networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, December 14, 2014

Datuk Ehsanuddin Saran Ibu Bapa Pentingkan Pendidikan Anak-Anak...


Pendidikan sememangnya amat penting kepada seorang individu...dengan pendidikan ilmu akan diperolehi..melalui ilmu barulah kita boleh aplikasikan dalam kehidupan seharian kita...bercakap tentang pendidikan..bukan hanya pandai tulis, baca dan mengira...malah pendidikan lebih dari itu yang mana mampu membentuk akhlak dan sahsiah seseorang..lambang ketinggian akhlak seseorang itu bergantung kepada ilmu yang mereka ada...

Orang yang pandai dalam akademik...tak semestinya menguasai ilmu dalam kehidupan..tidak semestinya orang yang dapat gred A penuh dalam semua matapelajaran peperiksaan mempunyai akhlak dan sahsiah yang baik..dalam erti kata lain...pendidikan itu ilmu bukan hanya di atas kertas malah dapat diaplikasikan dalam sistem kehidupan seseorang...

Dalam sistem pendidikan formal negara, kerajaan sudah mula mengorak langkah baru yang mana menumpukan pendidikan holistik bagi menghasilkan insan yang berakhlak mulia...tidak dinafikan Kementerian Pendidikan Malaysia mengalami cabaran dalam beberapa tahun kebelakangan ini..ini semua berlaku apabila kerajaan cuba mengubah sistem pendidikan negara kita dari menumpukan keputusan di atas kertas kepada kecemerlangan sahsiah...

PBS kepada PT3..memang ramai merungut kerana menyusahkan pelajar...menyusahkan guru untuk tangkap...kenapa tidak kekalkan PMR?sebenarnya jika kita lihat dengan hati yang terbuka..PMR hanya menumpukan jumlah A...dan berorientasikan peperiksaan semata-mata...bila kerajaan memperkenalkan PBS maka ramai merungut kerana banyak kelemahan..guru terpaksa key ini markah sehingga larut malam..banyak kertas dihabiskan untuk menyimpan eviden...namun itu semua proses untuk kita menghasilkan sesuatu yang lebih baik...

Mendengar rungutan banyak pihak PT3 pun diperkenalkan...konsep baru ini lebih mesra guru dan pelajar..kerana data hanya perlu disimpan secaa offline dan tiada eviden diwajibkan...memang nampak semacam carca marba..namun kita kena berfikiran positif...setiap kesusahan hari ini adalah untuk kebaikan akan datang...

Ibarat membuat kuih donut..hari ni kita pertama kali buat kuih..kita pun gunalah rencah dan sukatan yang telah ditulis dalam buku resepi..namun hasilnya tidak kena dengan selera kita..esok pula kita buat lagi kuih donut yang sama...kita tambahkan beberapa bahan yang kurang..dan kurangkan bahan yang terlebih...begitulah perumpamaan yang sedang berlaku dalam pendidikan formal negara kita...

Pendidikan ini bermula dari awal kelahiran sehingga ke liang lahad..kita belajar sepanjang usia...biasalah ada kalanya kita lemah..dan kadang kala kita cemerlang...namun itu tidak bermakna kita sudah berjaya mengukur tahap pendidikan kita..

Kita sepatutnya bersyukur kerana dari dulu lagi kerajaan mengutamakan pendidikan berbanding bidang lain...dalam Bajet 2015 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pun kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 56 billion iaitu lingkungan 21% lebih...itu tidak termasuk lagi kementerian lain seperti Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Sumber Manusia.itu semua hasilnya membentuk sahsiah anak-anak melalui bidang lain seperti sukan dan asas pengayaan diri...

Kelmarin, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Bin Haji Mohd Harun Narrashid ada menyentuh mengenai pendidikan anak-anak...ucapan tersebut disampaikan dalam ucapannya ketika Majlis Penyampaian Sumbangan Kelengkapan Sekolah peringkat Parlimen Kota Tinggi anjuran bersama Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi, JPMM DUN Sedili dan DUN Johor Lama, Yayasan Mesra dan PLUS

Dalam ucapannya, kami dari redaksi blog Harapan Esok tertarik tentang saranan Datuk Ehsan mengenai kesedaran Ibu Bapa terhadap pendidikan anak mereka..jika kerajaan meperuntukkan sejumlah 25% (Bajet pendidikan + pembangunan insan Kementerian lain) adakah ibu bapa akan melakukan perkara yang sama...

Jika pendapatan ibu bapa RM 2000 adakah 25% atau RM 500 setiap bulan ibu bapa akan peruntukkan untuk pendidikan anak-anak...jika ibu bapa tidak upaya untuk mengeluarkan sejumlah seperti itu, beliau menjelaskan kerajaan sudah membantu..tanggungjawab ibu bapa perlulah memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak...

Semak buku...tanya masalah dan perkembangan pendidikan anak-anak di sekolah...Datuk Ehsan mencuit hati kami apabila ibu bapa kurang minat untuk hadir mesyuarat PIBG..yang hadir pun hanya emak-emak yang berapa kerat..itu pun selepas kena kerat..hehe...

Datuk Ehsanuddin memberi bantuan awal persekolahan kepada pelajar sekitar
Kota Tinggi
Dalam mesyuarat PIBG inilah ibu bapa berpeluang menyuarakan pendapat mereka kepada pihak sekolah demi kemajuan pendidikan anak-anak mereka...Datuk Ehsan ada memberi tips untuk disematkan dalam sanubari ibu bapa dan anak-anak yang hadir...tipsnya adalah :

1) Pandai Belajar
2) Pandai Kerja dan Kepakaran
3) Pandai Aplikasi Komuniti
4) Pandai Pertimbangan
5) Pandai Jaga, Pertahan dan Jaga Maruh

Jika kita amalkan tips 5 P atau 5 Pandai ini..nescaya insan cemerlang dapat dilairkan..kita belajar untuk ilmu diri...selepas itu kita kena pandai kerja atas ilmu yang ada...kemudan barulah kita gunakan ilmu untuk masyarakat..ilmu yang ada tidak lengkap kalau kita tidak ada petimbangan dan kewarasan..disebabkan itulah kita perlu pandai membuat pertimbangan..mengdahulukan akal dan emosi sebelum bertindan...akhir sekali kita perlu jaga maruah..pertahankan ilmu demi diri, agama dan negara tercinta ini....

Syabas Datuk Ehsan atas tips ini...bolehlah guna tips ini dibuat mural kat dinding-dinding sekolah..biar pelajar ingat sampai bila-bila...

Rujuk SINI untuk mengetahui sekitar program penyerahan bantuan Persekolahan yang dianjurkan kelmarin...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA