orang Islam..orang Islam tidak pernah rasa apa-apa bahkan diam dengan apa yang dilontarkan..tapi saya tidak mengatakan kita bangun dan menyerang masyarakat Cina.. 
Kalau Diana Sofia hendak saman atau sebagainya apa lakus standing dia..saya tidak mengutuk DAP atau sebagainya..saya bercakap dalam sebuah perhimpunan parti bagi menyegarkan masyarakat Islam..dan kalau ada seoarng Islam sensitive yang tidak kalau Al-Qurannya dibakar..yang tidak sensitive kalau laungan azannya dimaki..yang tidak sensitive orang islam dicaci sampai dibawa makan di gereja.. 
Kita boleh menilailah siapa dia..pada saya masyarakat sudah cukup bijak untuk menilai siapa dipergunakan oleh siapa..yang saya katakana hari ini jangan tak kenal siapa musuh kita..ini juga agenda sulit daripada musuh-musuh Islam supaya kita tak kenal diberi kepada kita kita untuk menikam sesame kita sendiri…jadi minta sedarlah.. 
Q : Selama ini macam Datuk cakap kebenaran Silent majority..dan selama ini pembangkang tak taku..sekarang ini ada seorang wanita UMNO yang berani bersuara..mungkin diorang berasa goyah..komen datuk? 
Jawapan Dr. Mashitah : Saya rasa mungkin juga dan saya harap ia menjadi contoh kepada masyarakat Islam..ya bahawa apabila mereka dicubit sedikit sahaja mereka langsung bangun tapi apabila orang Islam dilanyak sekeras-kerasnya apakah kita masih lagi berdiam..itulah maksud saya.berdiam dan bersuara di alam maya..saya rasa ucapan saya cukup jelas bersuara di alam maya..saya tak kata bangun pergi menyerang mana-mana pihak..jadi saya rasa kalau dia nak saman saya..macamanapun saya menungguhlah apa yang dia nak saman dan sebagainya…
Musuh Islam ini bukan baharu...ketika Rasulullah SAW berdakwah dulu baginda memang sentiasa menerima ancaman dan banyak cabaran..Keimanan Rasulullah begitu kuat..baginda memang mempunyai jiwa dakwah yang sungguh menakjubkan serta tidak dapat dihalang oleh sesiapapun..baginda tidak goyah biarpun diancam dengan kekerasan mahupun secara halus...

Rasulullah SAW pernah dicacaci maki, dilempar dengan kotoran, dibaling batu, diugut akan dibunuh..ketika baginda di Madinah rombongan baginda telah diserang dengan kekuatan pasukan musuh yang sangat besar sehingga 3 kali ganda berbanding kekuatan umat Islam di Madinah..lantas terjadinya Perang Badar...

Dakwah Rasulullah SAW tidak dapat dihalang dengan pujuk rayu..umpanya ketika orang-orang Kafir Quraisy berusaha memujuk Rasul dengan memperalatkan bapa saudaranya Abu Thalib yang sangat dihormati dan disayangi baginda..

Rasulullah SAW ditanya apakah keinginanmu..kekuasaan?kekayaan?atau kecantikan perempuan yang dapat memuaskan kekuasaan duniawi?semua permintaan itu akan dipenuhi dengan syarat Rasulullah SAW berhenti berdakwah..lantas Rasulullah SAW menjawab :
“Paman, seandainya matahari diletakkan di tangan kananku dan bulan diletakkan di tangan kiriku, supaya aku berhenti melaksanakan tugas (dakwah) ini, hal itu tidak akan kulakukan sampai Allah menampakkan agama Islam atau aku hancur kerananya (dalam melaksanakan dakwah).”
Biarpun Rasulullah SAW tidak dibenarkan berdoa keampunan untuk orang-orang musyrikin walaupun dari saudara maranya sendiri kerana Rasulullah SAW tidak berhak memberi hidayah kecuali hanya Allah SWT yang berhak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya...

Dalam peristiwa yang saya nyatakan diatas, diharapkan Ustazah Dr. Mashitah tidak sesekali goyah dengan ancaman orang yang iri hati mahupun berniat mahu menjatuhkan atas dasar politik..abaikan sahaja tuntutan daripada DAP, PAS dan mana-mana Ustazah-ustazah yang baru berhijrah..tanggungjawab Dr sudah berakhir apabila sudah dijelaskan banyak kali yang kenyataannya diSPIN dan jawapan balas sudah dinyatakan...

Teruskan perjuangan dan jangan sesekali berpatah arah dalam menegakkan ajaran Islam..sedarkan masyarakat tentang ancaman aqidah yang berleluasa ketika ini...PAS bukan agama.PAS hanya parti politik...hanya Islam agama mutlak...Islam itu ajaran dan iman tidak diwarisi...

Buat Ustazah Abby Abadi..saya tidak mahu menjatuhkan maruah anda untuk artikel kali ini..semoga Allah memberi hidayah kepada diri anda dan diberi kesedaran tentang perkara yang berlaku dalam diri anda...semoga penceraian anda dengan 2 suami yang lalu tidak mematahkan semangat anda untuk bertemu jodoh..baiki kesilapan dan jangan bercerai buat kali ketiga jika diberi jodoh oleh Allah SWT...

Hentikan Melaga-lagakan Umat Islam..
Kata Ustaz dan Ustazah..
Bro Mafuz...orang dah clear hal sebenar janganlah curah minyak petrol lagi..macamana nak jadi Ustaz ni...orang PAS perlu beriman...bukan melaga-lagakan orang lain...Wallahualam Bisawab...
Hentikan Melaga-lagakan Umat Islam..
Kata Ustaz dan Ustazah..

2 comments:

Anonymous said...

Ustazah masuk UMNO hancur melingkup!ce tengok Abby Abadi!makan bagus.UMNO tolak Islam!!!

Anonymous said...

bagus tengkorak hang... Duku caci hamun org, cipta fatwa n buat hukum bukan... Bagus ke....

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA