networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, December 14, 2014

Blogger Pakatan Kantoi Tuduh MP BN Johor Masuk Pakatan...


Kalau tak menipu bukan pakatanlah...baru dengar MP Pulai ni puji sikit budak tak cukup akal siAdam Adli..

Pakatoon pun ambil kesempatam curah minyak kononnya Nur Jazlan akan swing...tujuan merwka buat macam ni hanya mahu kepimpinan BN pandang serong kepada MP Pulai ni...

Bila antara satu sama lain dah syak wasangka pakatoon beranggapan bahtera BN akan berpecah..dulu mereka pernah lakukan perkara yang sama.

Kata 16 September ada MP BN akan berpaling tadah...sampai sekarang tak ada pun dengar.. kalau nak dedahkan tembelang pakatan memang tak cukup jari...

Oklah bawah ni aku share jawapan Nur Jazlan MP Pulai tentang fitnah mengatakan dia akan berpaling tadah....

JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menafikan khabar angin beliau akan keluar daripada UMNO dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau yang ditemui ketika menghadiri program lawatan projek Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sekitar Kempas mendakwa tidak pernah terlintas untuk menyertai mana-mana parti selain UMNO.

Nur Jazlan mendakwa, UMNO sudah cukup sebati dalam jiwanya memandangkan parti itu diwarisi daripada bapanya, Tan Sri Mohamed Rahmat yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO.

Malah, beliau sendiri mengaku terkejut dengan khabar angin tersebut yang dipercayai dilakukan oleh penulis blog pro kerajaan.

“Kalau saya kritik UMNO itu biasalah sebab saya rasakan UMNO juga perlu perubahan, biar selari dengan hasrat pemimpin-pemimpin lama yang menghidupkan UMNO baharu ni.

“Saya pun nak masuk pembangkang nak buat apa? UMNO dan BN sekurang-kurangnya ada misi,” katanya.

Nur Jazlan berkata demikian ketika mengulas laporan beberapa laman sosial yang mendakwa beliau akan menyertai PKR pada Isnin.

Maklumat yang tersebar di media sosial itu turut mendakwa Nur Jazlan akan dinamakan sebagai Naib Presiden parti tersebut.

Spekulasi timbul selepas beberapa blogger dilaporkan tidak berpuas hati apabila beliau berkongsi pentas dengan bekas pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga di forum “Freedom of Expression Under Threat” baru-baru ini.

Nur Jazlan percaya, tindakan individu yang menyebarkan khabar angin itu kurang senang dengan tindakannya yang lantang menyuarakan kelemahan yang berlaku dalam UMNO.

Katanya, setiap kritikan yang dilakukan berniat baik demi masa depan UMNO sendiri.

1 comment:

Anonymous said...

Buat apa masuk PKR masuk DAP baru ngam....

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA