networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, December 13, 2014

Rogol - Nitizen India Menentang UBER..Jangan Sampai Terjadi Di Malaysia Pula...


Perkhidmatan teksi atas talian UBER bukan perkara baru di dunia, di negara luar banyak negara telah mengharamkan perkhidmatan teksi UBER ini. Belanda, Bandar besar di Jerman Berlin dan Hamburg, Thailand dan Vietnam telah mengharamkan UBER.. di London persatuan teksi bandar tersebut telah membawa tindakan undang-undang terhadap UBER...


Baru-baru ini, Perkhidmatan UBER sekali lagi tercalar apabila kes Rogol melibatkan seorang Pegawai Eksekutif Kewangan Delhi berusia 27 tahun telah berlaku di India..kes ini mendapat kecaman oleh nitizen negara tersebut...


Berikutan kes ini kerajaan India telah mengharamkan operasi teksi online UBER..ia diambil bagi mencari jalan penyelesaian pantas terhadap kes ini...UBER dalam kenyataan balas mengenai insiden tersebut telah memberi dua langkah bagi menangani masalah tersebut iaitu :

1) Pihak UBER sedang melakukan proses pengesahan, maklum balas penumpang dan sokongan masyarakat...
2) Melaksanakan proses saringan latar belakang pemandu mereka...

Kes tersebut benar-benar mengejutkan dunia apatahlagi UBER merupakan perkhidmatan TEKSI atas Talian yang terkenal di seluruh Dunia...di Malaysia, sudah menjadi dasar Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bahawa memberi segala keupayaan kerjasama terhadap mana-mana pengangkutan Awam untuk beroperasi bagi meningkatkan jaringan pengangkutan awam di Malaysia...

SPAD telah menetapkan peraturan sebelum UBER dibenarkan beroperasi di negara kita...dan ianya telah dipersetujui oleh pihak UBER sendiri mengenai syarat dan undang-undang yang telah ditetapkan SPAD..pihak SPAD juga akan membuat pemantauan bagi memastikan perkhidmatan UBER ini tidak memberi sebarang masalah kepada penumpang dan mematuhi undang-undang.artikel ini telah disiarkan dan boleh rujuk di SINI...

Langkah SPAD ini telah mendapat pengiktirafan Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) yang mana tidak membenarkan kenderaan persendirian untuk khidmat ini...

Memetik kenyataan dari BERNAMA
“Aplikasi telefon seperti Uber yang menggunakan kereta persendirian untuk perkhidmatan teksi palsu memberi risiko kepada penumpang dan pengguna jalan lain kerana insurans motor adalah batal dan tidak sah apabila sesebuah kenderaan di bawah pendaftaran persendirian digunakan bagi tujuan komersil," kata Naib Presiden bagi Pengangkutan Daratnya Jaya Kumar dalam satu kenyataan pada Isnin. 
“Aplikasi tersebut sebenarnya tidak menunjukkan di mana teksi atau kenderaan Uber berada, tetapi hanya semata-mata lokasi telefon yang digunakan oleh pemandu kenderaan berkenaan. 
“Sesiapa sahaja yang memiliki telefon berdaftar boleh mengesan permintaan bagi pengangkutan dan pemandu yang mempunyai niat jahat boleh mengeksploitasikan penumpang di kawasan terpencil yang sunyi," katanya.
Biar apapun tohmahan terhadap UBER...diharapkan dengan kerjasama baik dari pihak SPAD pengangkutan awam atas talian UBER dapat beroperasi tanpa sebarang masalah...

1 comment:

Anonymous said...

Jika UBER mampu bagi kualiti perkhidmatan yang lebih baik why not kita terima mereka?

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA