networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, December 18, 2014

FIC, FELDA Luaskan Pelaburan Hartanah Di London..Ambil Alih Hotel 4 Bintang Grand Plaza Kensington..


Kelmarin Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) telah mengumumkan meluaskan aset pelaburannya mengambil alih sebuah hotel bertaraf 4 bintang di Kensington, London...Pemilikan Grand Plaza Kensington ini merupakan pelaburan hartanah pertama bagi FIC dan yang kedua bagi FELDA...

Pengumumamn ini pasti membuatkan pemimpin-pemimpin pembangkang tidak senang duduk dan berusaha menidakkan kemampuan FELDA dalam meluaskan pasaran pelaburan ke serata dunia..kritikan yang dilemparkan pembangkan terhadap FELDA bukan perkara baru..

Sebelum ini, mereka menghasut peneroka FELDA bahawa penyenaraian FGVH dalam bursa saham merupakan pelaburan yang sia-sia dan akan melingkupkan FELDA...baru-baru ini, FELDA telah membeli 198 unit Grand Plaza Serviced Apartments Bayswater bernilai hampir RM 500 Juta di Kota London...

Kita tengok dahulu apa kritikan Lim Guan Eng dari Pembangkang yang mempertikaikan pelaburan yang dibuat FELDA sebanyak RM 700 Juta..
“Apa kaitan antara operasi dan pemilikan lapan buah hotel di serata Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, Sabah dan London; dengan penanaman kelapa sawit? 
“Bagaimana dengan melabur RM700 juta menjalankan perniagaan perhotelan di dalam negara dan di London dapat memberi faedah kepada kehidupan lebih satu juta orang yang tinggal di tanah rancangan Felda di seluruh negara?.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut mendesak Tan Sri Isa menjawab berkenaan pelaburan tersebut yang menurut Lim :
"Kami (PAS-PKR-DAP) meminta Tan Sri Isa memberi jawapan supaya perkara ini dapat dijelaskan apa yang dibuat oleh Felda dengan RM700 juta itu... 
"RM700 juta bukan sedikit ya...hampir RM1 bilion...tidak masuk akal langsung," katanya kepada pemberita pada sidang media khas di Parlimen..
Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul turut mendesak Perdana Menteri dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjawab tujuan pelaburan RM700 juta itu.
"Sepatutnya Felda menyediakan masa dan peruntukan perbelanjaan untuk buat kajian tanaman kelapa sawit macam di Indonesia, tanamannya daripada sibuk hendak buat hotel yang kita tidak tahu rugi atau untung yang pastinya pulangan yang lambat... 
"Jadi saya rasa Isa harus jawab dan perdana menteri juga harus jawab dan jangan tinggalkan kepada pengerusi Felda yang dia fikir dia boleh buat apa saja," katanya.
Mengenai pelaburan FELDA dalam industri pelaburan perhotelan, Pembangkang langsung tidak menyentuh usaha FELDA yang melabur sebanyak RM 200 juta bagi membina sebuah Hotel dan sebuah restoran di Bab Al Aziz, Mekah bagi memudahkan jemaah Islam dari Malaysia mengerjakan Umrah dan ibadah Haji...

Sudah pasti perkembangan terbaru yang diumumkan FELDA melalui anak syarikatnya FIC ini membuatkan pakatan pembangkang tidak senang duduk dan akan mencari point untuk mengutuk usaha murni ini...

Siapa sangka FELDA yang dahulunya hanya membantu orang Melayu dalam industri peneroka perladangan kini telah meluaskan empirenya ke negara yang pernah menjajah negara kita suatu ketika dahulu...sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia perlu berbangga..dulu rakyat kita bekerja untuk penjajah..kini kita pula meneroka peluang pelaburan dengan mengambil alih hotel di negara yang pernah menajajah kita suatu ketika dahulu...

Langkah FIC selain mencari peluang baru dalam industri perhotelan di luar negara ia juga dapat memperkukuhkan jenama FELDA di mata dunia..sebelum ini FELDA berjaya memiliki Grand Plaza Serviced Apartments di Bayswater pada tahun lalu. 

Grand Plaza Kensington ini mempunyai 62 unit bilik dan 2 unit servis apartment yang terletak di Lexham Gardens iaitu sebuah daerah ekslusif di Kensington dan Chelsea...Lokasi hotel ini amat strategik yang mana terletak berhampiran pusat membeli belah paling popular di Barat London iaitu Kensington High Street..

Hotel ini juga amat popular yang merupakan destinasi percutian utama di dunia...ini merupakan antara faktor penting bagi peluang pelaburan yang dibuat FIC ini...hasil carian saya di laman sesawang Agoda mendapati rata-rata pengunjung di hotel ini memberi gred purata 8.1/10 manakala pengunjung memberi markah purata di Booking.com 8.5/10..ini menunjukkan betapa besar potensi yang bakal dicipta melalui pelaburan ini..

Carian Grand Plaza Kensington di laman Booking.com
Carian Grand Plaza Kensington di laman Agoda
Memetik ucapan Pengerusi Kumpulan FELDA, Tan Sri Isa Samad berkata ketika majlis pembukaan hotel tersebut di London tempoh hari :
“Pembelian Grand Plaza Kensington merupakan sebahagian daripada perancangan strategik FIC dalam mempelbagaikan aset pelaburannya serta memastikan pulangan pelaburan yang maksima untuk manfaat semua pemegang saham.” 
Beliau turut berkata bahawa hotel yang baru dimiliki FIC ini juga mampu menjadi aset pelengkap kepada hotel milik FELDA di Bayswater, satu lagi kawasan tumpuan rakyat Malaysia di London. 
“Grand Plaza Serviced Apartments mensasarkan pengunjung yang bercuti bersama keluarga mahupun secara berkumpulan, manakala Grand Plaza Kensington lebih bertumpu kepada pengunjung yang inginkan penginapan mewah pada kadar yang berpatutan. 
Selain itu, hospitaliti Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia dan kami yakin hotel ini dapat menarik pengunjung Malaysia dan juga pengunjung asing dengan penawaran perkhidmatan yang terbaik serta pilihan juadah Malaysia yang lazat.”


Setakat ini, FELDA telah memilihi sebanyak 12 unit Hotel dan Resort..Apakah kita sebagai rakyat Malaysia tidak merasa banga dengan kemajuan prestasi FELDA masa ini?peluang pelaburan yang semakin berkembang maju..bukan hanya di dalam negara malah kini FELDA sudah meneroka pasaran pelaburan peringkat global...

Untuk rekod, Hotel Grand Plaza Kensington ini mencatatkan kadar purata penghuni sebanyak 90% dan ianya memang berpotensi dalam industri pelaburan...dengan kadar pertumbuhan sebanyak 8.6% di London, sekaligus menjadikannya Bandar paling kerap dikunjungi di dunia.

Kini FELDA telah maju setapak lagi dengan peluang menjana ekonomi dalam bidang industri berkaitan sawit, pembangunan hartanah dan binaan serta menjadi sebuah organisasi terkemuka dalam sektor hopitaliti...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA