networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, December 30, 2014

"Umat Islam Diingatkan Jangan Terlalu Fanatik Sehingga Menghalalkan Keganasan"...Jelas Dr Mashitah..


Baru-baru ini, negara digemparkan dengan penglibatan rakyat kita menyertai kumpulan militan IS di Syria...taktik terbaru ini dibongkar oleh pihak Polis Diraja Malaysia ekoran penahanan seoran lelaki di KLIA..hasil risikan mendedahkan taktik terbaru kumpulan militan tersebut untuk menyusup masuk negara Syria melalui negara ketiga...

Lelaki itu dikatakan ingin ke negara Brunei sebelum ke Turki kemudian ke Syria..lebih mengecewakan lagi adalah lelaki tersebut merupakan salah seorang pelatih PLKN..menyebut tentang perjuangan IS ini, golongan ekstrimis ini beranggapan menyertai peperangan di Syria merupakan satu jihad...

Memetik tulisan Ustazah Dr Mashitah bertajuk "Keganasan Bukan Jalan Ke Syurga" yang menurut beliau kumpulan ekstrimis fanatik ini:
Terbentuk dalam minda mereka satu persepsi atau pemikiran bahawa jalan terbaik masuk syurga ialah berjihad. Kekeliruan dan kurang kefahaman ini berpunca daripada salah tafsiran, yang kemudiannya boleh mencetus masalah berkaitan kestabilan dan keselamatan. Ada orang Islam yang bertindak ganas, menjadi jihadis atau pengebom berani mati, memerangi dan membunuh saudara seagama atas nama Islam, atau kerana ingin mati syahid untuk masuk syurga. 
Tapi hakikatnya kena faham betul-betul. Jihad kalau dipupuk dengan cara yang betul akan menjadikan seseorang itu serius dan bersungguh-sungguh melaksanakan tuntutan Islam dalam segala aspek kehidupan. Tapi jika diselewengkan maknanya, ia boleh menjadi ancaman dan menyemarakkan lagi Islamophobia dalam kalangan Barat dan hanya akan meng’iya’kan label terroris pada umat Islam.
Golongan IS ini bukanlah pejuang jihad yang sebenar..perbuatan membunuh dan memenggal tebusan atas nama Islam bukan sahaja kejam dan tidak bertamadun..malah memalukan dan menjatuhkan imej Islam..

Dalam mengejar Syurga...tiada jalan pintas...takut dek kerana terlalu taksub akan tergelincir akidah pula..masihkan anda ingat kes Al-Arqam yang mengemparkan negara suatu ketika dahulu..golongan ini beranggapan mereka akan masuk syurga...Pengikut ajaran sesat ini dijanjikan pengampunan dosa sehingga sanggup meratib berbogel dalam gelap sepanjang malam..malah ada juga yang sanggup minum air basuhan kaki...

Bila bercakap soal aqidah ini, janganlah kita mudah sangat mempercayai label dan slogan undi parti sekian-sekian akan masuk Syurga..tiada dalam ayat Al-Quran menyebut akan perkara ini...puak parti tersebut beranggapan mereka pejuang Islam sejati..apakah menjatuh dan membuka aib orang lain itu perjuangan yang diseru oleh Islam..jawapannya tidak sama sekali...

Dalam negara yang mempunyai berbilang bangsa..kita kena jaga sensitiviti orang kafir harbi yang bernaung dalam daulah Islamiah...rata-rata yang terpengaruh dengan perjuangan fanatik ini adalah orang-orang yang bijak pandai..dek kerana terlalu fanatik.mereka mudah terpengaruh..dan yang ruginya kita juga kerana kehilangan modal Insan yang berupaya berjasa kepada negara...

Sebelum melakukan sesuatu tu fikir dengan akal yang waras dan rasionalkan minda...wallahualam bissawab...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA