networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, December 16, 2014

Ulat Teksi & Prebet Sapu "Kepala Batu"! Degil Tak Pernah Serik Ditangkap!!!

SPAD menjalankan OPS Parasit di KLIA & KLIA 2 pada 5 Disember lalu
 - Gambar  Azneal Ishak
Tak tahu lagi bahasa apa hendak pakai..sudah banyak kali operasi membanteras Ulat Teksi dan Prebet Sapu dilancarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di KLIA dan KLIA 2..tapi mereka ini tidak serik dan langsung tidak takut dengan undang-undang yang dikenakan...

Jikalau Ulat-ulat dan Prebet sapu ini benar-benar berminat untuk jadi pemandu teksi apa tunggu lagi..pergilah ambil lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) di mana-mana sekolah memandu..kemudian pergi daftar di Syarikat-syarikat Teksi yang berdaftar...pemegang lesen baru PSV tidak layak lagi dapat premit bawa teksi..kena guna nama Syarikat...

Lepas 3 tahun applylah premit bawa teksi kat JPJ...semua ni bukan susah mana pun...ikut saja undang-undang yang telah ditetapkan...tapi Ulat-ulat ni memang kepala batu...sudah ada peraturan dilanggar pula...

Jika jadi hal sudah menyusahkan pihak lain..kalaulah ulat-ulat ni bawa pelancong dari luar negara..berlaku kemalangan..SPAD dan pihak berkuasa juga disalahkan sebab tak pantau kes ini....nama Malaysia juga tercemar...

Pada bulan September lalu, SPAD telah buat operasi kesan ulat-ulat teksi ni di KLIA dan KLIA 2...SPAD berjaya tangkap taktik baru Ulat Teksi guna kereta mewah...untuk kes tersebut boleh rujuk artikel kami bertajuk Taktik 'Ulat Teksi' Guna Kereta Mewah Terbongkar... 

Minggu lepas SPAD lancarkan operasi yang sama di lokasi yang sama KLIA dan KLIA 2..sebanyak 6 prebet sapu dan Ulat teksi telah ditahan dalam operasi berkenaan...Jika sebelum ini, mereka menggunakan taktik menggunakan kereta mewah..kali ini mereka tukar modus operandi yang mana telah menanggalkan satu abjad pada no plat kenderaan mereka dan berpakaian kemas lengkap dengan kot...

Ada juga ulat-ulat teksi ini menyamar sebagai pemandu pelancong, penjual kad SIM, pembantu troli dan wakil-wakil hotel...makin hari-makin licik mereka ini jalankan operasi haram ni...ada saja taktik baru nak kaburkan mata pihak berkuasa...bukan mereka tidak tahu yang hukumannya berat jika disabit kesalahan...Maksimum RM 50,000 dan atau penjara tidak melebihi 5 tahun...bila dah kena tangkap baru nak insaf....

Sampai bila kes ini hendak selesai...kesianlah kat pemandu-pemandu teksi dan cab yang berdaftar..mereka pun mahu cari makan juga..Apapun kami di blog Harapan Esok memuji tindakan SPAD yang tidak pernah penat memantau dan membanteras Ulat teksi dan prebet sapu ini....

Pujian juga diberikan kepada Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad yang berkata "pihaknya akan meneruskan operasi ini dari masa ke semasa bagi memastikan kegiatan ini dihapuskan."

Undang-undang dicipta untuk memandu masyarakat mengikut peraturan dan memudah cara sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini...nak patuhi undang-undang pun susah ke?insaf-insaflah wahai Ulat Teksi dan Prebet Sapu..Jika anda fikir undang-undang menyekat rezeki anda..anda kena fikir juga berapa banyak rezeki pemandu-pemandu teksi terjejas dek perbuatan anda....

1 comment:

Anonymous said...

memang degil kepala batu admin

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA