networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, December 25, 2014

Tanah FELDA Bakal Jadi Rezab Melayu?!!!


Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad telah mengumumkan bahawa FELDA tidak mempunyai sebarang masalah dan memberi sokongan sekiranya tanah racangan milik FELDA seluas 856,954 hektar di seluruh negara diwartakan sebaga rezab Melayu...

Tan Isa bersetuju untuk mewartakan tanah FELDA dengan syarat mendapat persetujuan kerajaan negeri sekiranya berhasrat berbuat demikian..

Cadangan ini pasti dipersetujui peneroka yang mana hanya melibatkan peneroka Melayu sahaja...peneroka yang bukan Melayu tidak terlibat dengan cadangan ini..

Menurut Tan Sri, “Mereka (peneroka bukan Melayu) jangan dengar cakap orang yang tanah mereka juga dimasukkan sebagai rizab Melayu, itu tidak benar sama sekali,” katanya mengulas langkah kerajaan negeri Johor yang akan mewartakan tanah rancangan FELDA dan FELCRA di negeri itu sebagai rizab Melayu

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut menyuarakan hasrat mahu menjadikan tanah Felda kepada rezab Melayu..beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan mesyuarat kedua (bajet 2015) Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-13 di Kota Iskandar, dipetik berkata, langkah mewartakan tanah berkenaan antara langkah proaktif kerajaan negeri melindungi dan mempertahankan tanah rizab Melayu di Johor.

Antara langkah yang telah dilakukan oleh kerajaan Johor bagi menambahkan jumlah rezab Melayu ialah :

1) Menukar status kesemua tanah peneroka FELDA seluas 145,970 hektar dan tanah FELCRA kepada Rizab Melayu...

2) Johor Corporation akan mengambil alih tanah seluas 382 ekar di Kem Tebrau untuk membina lebih banyak rumah mampu milik khusus untuk gologan Bumiputera..

3) Kerajan Johor tidak menyambung pajakan tanah seluas 196 ekar di Taman Perindustrian Larkin bagi mewartakan sebagai Tanah Rezab Melayu bagi menyeimbangkan jumlah orang Melayu di kawasan Bandar...

4) Mewujudkan inventori maklumat tanah-tanah Rizab Melayu dan maklumat mengenainya perlu dilaporkan setiap enam bulan.

5) Hakmilik tanah rizab yang dikurniakan disyaratkan didaftar serentak dengan kaveat Pendaftar satu halangan, sekiranya ada percubaan untuk menjual tanah-tanah kurniaan ini kepada pihak yang bukan Melayu.

6) Kerajaan Negeri juga akan merampas tanah yang didapati telah bertukar pemiliknya kepada bukan Melayu sama ada melalui pertukaran pegangan saham atau pengambil alihan syarikat,” katanya.

7) Memperuntukkan RM 20 juta bagi menyelamatkan tanah-tanah pertanian yang dimiliki oleh Orang Melayu supaya tidak terjual & akan diusahakan koperasi dan usahawan bumiputera.

Macam-macam langkah telah dilakukan oleh kerajaan Negeri Johor..FELDA turut tiddak ketinggalan bagi memastikan survival Melayu dalam pemilikan tanah terus terpelihara...langkah FELDA dengan menetapkan tanah mereka sebagai hak ekslusif peneroka sedikit sebanyak dapat mengawal pemilikan tanah daripada terjual kepada pihak lain...

Bangsa lain sedang memburu tanah..kita yang ada tanah ni..jagalah...sekali kita jual memang tidak dapat kembali semula...beringat sebelum rugi...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA