networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, December 25, 2014

PERSIM Harus Buka Mata!! SPAD Banteras UBER "Haram" Di Johor...


Tatkala PERSIM hebat menyerang SPAD kononnya UBER diberi keistimewaan, kelmarin SPAD telah menafikan bahawa UBER bukan anak emas dan perlu ikut undang-undang...mungkin kerana tidak faham, PERSIM mendakwa UBER ini merosakkan rezeki pemandu-pemandu teksi Malaysia...

Sudah dasar SPAD akan menyokong dasar berkaitan menaiktarafkan jaringan pengangkutan awam ..namun ianya bersyarat yang mana perlu mematuhi undang-undang sedia ada...Biarpun UBER sudah bersetuju mahu mengikuti undang-undang yang ditetapkan..namun jika mereka melanggar maka mereka tetap dikenakan tindakan undang-undang..

Di bawah ini saya siarkan siaran media operasi SPAD menjalankan operasi terhadap UBER yang melanggar undang-undang...
SIARAN MEDIA 
S.P.A.D. MENERUSKAN OPERASI PENGUATKUASAAN TERHADAP KENDERAAN PERSENDIRIAN YANG MENJALANKAN OPERASI UBER DI JOHOR BAHRU 
JOHOR BAHRU (23 Disember 2014): Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) telah menjalankan Operasi Penguatkuasaan terhadap kenderaan persendirian yang menjalankan operasi UBER hari ini.  
Melalui operasi ini, S.P.A.D telah berjaya menahan lima (5) kenderaan milik individu yang akan dituduh di bawah Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. Kenderaan yang ditahan ini telah disita dibawah Seksyen 80 & Seksyen 81 APAD. 
Untuk makluman, Operasi Penguatkuasaan ini telah dijalankan dikawasan tumpuan penumpang di sekitar Johor Bahru seperti Lapangan Terbang Sultan Ismail, Legoland dan Pasir Gudang. 
S.P.A.D ingin menegaskan bahawa sungguhpun aplikasi Uber itu tidak menyalahi undang-undang secara kasarnya, kenderaan yang digunakan haruslah kenderaan yang berlesen. S.P.A.D. tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang serta syarat-syarat pelesenan pengendali terutamanya yang menggunakan kenderaan persendirian untuk menjalankan operasi Uber ini.
Harapnya adalah wakil PERSIM membaca...nanti tidaklah mereka terus bertikam lidah kononnya UBER anak angkat SPAD sehingga mahu siasat ke SPRM... 

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA