networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, December 12, 2014

Muafakat Johor : 3000 Penganut Bukan Islam Anjur Doa Kesejahteraan Tunku Abd Jalil


Alhamdulillah aku merasa sedikit lega apabila mengetahui ramai masyarakat bukan Islam mendoakan kesejahteraan Tunku Jalil..

Semoga Tunku beroleh kesihatan sejahtera...kami umat Islam sentiasa mendoakan kesejahteraan Tunku Laksamana..

Baca berita dari Bernama...

Kira-kira 3,000 penganut Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, Tao, Soka Gakkai dan Bahai menyertai majlis mendoakan kesejahteraan Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, di Stadium Tertutup Majlis Bandar Raya Johor Bahru (MBJB), di sini.

Majlis itu bermula kira-kira pukul 9 pagi.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong, Ahli Parlimen Tebrau, Khoo Soo Seang dan anggota Dewan Negara, Senator Chia Song Cheng.

Berucap pada majlis itu, Tee yang juga pengarah program berkenaan berkata, ia melambangkan muafakat rakyat negeri Johor selain taat setia kepada Raja. - Bernama

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA