networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, December 29, 2014

Tudia!!! MCA Guna Lori Besar Teruskan Misi Bantuan Mangsa Banjir Pantai Timur!!!!


DAP seteru MCA pasti terkejut dengan perkembangan terkini MCA yang aku sifatkan "LAIN MACAM!!!"..Penangan Presiden MCA, Dato' Seri Liow Tiong Lai semakin menunjukkan petanda positif apabila mahu membuktikan kepada rakyat Malaysia MCA bukan lagi parti yang tidak mampu menyumbang kepada rakyat...

Sekarang kita jangan ukur sejarah lampau kekecewaan MCA pada PRU 13...kita buka lembaran baru...terkini, MCA telah melancarkan Lori besar yang aku sifatkan seperti lori balak!!!bukan calang-calang bantuan nih..baguslah...MCA sudah bangkit...pembangkang pun ada lori dan bas juga...tapi untuk kempen politik diorang jer..sekarang dah tak musim PRU maka senyaplah....

Tatkala parti seteru DAP masih lagi berpolitik cara tradisional...mencari kelemahan orang lain..meraih sokongan dengan menghasut orang membenci pihak lawan...cara itu sudah ortodok...rakyat sekarang mahu lihat depan mata siapa yang banyak bantu mereka..cara lapok memburukkan lawan sudah tak pakai lagi...

Biasalah kalau dah kepimpinan semua dah lanjut usia tapi masih lagi nak memegang jawatan..itulah akibatnya...DAP kini diancam krisis kurang kepercayaan apabila mereka masih lagi bermain politik memburuk orang lain..bila dah kantoi..ajak pula orang sokong Perdana Menteri..

Pergh!!!Guna MCA Lori Besar bantu mangsa Banjir...Ter
Petang tadi MCA telah umumkan bantuan yang sudah dikumpul setakat jam 10 malam 28 Disember sebanyak RM 450,000 iaitu RM 350,000 wang tunai dan RM 110,000 lagi barangan bantuan...


Presiden MCA YB Datuk Seri Liow Tiong Lai mengarahkan Ketua Crisis Relief Management Squad (CRSM) Kebangsaan Dato’ Lua Choon Hann untuk menubuhkan skuad operasi bantuan mangsa banjir Pantai Timur. CRSM menubuhkan Tabung Bantuan Banjir Pantai Timur bagi memungut derma daripada orang awam untuk membantu mangsa banjir pada 23 Disember lalu...

Sehingga setakat ini CRSM telah berjaya menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir di beberapa buah kawasan pantai timur yang dilanda banjir...berikut aku kongsikan perjalanan MCA melalui CRSM dalam misi membantu mangsa banjir...
20-12-2014 CRSM mengagihkan 3,000 pek barangan bantuan kepada mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan

21-12-2014 CRSM mengagihkan 3,000 pek barangan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Kulim, Tumpat, Kelantan

23-12-2014 Presiden MCA YB Datuk Seri Liow Tiong Lai mengarahkan Ketua CRSM Kebangsaan Dato’ Lua Choon Hann untuk menubuhkan skuad operasi bantuan mangsa banjir Pantai Timur. CRSM menubuhkan Tabung Bantuan Banjir Pantai Timur bagi memungut derma daripada orang awam untuk membantu mangsa banjir.

24-12-2014 Ahli-ahli CRSM dan MCA dari seluruh negara menyertai skuad operasi bantuan mangsa banjir Pantai Timur dan mula bergerak ke kawasan banjir di Pantai Timur.

25-12-2014 MCA mula mengumpulkan barangan bantuan untuk dihantar ke kawsan banjir.

26-12-2014 Presiden MCA YB Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden YB Datuk Dr. Wee Ka Siong, Pengerusi MCA Negeri Kelantan YB Senator Dato’ Dr. Hou Kok Chung dan Ketua CRSM Kebangsaan Dato’ Lua Choon Hann membawa 300 pek makanan dan minuman telah bergerak ke kawasan banjir dengan menaiki helikopter . Mereka telah melawati kawasan banjir di Gua Musang, Kuala Krai, Kota Bharu dan Kemaman, serta menziarahi mangsa banjir di pusat pemindahan mangsa banjir. 
Pengerusi MCA Negeri Terengganu Dato’ Toh Chin Yaw dan Pengerusi MCA Negeri Pahang Dato’ Hoh Khai Mun dilantik menyelaras operasi membantu mangsa banjir di negeri masing-masing.Barangan bantuan seperti makanan, minuman dan ubat dihantar dengan segera ke kawasan-kawasan banjir di ketiga-tiga negeri Pantai Timur. 
27-12-2014 2 unit lori 6-tan dan 2 unit 4WD dengan barangan bantuan dihantar ke Gua Musang, dan tiba di kawasan banjir pada pukul 3:00PM
  • 2 unit lori 3-tan dengan barangan bantuan bertolak dari Kuala Lumpur ke Kuala Krai dan tiba di kawasan banjir pada pukul 3:00 pagi keesokan hari 
  • 1 unit lori 3-tan yang membawa air minuman bertolak dari Shah Alam, Selangor ke Kelantan
  • 2 unit lori 3-tan yang membawa air minuman dan 1 unit lori 3-tan yang membawa beras bertolak dari Kuala Lumpur ke kawasan banjir.
Pemuda MCA dengan kerjasama 15 NGO Pemuda Bangsa Cina melancarkan program “Youth Care” untuk membantu kerja-kerja selepas banjir. Ketua Pemuda MCA Kebangsaan YB Senator Chong Sin Woon bergerak ke kawasan banjir di Gua Musang dan Kuala Krai selepas pelancaran program tersebut.

Operasi pengagihan barangan bantuan yang diketuai oleh Ketua CRSM Kebangsaan Dato’ Lua Choon Hann dimulakan di beberapa kawasan yang dilanda banjir.

CRSM Negeri Pahang, Johor dan beberapa negeri lain mula mengagihkan barangan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan masing-masing.

MCA Negeri Sembilan dan MCA Negeri Perak menghantar barangan bantuan yang Berjaya dikumpulkan ke Kuala Lumpur untuk dibawa ke Pantai Timur.

28-12-2014 1 unit lori 3-tan dan 4 unit 4WD yang membawa barangan bantuan bertolak ke Kelantan pada pukul 11:00AM dan tiba di kawasan banjir

Naib Presiden MCA YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun menghantar 200 pek barangan bantuan ke Kelantan dengan helikopter.

CRSM semua negeri terus dengan operasi menghantar barangan bantuan ke kawasan banjir.


Kita ucapkan tahniah jugalah kepada seteru MCA, DAP yang tak kurang juga bersungguh-sungguh membantu mangsa banjir....bawah ini buktinya...



HE : Tahniah dan Syabas MCA atas usaha anda...

1 comment:

Anonymous said...

nampak sangat mereka memang tak suka melayu, tu semua nak tunjuk bagus jer, mana tulisan bahasa kebangsaan kat spanduk besar tu?

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA