networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, October 31, 2014

Sistem Satu Tiket Untuk Semua Pengangkutan Awam Di Malaysia Bukan Perkara Mustahil...

0 comments

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mahu memperkenalkan sistem tiket prabayar untuk pengangkutan awam sepertimana yang telah dilakukan di negara Hong Kong dan London...Sistem tiket ala Touch n Go ini sebenarnya sudah digunakan di negara jiran kita Singapura...

Singapura telah memperkenalkan sistem tiket Kad EZ-Link untuk pembayaran tambang pengangkutan awam di Singapura...Kad EZ-Link telah diperkenalkan pada 13 April 2002 sebagai pengganti bagi farecard TransitLink asal manakala pesaingnya kad NETS FlashPay memasuki pasaran kad pintar..

Setiap bas pengangkutan awam di Singapura mempunyai sistem Kad EZ-Link bagi memudahkan penumpang membuat bayaran...di Malaysia, rancangan untuk menggunakan Kad Pintar ini di nyatakan oleh Ketua Eksekutif SPAD En Muhd Nur Ismail ketika diwawancara oleh sebuah majalah.

Ketua Eksekutif SPAD En Muhd Nur Ismail 
SPAD sedang bekerjasama dengan Touch n Go dalam merealisasikan hasrat ini..Anggaran untuk membangunkan sistem ini di Malaysia lebih kurang RM 300 juta.

En Muhd Nur berkata, “Kita telah bermula lebih awal dari segi menggunakan bayaran tanpa cash dari beberapa negara tetapi kita agak ketinggalan sedang mereka sudah mencapai 90% penggunaan kad transit kita masih baru mencecah 10% penggunaannya”



Bab tiket ini, kita sudah mengunakan kaedah tanpa cash, RAPID KL contohnya menggunakan sistem Tiket cip sebesar saiz 20 sen, KTM Komuter, Rapid KL ada menggunakan sistem Touch n Go..namun untuk memastikan 1 negara menggunakan sistem tiket tanpa tunai, ia memerlukan sedikit masa untuk merealisasikannya...

Sistem pungutan tambang automatik AFC
Berkenaan dengan sistem tiket untuk semua pengangkutan awam, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar mempunyai nada positif berkata “Kita perlu kreatif dan menghasilkan idea yang memberi pulangan nilai kepada negara dan memberi keselesaan kepada rakyat. Kita mahu mewujudkan sistem satu tiket untuk semua dan saya yakin kita sudah hampir ke arah itu" ketika melancarkan sistem pungutan tambang automatik (AFC) untuk Express Rail Link (ER) dan aplikasi mudah alih KLIA Ekspres di Sepang

Jika kita lihat, rakyat Malaysia jarang menggunakan pengangkutan awam (bas) dalam bandar selain bandar utama..sebagai contoh, di Johor sistem pengangkutan awam (bas) di bandaraya Johor Bahru mendapat sambutan baik oleh rakyat kita sendiri..namun jika kita melihat di bandar kecil seperti Pontian, Batu Pahat, Mersing, Segamat..kebanyakan yang menggunakan perkhidmatan bas dalam bandar ialah warga asing yang bekerja di negara ini...

Kesedaran rakyat perlu dipupuk untuk menggunakan pengangkutan awam..sudah tentu penambahbaikkan dari sudut prasarana, struktur, keselesaan, ketepatan waktu, kecekapan pengendalian perlu diwujudkan terlebih dahulu...pengangkutan ekspress antara bandar dan negeri amat menggalakkan...

Banyak perkara telah dan bakal dilakukan oleh SPAD untuk melakar transformasi pengangkutan awam selaras dengan kehendak Master Plan pengangkutan awam di Malaysia...Pengangkutan Awam berkualiti impian rakyat Malaysia...

Mangsa Rogol Dedah Pengalaman Mampu Melawan Pemangsa?

1 comments


Alahai...ada sorang perempuan cuba pertahankan Anwar yang mengatakan mustahil Saiful diliwat tak melawan...perempuan yang dirogol pun melawan..kata perempuan tu...secara tidak langsung dia telah mendedahkan pengalaman mangsa rogol..agaknya siapa yang dimaksudkan?

Haha..buat malu jer...masih lagi ada penyokong totok Anwar mengakui dia memang ada masalah tulang belakang...yelah tu...orang sakit tulang belakang memang boleh berjoging..boleh angkat budak seberat 15 kg...kan....






Thursday, October 30, 2014

PANAS!!! 604 Pelatih PLKN Tidak Boleh Cakap Melayu..Satu Perbincangan...

2 comments
I-smart membantu pelatih yang menghadapi masalah menulis, membaca, dan menekankan kebolehan berkomunikasi dengan baik dan menerapkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dalam kalangan peserta - Datuk Noor Ehsanuddin
Beberapa hari lalu, Pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi Selangor, Prof. Dr. Teo Kok Seong telah mendedahkan kajiannya yang mengatakan 604 pelatih PLKN tidak boleh bertutur bahasa Melayu...Kajian tersebut telah dilakukan ke atas seramai 14,000 pelatih di 79 buah kem di seluruh negara pada 2010.

Beberapa persoalan telah dilontarkan bagaimana pelatih ini boleh lulus SPM..setahu saya, tidak semua pelatih PLKN mengetahui result SPM mereka ketika menjalani PLKN...dan jika ada pelajar yang tidak pandai bertutur dengan baik dalam bahasa Melayu, mereka mungkin boleh menulis sikit-sikit..

Dalam peperiksaan SPM, ada pelajar bukan Melayu yang diminta oleh guru untuk menghafal karangan, komsas dan sebagainya...tidak dinafikan pelajar Cina memang ada kebolehan menghafal..jadi tidak hairan jika ada pelajar yang tidak pandai bertutur tetapi lulus SPM..setahu saya, untuk melanjutkan pelajaran dan memohon pekerjaan gomen..semua lepasan SPM perlu lulus dan kredit untuk subjek teras ini...tidak guna jika lulus tetapi tidak kredit..

Antara persoalan lain yang diutarakan ialah “Situasi ini tidak berlaku di Thailand atau pun Indonesia kerana kita dapat lihat di Selatan Thailand, orang Melayu di sana boleh bercakap bahasa negara itu dengan sempurna dan begitu juga di Indonesia, orang Cina petah bercakap bahasa Melayu'' kata Prof. Dr. Teo..

Ini tidak dinafikan, cumanya Prof Teo perlu melihat juga sistem pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia...Malaysia punyai Sekolah Vernakular yang berteraskan bangsa Cina mahupun India...rata-rata bangsa bukan Melayu ini akan tetap bertutur bahasa ibunda mereka apabila dirumah...

Lihat juga, pelajar-pelajar ini hanya berada di sekolah sekitar 7 jam sahaja di sekolah..itupun mereka tidak semestinya berbahasa Melayu atau bahasa kebangsaan di sekolah..nak harapkan subjek Bahasa Melayu..berapa sangat masa dalam seminggu..hanya sekitar 240-320 minit sahaja seminggu pelajar-pelajar di sekolah vernakular berbahasa Melayu...

Itu di Sekolah Vernakular...pelajar di Sekolah Kebangsaan pun belum tentu mampu berbahasa Melayu dengan baik...rata-rata hanya mampu berbahasa Melayu pasar.tak pun rojak...di sini perlunya kesedaran semua rakyat untuk berbahasa kebangsaan...persoalan lain pula timbul..apakah pelajar-pelajar serta keluarga mereka benar-benar mengiktiraf dan menerima bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan serta menggunakannya di rumah...jika dibuat kajian...saya yakin peratusan akan condong ke arah tidak....

Berbalik kepada 604 pelatih PLKN tidak mampu bertutur bahasa Melayu..Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid berkata pelatih PLKN ini dipilih secara rawak tanpa mengira latar belakang akademik mereka..

Beliau berkata lagi, MLKN juga akan memperkasakan modul I-Smart bagi membantu meningkatkan kemahiran komunikasi terutama Bahasa Melayu dalam kalangan pelatih. Selain membantu pelatih yang menghadapi masalah menulis dan membaca, I-Smart turut menekankan kebolehan berkomunikasi dengan baik dan menerapkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dalam kalangan peserta, katanya...

Walaupun perlembagaan menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan...sejauh manakah kesedaran rakyat bukan Melayu sedar akan perkara ini?cabaran bahasa Ibunda dan bahasa Inggeris merumitkan lagi proses pembelajaran dan pertuturan pelajar berbahasa Melayu...dalam sistem pendidikan pula, semua pelajar yang gagal bahasa Melayu ketika UPSR perlu masuk kelas peralihan bagi memantapkan pengusaan bahasa Melayu...namun apakah cara ini berkesan menggalakkan mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi mereka?fikir-fikirkan...

Berita lalu...

Wednesday, October 29, 2014

Kecoh Di Langkawi : 11 Samseng Ugut Pegawai SPAD Ditahan Polis...

0 comments
Gara-gara berang dengan 'Operasi Parasit' yang dilakukan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang menyita kenderaan pandu sendiri tanpa permit di Langkawi baru-baru ini, pegawai SPAD telah dimaki hamun oleh lebih daripada 10 individu...bukan itu sahaja, samseng-samseng ini telah bertindak nekad dengan melemparkan kon dikawasan sekatan dan menendang kereta SPAD...

Ini bukan pertama kali berlaku yang mana pegawai SPAD telah diugut dengan berbagai ancaman...sebelum ini pun di ibu kota ada kes pegawai SPAD diugut ketika melakukan operasi kesalahan yang dilakukan pemandu teksi.

Menurut Ketua Penguatkuasa, Datuk Che Hasni Ahmad, walaupun terpaksa bertolak ansur kerana tidak mahu kejadian lebih buruk jika pihak yang dikenakan tindakan tidak mampu mengawal perasaan, petugasnSPAD tetap meneruskan operasi dan tugas seperti biasa...

Beliau berkata lagi, kita menjalankan amanah yang diberikan..ini risiko yang kita hadapi, jadi kita mengharapkan sokongan daripada orang awam...

Setakat ini seramai 11 suspek telah ditahan..jika disabit kesalahan mereka ni boleh didakwa mengikut seksyen 147 kanun keseksaan kerana merusuh yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 2 tahun ataundenda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan...Sungguh mencabar tugas sebagai anggota SPAD

BERITA TENTANG OPERASI PARASIT DAN KES 11 SAMSENG DITAHAN POLIS KERANA MENGANGGU TUGAS PEGAWAI SPAD...





Tuesday, October 28, 2014

20,000 Rumah Mampu Milik Untuk Warga FELDA...Kejayaan FELDA Yang Menyakitkan Hati Anwar Ibrahim!!!

1 comments


FELDA bakal membina 20,000 unit rumah mampu milik untuk anak-anak FELDA dalam 5 tahun akan datang..generasi muda FELDA pasti akan menarik nafas lega apabila mendapat tahu pengumuman ini...apa tidaknya, tatkala rakyat Malaysia berpendapatan sederhana perlu bersaing untuk mendapatkan rumah kediaman tapi berbeza untuk generasi FELDA..mereka telah dijanjikan pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik...

Walaupun kerajaan sedang membina banyak rumah mampu milik namun berbeza dengan rumah mampu milik yang akan dibina FELDA ni adalah kapasiti khas untuk warga FELDA sahaja...bertuah sungguh generasi FELDA...mereka sentiasa dijaga..

Semua ini adalah hasil usaha Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang bersungguh-sungguh membantu warga FELDA..ada saja ideanya untuk membantu FELDA...barangkali pembinaan Rumah mampu milik untuk warga FELDA sebagai salah satu langkah untuk memwujudkan bandar FELDA yang dikatakan akan dibina...

Susah nak cari pemimpin macam Tan Sri Isa ni..nak harapkan pemimpin pembangkang macam Anwar...silap hari bulan FELDA jadi pentas sarkas ceramah-ceramah politiknya saja..nak bantu jauh sekali..menghasut tu mungkin ya..tengok sajalah bagaimana Anwar buat kecoh di Universiti Malaya malam tadi..

Habis rosak imej Universiti Malaya kerana manusia bernama Anwar..pintu pagar di rosakkan...sapa mahu ganti?kita pula dipaksa membela dia dengan kes moralnya..tak pasal-pasal rakyat pula dikatakan Hakim negara...rosak-rosak...

Jika saya diberi kuasa hakim negara..dah lama dah saya sumbat Anwar kedalam..menyusahkan rakyat saja...nasihat untuk generasi muda FELDA..janganlah terpengaruh dengan dakyah subversif Nuar dan pengikutnya....

Kalau Anwar jadi Pengerusi FELDA rasanya hampir semua FELDA dikerahkan hantar orang untuk menyokong kesnya di mahkamah...hurm...


Monday, October 27, 2014

Kerana @AnwarIbrahim Pelajar UM Jadi Sewel...

0 comments

Apa yang special sangat kat Anwar Ibrahim ni pun aku tak tahu..sampai budak2 Universiti + macai PKR sanggup lakukan apansaja untuk masuk ke Universiti Malaya...nak cakap tempat lain boleh jer...alasan nak buat kat UM ni saja jer nak bagi propa..

Nuar tahu UM akan kunci pintu tak bagi dia masuk...saja nak teruskan supaya kekecohan dapat berlaku...ey...kau orang yang nak jadi bodo p buka pintu UM yang dah kunci tu Anwar bagi apa?

Sedarlah walaupun pagar UM dikunci,,tapi pintu taubat masih terbuka untuk Anwar Ibrahim dan kuncu2nya..,


Saturday, October 25, 2014

Kantoi!! Putar Belit Anwar Terhadap FELDA Yang Meminjam Wang Daripada EPF...

0 comments
GRAFIK RINGKAS PENDEDAHAN FITNAH FGV TENAT PINJAM KWSP...
Memetik kenyataan daripada blog Gelagat Anwar yang mendakwa FELDA tenat kerana meminjam wang daripada EPF yang berbunyi :
Serangan awal Anwar hari ini menjurus kepada kewangan FELDA yang dirasakan tenat dan layak dimasukkan ke ICU. FELDA meminjam sejumlah wang daripada EPF – sekaligus menyebabkan Anwar membuat kesimpulan bahawa FELDA berada di dalam keadaan ekonomi yang nazak. -2011
Sungguh mudah Anwar membuat andaian bahawa kewangan FELDA berada dalam keadaan nazak kerana meminjam wang daripada KWSP...kenyataan malang ini dikeluarkan pada tahun 2011..kini sudah nak habis tahun 2014...FELDA masih stabil dan terus berkembang..tiada pula tanda-tanda FELDA akan muflis dan nazak...

Yang kita tahu baru-baru ini Wan Azizah kalah saman kepada FELDA kerana memfitnah..boleh rujuk artikel saya yang lalu di SINI...serangan pembangkang lebih hangat pada musim-musim hendak Pilihan Raya ke 13 yang lalu...mereka menggunakan NGO ANAK untuk merosakkan fikiran orang-orang Felda...namun selepas PRU tidak pula kita rasa kehangatan serangan daripada pembangkang..mungkin agaknya mereka sudah mengaku kalah kerana orang FELDA tidak mudah membuat keputusan untuk berpaling tadah...

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa sewaktu Anwar berada dalam posisi Barisan Nasional, dia memandang FELDA ni macam tidak memberi keuntungan kepadanya....Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir banyak kali mengingatkannya bahawa FELDA adalah sangat strategik kepada politik orang Melayu namun dia pandang sebelah mata sahaja...

blog Gelagat Anwar mendedahkan :
Sewaktu FELDA pernah diminta agar diletakkan dibawah seliaannya sebagai Timbalan Perdana Menteri; Anwar menolak kononnya BUKAN STANDARD dia untuk menjaga kalangan peneroka yang miskin dan melarat. Malahan, Anwar sentiasa menyifatkan FELDA sebagai liabiliti politik kepada dirinya buat sekian lama. 
Mengurus peneroka yang miskin, melarat, tidak berpendidikan – adalah satu kerugian kepada Anwar. Anwar lebih minat menjaga warga Pakistan (seperti Munawar Anees), warga Indonesia (Sukma), dan mengurus ramai lagi skandal yang lain. Kepada Anwar – FELDA adalah lubuk kemiskinan yang boleh menyebabkan ramai orang beratur bertemunya di pejabat TPM/Kementerian Kewangan. 
Anwar lebih rela berseronok dengan pakar antarabangsa di IKD, Konrad Adenaur Foundation, Renaissance Hotel, Tivoli Villa dan sebagainya.
Betapa hipokritnya individu 'anugerah tuhan' ini demi survival politiknya...Sehingga ke hari ini, impian pembangkang untuk menakluk kawasan FELDA tidak pernah padam...misi mereka tidak lebih tidak bukan mahu mengaut sokongan Kerusi Parlimen sebanyak 54 kerusi dan 92 kerusi DUN...betapa besarnya pengaruh FELDA yang digilakan pembangkang untuk menguasai Malaysia...mereka sedar untuk berkuasa, mereka perlu menjajah minda warga FELDA...

Friday, October 24, 2014

Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun...Salam Maal Hijrah

0 comments


Jangan lupa juga.... Hari ni kita berada di penghujung tahun Hijrah. 

Hari ini adalah hari terakhir utk tahun ini. Jgn lupa... Slps Asar nanti baca Doa Akhir tahun dan perbanyakkan baca Istighfar sehingga masuk maghrib. Slps solat maghrib baca doa Awal tahun dan banyakkan berselawat sampai masuk Isyak. InsyaAllah kita akhir kan tahun ini dgn Istighfar dan mulakan tahun baru dgn Selawat.

Selamat Maal Hijah.

Semoga Allah terima semua amalan kita pada tahun ini & semoga tahun baru kita sama2 bhijrah unt membentuk keperibadian yg lebih sempurna, meningkatkan amal ibadat yg semata2 hanya kerana Allah swt, menjaga kedua ibu bapa dgn yg termampu kita laksanakan, membina/mengukuh & menjaga silaturahim antara ahli keluarga dgn lebih baik & semoga kita diberikan taufik, hidayah & sentiasa dlm rahmat oleh Allah swt..aamiin

Thursday, October 23, 2014

Kereta Api Laju KL - Singapura : 3 Hentian Bakal Dibina Di Johor...

0 comments

Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) KL-Singapura dijangka akan dimuktamadkan pada suku pertama tahun hadapan..perkara ini dinyatakan sendiri Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar kepada wartawan Malaysia dan Singapura pada Persidangan Kereta Api Berkelajuan Tinggi 2014 di Tokyo Rabu lalu...

Berkenaan dengan kereta api laju ini, jika ianya direalisasikan kelak, masa yang diambil dari Kuala Lumpur untuk ke Singapura hanya 90 minit sahaja...ia dapat menjimatkan masa kita..malah ianya mampu mengurangkan masalah kekurangan kenderaan awam ketika musim kemuncak seperti musim-musim perayaan...

Menurut Tan Sri Syed Hamid Albar, 7 Hentian bakal di bina di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Batu Pahat, Muar dan Nusajaya..Ianya berita baik bagi rakyat Johor seperti saya ini..apa tidaknya 3 daripada 7 hentian kereta api laju dibina di Johor sahaja...jadi rakyat Johor akan dapat lebih manfaat untuk ke utara (Ayer Keroh, Seremban, Putrajaya dan Kuala Lumpur) dan Singapura...

Sehingga setakat ini, kajian kemungkinan Kereta Api laju ini telah dikemukan dan telah diterima di peringkat kerajaan Malaysia...Selepas ini barulah ia akan dikemukan kepada Perdana Menteri (Malaysia dan Singapura)..Setakat ini 2 jawatankuasa telah ditubuhkan iaitu jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa bersama peringkat menteri..

Diperingkat Singapura pula, negara tersebut masih lagi menjalankan kajian kemungkinan dan dijangka siap pada awal tahun hadapan...

Menurut Syed Hamid, kerajaan sedang membuat penilaian tentang sistem Kereta Api Berkelajuan Tinggi yang terbaik berdasarkan sistem daripada Eropah, China dan Jepun...

Projek ini bukan sahaja setakat mengaplikasikan teknologi di Malaysia malah lebih besar dari itu yang mana Malaysia amat dahagakan modal insan yang mempunyai kepakaran kejuruteraan teknologi kereta api...

Melihat akan keperluan ini, Tan Sri Syed Hamid berkata lebih banyak universiti menawarkan kursus kejuruteraan kereta api sebagai persediaan untuk landskap pengangkutan awam negara yang akan mengalami perubahan...setakat ini, Tan Sri Syed memaklumkan akan menghantar jurutera kereta api tempatan ke luar negara untuk menimba latihan di luar negara sekiranya kerajaan memutuskan teknologi dari negara mana akan digunapakai...


Kereta Api laju merentas tambak Johor ini bukan satu perkara yang mustahil..kita hanya menunggu kata sepakat Malaysia-Singapura untuk merealisasikan teknologi ini...Kereta Api laju merentas 2 negara ini bukan yang pertama, di London dan Paris juga ada perkhidmatan kereta api laju..banyak manfaat akan kita dapat jika kereta api laju ini terlaksana, kita bukan sahaja disajikan dengan kemajuan pengangkutan awam bahkan dari sudut ekonomi dan kehadiran pelancong juga akan berkembang...

Sebenarnya impian keretapi laju ini telah tercetus pada tahun 1990-an lagi..namun ianya masih belum terlaksana sehingga hari ini..Berikutan kenyataan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar tentang perkembangan terkini kereta api laju KL-Singapura, sama-sama kita nantikan perkembangan positif berlaku pada tahun hadapan...

Panas Video Lucah Mirip Ustaz Terkenal Tanah Air Tersebar!!!

0 comments








Wah laju je korang klik kan...sorylah aku takkan layan video lucah2 ni..walaupun ustaz Azhar Idrus pro PAS...itu bukan alasan untuk aku jatuhkan aib die..belum tentuntu video dia...jangan cepat sebarkan fitnah...taubatlah!

Tapi aku syak penyebaran ni bukan didalangi oleh UMNO..tapi musuh dalam selimut...agak je...sabar jelah Ustaz...ni ujian dari Allah...wallahualam

Wednesday, October 22, 2014

Penganjur Pegang Najis Mughallazah Beri Alasan Mahu Kikis Rasa Takut Kepada Anjing...Senangnya Jawapannya...Najis Tetap Najis....

2 comments

Bangang tahap apakah pemuda ni...kalau dah dalam Islam najis janganlah diringan2kan istilah tu...pegang Anjing ni sama juga kalau pegang babi...itu masih ramai orang Islam xfaham...Islam tak mengharamkan tapi nak pegang tu kalau sebab suka2 dan mahu tunjukkan rasa keberanian lebih baik tak perlu buat!memanglah hukum pegang anjing tak berdosa macam hukum meliwat..meliwat tu haram..tapi itu bukan alasan nak pegang najis mughalazah ni....

Bersikap ihsan kepada haiwan sememangnya satu tuntutan dalam Islam termasuk berlaku ihsan ke atas Anjing. Telah terbukti di dalam hadith yang sahih seorang pelacur tua telah dimasukkan ke dalam syurga kerana memberi minum seekor anjing yang kehausan.

"Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu." [Hadith Riwayat al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no: 3467]

Namun, kempen "I Want to Touch a Dog" bukanlah cara yang dimaksudkan oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam.

Bersikap ihsan bukan bermaksud membela ataupun membelai. Sebaliknya ia bermaksud menjaga hak-hak haiwan trsebut. Sebagai contoh, apabila sakit ianya dirawat, apabila lapar diberi makan.

Bagi orang Islam, anjing tidak boleh dijadikan "pets", dibelai-belai, dimanja-manjakan, berbeza dengan kucing yang boleh menjadi teman kita bagi umat Islam.

"Kucing ini tidaklah najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang sering kita jumpai dan berada di sekeliling kita." (HR. At Tirmidzi, Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Majah, Ad Darimi, Ahmad, Malik. Syaikh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil no. 173 mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Islam menetapkan kucing adalah haiwan peliharaan dan disifatkn dekat dengan manusia tetapi bukan anjing. Namun, kita diizinkan pelihara anjing dalam dua keadaan sahaja iaitu:

1. membela anjing untuk menjaga keselamatan
2. membela anjing untuk memburu

Selain daripada itu, tidak pernah diizinkn oleh syariat malah menjadi janggal acara seperti "I Want to Touch a Dog" diadakan apatah lagi diasaskan oleh orang Islam sendiri.

Saya menyokong sepenuhnya apa yang dilaksanakan oleh sahabat saya salah seorg Doctor Pakar di pusat perubatan swasta yang mengadakan rawatan percuma ke atas anjing-anjing pemburu masyarakat orang asli yang cedera. Perbuataan ini dikategorikan bersikap ihsan kepada anjing.

Saya bukan anti anjing, Tapi saya cuba sampaikan mengikut perspektif syariat dalam isu ini. Umat islam tak perlu 'support' kempen seperti ini. Sebaliknya umat Islam perlu 'support' kempen "Ihsan" kepada haiwan secara keseluruhannya termasuk anjing dan lain-lainya. Ini membuktikan ke-universal-an Islam.

Adakah selepas ini akan ada program "I Want to Touch a Pig" ?

Allahua'lam

* kredit DFB

Tuesday, October 21, 2014

FELDA Menang Saman Wan Azizah...Taubatlah "Nyonya Kipas" Selagi Pintu Taubat Terbuka!!!

0 comments

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah....Nilah padahnya bila fitnah merata...ada nasib tak kena...tak bernasib baik mendapat...Baru-baru ni, Wan Azizah diberitakan kalah saman oleh FELDA kerana artikel fitnah berjudul "FELDA Bankrap" dan 'Kontroversi' serta 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu'..

Ini semuanya kerana sikap iri hati dan dendam kesumat mahu menjatuhkan imej FELDA yang sekarang ini makin mantap...nilah orang Islam..pantang nampak orang lain maju timbukkah rasa busuk hati..ada saja mahu dilakukan untuk lihat orang lain jatuh..hukum Islam tolak tepi...

Berkenaan fitnah terhadap FELDA ni..ini bukan pertama kali pembangkang fitnah FELDA...dulu pun masa nak PRU 13 adalah 1 puak ni gelarkan diri mereka ANAK katanya penyenaraian FGV dalam bursa saham boleh bankrupkan FELDA...tanah FELDA akan tergadai..peneroka akan hilang hak, FELDA kerjasama dengan Israel dan macam-macam lagilah fitnah yang dilemparkan...cumanya tidak ada yang nak ambil tindakan undang-undang saja...

Sekarang ni senyap pula si ANAK tuh..mungkin bajet nak run tour tak ada kot...yelah membazir..bajet keluar tapi FELDA kekal bersama BN...sebab tu rasanya ANAK ni kita dah lama tak dengar..

Berbalik kepada kes Saman kak wan ni...aku nak share berita dari Bernama...
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, hari ini memenangi saman terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain berhubung penerbitan dua artikel fitnah dalam akhbar PKR 'Suara Keadilan'. 
Ini berikutan pengakuan liabiliti bagi kedua-dua artikel fitnah oleh defendan, iaitu Dr Wan Azizah, Senator Dr Syed Husin Ali, yang ketika itu Naib Presiden PKR, dan penulis artikel tersebut, Rusnizam Mahat. 
Artikel itu masing-masing bertajuk 'Felda Bankrap', yang diterbitkan pada 22 Jun 2010, dan 'Kontroversi' serta 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu', yang diterbitkan bagi edisi 29 Jun 2010. 
Dalam keputusannya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said berkata mahkamah terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Felda, sebagai sebuah badan berkanun, mempunyai hak untuk memulakan prosiding undang-undang. 
Beliau berkata hanya Parlimen, dan bukan mahkamah, boleh mengambil hak daripada Felda untuk menyaman, seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Kemajuan Tanah 1956. 
Kamaludin membuat keputusan itu selepas menolak isu awal yang dibangkitkan oleh defendan bahawa Felda, sebagai pertubuhan yang didaftarkan menurut Akta Kemajuan Tanah, tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman itu. 
Beliau berkata Felda berhak untuk memasukkan pertimbangan berkaitan liabiliti dan memerintahkan kuantum ganti rugi yang akan dinilai oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi. - Bernama
Mungkin ada segelintir penyokong Nyonya Kipas ni menafikan dan tuduh BN gunakan Mahkamah untuk jatuhkan Mahkamah...inilah sebenarnya sikap penyokong taksub pakatan pembangkang...bila menang mereka kata Allah bersama mereka...bila kalah kata Mahkamah proaksi UMNO...susah sebenarnya nak faham orang yang suka putar belit ni...kejap kata a...esok pula kata b...bila orang tegur kita pula dituduh menipu dia...isk3...

Laki bini bermasalah...ada kes di mahkamah...taubatlah dari menabur fitnah..selagi pintu taubat terbuka....
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) .

Friday, October 17, 2014

"Pemandu Teksi Tidak Guna Meter Akan Disita" - Pengurus Besar Penguatkuasa SPAD

0 comments

Tiada lagi kompromi kepada pemandu-pemandu teksi yang tidak menggunakan meter selepas ini...ini adalah amaran tegas oleh Pengurus Besar Penguatkuasa SPAD, Dato Che Hasni Che Ahmad yang mana melihat pemandu-pemandu teksi yang begitu degil untuk menggunakan meter...

Saya pun hairan dengan pemandu-pemandu teksi ini, sudah banyak kali amaran diberikan namun mereka ini tidak juga sedar. Seperti undang-undang yang ada kat Malaysia ni tak wujud..

Sebelum ini SPAD banyak kali dah beri peluang...jika ditangkap sebelum ini, SPAD hanya memberikan amaran dan memanggil pemandu dan pengusaha untuk memberi keterangan terlebih dahulu sebelum melakukan tindakan menyaman atau menyita...

Eloklah tu, SPAD sita terus teksi yang degil,bagi sikit pengajaran kepada pemandu-pemandu teksi..barulah pemandu-pemandu ni sedar dan takut kepada undang-undang..lagi pun amaran telah diberi berulang kali..jangan nanti bila dah kena sita baru nak kata SPAD tak berhati perut...


Menurut kenyataan Pengurus Besar Penguatkuasaan SPAD, Dato Che Hasni Che Ahmad ketika ditemubuat semasa Ops Tegas pada Rabu 15 Oktober lalu di sekitar ibukota dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM)..
"Selepas ini, bila operasi kami akan terus sahaja sita teksi pemandu yang degil. Pengusaha atau pengendali kena datang ke tempat sita jumpa saya," 
"Kali ini kami akan terus sita saja. Saya tak mahu lagi biarkan pemandu teksi bermaharajalela tidak menggunakan meter. Saya juga nak bagi amaran dan ingatan kepada pemandu teksi yang enggan ambil penumpang. Mereka pun akan dikenakan tindakan yang sama. 
"Kita bagi permit untuk menjalankan perkhidmatan dan pemandu teksi tidak boleh pilih lokasi yang mereka mahu," 
Untuk rekod, Operasi Tegas ini  disertai 45 anggota SPAD dan 10 PDRM yang mana telah berjaya merekod 51 kes yang membabitkan 15 kesalahan tak guna meter, 25 kesalahan berkaitan dokumen 11 kesalahan enggan mengambil penumpang.

Pelik betul, ada juga pemandu teksi yang memilih penumpang untuk menghantar ke lokasi yang mereka suka..ini menolak rezeki namanya...

Kesemua yang ditahan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang dari RM 1,000 dan tidak lebih daripada RM 500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali..


Rakaman PC kenyataan Che Hasni selepas selesai Ops Tegas kelmarin...

Thursday, October 16, 2014

Rakyat Menolak Ajakan @AnwarIbrahim Di Facebook...#RakyatHakimNegara

1 comments

Sesuatu yang menarik telah berlaku semalam di laman Facebook milik Dato' Seri Anwar Ibrahim apabila post beliau yang mengajak rakyat turun berhimpun di Istana Kehakiman Putrajaya pada 28 dan 29 Oktober ini dengan tema Rakyat Hakim Negara tidak mendapat sokongan.

Tidak seperti zaman reformasi pada 1998, penyokong-penyokong Anwar pantang dicuit, akan bermati-matian membela idola mereka dengan pelbagai hujah. Namun kini sebaliknya berlaku.

Bertambah menarik, penyokong-penyokong beliau sendiri dengan lantang menyuarakan pandangan mereka yang mahukan isu ini diselesaikan oleh beliau sendiri tanpa perlu mengheret rakyat. Membuang masa dan tenaga semata-mata mempertahankan masalah peribadi beliau.

Sendiri buat sendiri tanggung. Kes yang telah berlarutan sekian lama membuatkan penyokong beliau sendiri meluat dengan sikap cakap tak serupa bikin dan jelas menunjukkan bahawa beliau takut pada bayang-bayang sendiri. Berani kerana benar takut kerana salah. Mudah nak hadam apa sebenarnya yang Anwar takutkan.

Satu fenomena baru. Anwar tidak lagi menerima sokongan seperti sebelumnya. Penyokong beliau semakin sedar, untuk memilih seorang pemimpin, kualiti moral amat dititik beratkan apatah lagi Malaysia sememangnya diiktiraf seantero dunia sebagai sebuah Negara Islam.

Tuesday, October 14, 2014

Apa Sudah Jadi? Pelajar Sekolah Conteng Dan Bakar Bilik Darjah....

0 comments

Apa sudah jadi dengan pelajar sekarang ni semakin berani bertindak luar kawalan menconteng sekolah dan membakar kelas...pelajar yang lakukan ni harus dihukum...jangan dibiarkan budak nakal ni...pihak sekolah harus bertindak tegas agar perkara sebegini jadi pengajaran kepada yang lain...






Monday, October 13, 2014

5 Ekor Babi Mati Di Hadapan Markas PAS...Apa Petandanya?

0 comments


Apakah petandanya ni...5 ekor babi mati betul2 dihadapan Markas PAS....apakah ini satu peranda bahawa Allah mahu bagi ingatan kepada PAS jangan bekerjasama dengan orang yang bersekongkol ke jalan syaitan...

Arak itunair kencing syaitan...berkawan dengan orang yang minum kencing syaitan lama kelamaan takut hilang keimnanan dan hilang kewarasan...memberi gelaran Khalifah Umar Abdul Aziz kepada kafir harbi sudah cukup melihatkan bagaimana PAS menggunakan Islam untuk kepentingan politik

Untuk info tentang babi mati di depan markas PAS boleh Klik SINI

Kerajaan Johor Akhirnya Buka Mulut Insiden Bumbung Jejantas Runtuh...

0 comments

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor akan mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memeriksa seluruh jejantas di negeri ini khususnya di kawasan bandar bagi memastikan ia diselenggara dengan baik sekali gus mengelak perkara buruk daripada berlaku.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata pemeriksaan juga akan menumpukan beberapa aspek termasuk papan iklan yang dipasang di jejantas yang dikhuatiri menyumbang kepada kejadian yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

"Saya dapati begitu banyak jejantas di daerah Johor Baharu yang terdapat papan iklan yang ada menyumbang kepada bebanan berlebihan lebih-lebih lagi apabila berlaku ribut kuat.

"Saya akan minta JKR untuk mengaudit semua jejantas dalam pastikan kemudahan yang disediakan kepada pengguna jalan kaki dan pengguna jalan raya selamat digunakan," katanya kepada pemberita selepas melawat kejadian bumbung jejantas tercabut dan diterbangkan angin sebelum terjatuh di laluan Lebuh Raya Taman Perling-Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena di sini hari ini.

Berhubung kejadian itu, beliau berkata pihak JKR akan mengetuai siasatan kejadian dengan dibantu agensi lain.

Hasni berkata jejantas berukuran 40 meter panjang dan 5.4 meter tinggi itu yang digunakan pejalan kaki dari Taman Melati ke Taman Kobena itu siap dibina pada tahun 2008.

Katanya jejantas berkenaan diselenggara setiap tahun iaitu setiap enam bulan sekali.

"Kita berterima kasih kepada semua pihak yang mengambil tindakan segera berhubung kejadian ini termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat," katanya.

Sementara itu Pengarah Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Ir Sulaiman Mohamad Taib berkata kerja-kerja pembersihan bumbung yang merentangi laluan lebuh raya terbabit dilakukan kira-kira 25 orang anggota MBJB dan dibantu pekerja syarikat pengiklanan.

"Kita menggunakan pemotong besi, kren dan lori untuk mengangkut bahagian-bahagian bumbung yang sudah dipotong dan kerja-kerja dilakukan dengan pantas bagi melancarkan semula laluan," katanya. - Bernama

Saturday, October 11, 2014

#Bajet2015 Terus Memperkasakan Keupayaan Pengangkutan Awam @SPADChannel ..Terima Kasih @NajibRazak !

0 comments

Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, DS Najib Razak semalam memang membuktikan betapa negara kita ini berusaha untuk meningkatkan taraf hidup dan membantu rakyat dari berbagai kumpulan, golongan, agama dan bangsa...

Sebagai rakyat Malaysia, kita sebenarnya beruntung kerana bajet setiap tahun pasti ada sesuatu yang baik hendak dimaklumkan...tahun ni bajet saya lihat banyak menyentuh tentang GST...kakitangan kerajaan bolehlah merasa sedikit kelegaan apabila dapat bonus 1/2 bulan gaji...golongan pendapatan rendah layak terima BR1M yang dinaikkan kepada RM 900...

Bagi memenuhi keperluan asas makanan rumah, saya tertarik dengan pengumuman memperkenalkan program lelongan sayur setiap minggu dan pasar tani kekal. Ini merupakan salah satu inisiatif yang dapat menjimatkan wang rakyat...memang harga agak murah jika hendak dibandingkan dengan pasar basah biasa,,,

Selain itu, bajet kali ini juga menyentuh tentang penaiktaraf kemudahan pengangkutan awam..Penaiktarafan ini penting memandangkan kos sara hidup semakin meningkat..untuk pergi kerja jika menaiki kenderaan sendiri sudah tentu kena keluar wang untuk minyak dan tol..kebanyakan rakyat Malaysia yang hidup di ibu kota kini sudah ubah mentaliti dengan menggunakan pengangkutan awam secara maksimum..ini kerana kos menggunakan kenderaan awam lebih jimat jika kita menggunakan kenderaan sendiri...

Rakyat yang hidup di bandar raya besar seperti Kuala Lumpur seharusnya merasa bersyukur kerana kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 70 Juta untuk projek Bas Elektrik, projek pembinaan laluan LRT dari Bandar Utama- Shah Alam- Klang dengan peruntukan RM9 billion , projek MRT Selayang - Putrajaya dengan peruntukan RM 23 billion.

Bajet kali ini juga telah memberi insentif untuk perkhidmatan bas antara bandar bagi laluan KL ke Seremban, Rawang dan Klang, ianya sudah pasti akan meningkatkan kualiti perkhidmatan, meningkatkan mobiliti rakyat dan seterusnya meningkatkan perkongsian mod pengangkutan awam darat..ringkasnya kemudahan ini akan menyediakan perkhidmatan bas antara bandar kepada penduduk yang menetap di luar bandar tetapi bekerja di Kuala Lumpur..ini akan meringankan beban rakyat dengan tawaran tambang bulanan dengan kadar diskaun sebanyak 30% ..

Dengan pembentangan bajet kali ini, Suruhajaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) menyambut baik pengumuman oleh YAB PM dengan inisiatif Kerajaan untuk mentransformasikan pengangkutan awam darat. SPAD mensasarkan agar peratusan perkongsian mod menjelang tahun 2020 adalah 40%.

Friday, October 10, 2014

Kisah Disebalik Pembentangan #Bajet2015 Yang Ramai Tak Tahu...

0 comments

Semasa pembentangan bajet 2015 tadi ramai yang menumpukan apa yang PM Najib Razak nak katakan..namun disebalik kelekaan kita mendengar pembentangan oleh PM, Ketua Pembangkang pula dikesan tertidur...apada...haha!

Thursday, October 9, 2014

Pengendali Bas Sekolah Tidak Boleh Sewenang-Wenangnya Menaikkan Harga Tambang...

0 comments

Ramai ibu bapa tidak mengetahui bahawa harga untuk perkhidmatan Bas sekolah anak-anak mereka telah ditetapkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) sejak tahun 2009..kebanyakan ibu bapa hanya tahu ikut sahaja harga yang ditetapkan oleh pengusaha atau Pemandu Bas Sekolah..

Ada juga kes yang mana Bas yang digunakan untuk membawa anak-anak mereka tidak berdaftar malah ada pemandu-pemandu Bas Sekolah menggunakan van peribadi sebagai kenderaan membawa anak-anak ini ke sekolah..ini sebenarnya telah melanggar undang-undang yang mana menggunakan kenderaan persendirian untuk membawa penumpang...

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah membuat keputusan untuk DEREGULASI Tambang Bas Sekolah...maksudnya di sini, SPAD telah memberi peluang kepada Ibu Bapa atau lebih efektif Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk berbincang dengan pengusaha-pengusaha atau pemandu-pemandu Bas Sekolah dan pihak sekolah untuk menetapkan kadar harga yang sepatutnya dikenakan..

SPAD hanya menetapkan harga Siling yang bersesuaian iaitu :
Kilometer pertama untuk kawasan bandar sekarang ditetapkan RM 27.43. Kilometer seterusnya ialah RM 2.02. Untuk luar bandar RM 20.61 untuk Kilometer pertama dan RM 2.02 untuk kilometer seterusnya. Namun sistem ini tidak diikut... 
Deregulasi Tambang Bas Sekolah ni memang bagus...harga untuk pengangkutan bas anak-anak perlu ditetapkan sendiri oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru dengan persetujuan bersama pihak pengusaha Bas Sekolah...jadi tidak timbul masalah harga melampau kerana awal2 lagi harga telah dipersetujui bersama dengan ibu bapa..

Hairan juga bila langkah baik ini cuba dipertikaikan oleh pihak tertentu dengan mendakwa Deregulasi Tambang Bas Sekolah ini tidak relevan...di mana tidak relevan pun saya tidak tahu..rasanya Deregulasi harga tambang bas Sekolah ni adalah persetujuan harga bersama antara pihak pemandu dan ibu bapa...

Pihak SPAD juga membenarkan pemandu-pemandu bas menggunakan Bas Sekolah mereka untuk membawa trip lawatan bagi menambahkan pendapatan mereka ketika cuti..bukan itu saja..mereka juga boleh pasang iklan di bas masing-masing..langkah ini sangat efektif kerana dapat menambahkan pendapatan pemandu Bas Sekolah bagi mengimbangi kenaikan harga minyak..tak adalah ibu bapa terbeban sangat untuk bayar tambang anak-anak mereka terlalu tinggi...

Ibu bapa juga tidak perlu risau kerana SPAD telah perkenalkan skim Insurans untuk pelajar..untuk mengetahui tentang info Insurans ini boleh rujuk artikel saya sebelum ini di SINI..bukan itu sahaja kerajaan juga ada menawarkan  SKIM PENGGANTIAN BAS SEKOLAH S.P.A.D. bagi membantu pemandu atau pengusaha bas-bas sekolah untuk menganti Bas baru...boleh rujuk di SINI untuk info lanjut..

Banyak yang telah dilakukan oleh kerajaan dan SPAD bagi membantu pemandu-pemandu bas Sekolah meningkatka kualiti perkhidmatan mereka..ibu bapa juga turut dibela apabila deregulasi harga bas sekolah ini dapat menetapkan harga perkhidmatan Bas Sekolah untuk anak-anak dengan sewajarnya ..

Di bawah ini kenyataan akhbarr oleh SPAD tentang DEREGULASI Tambang Bas Sekolah...



Gampar!!! Letupan Bom Di Hadapan Kelab Malam Chery Blossom...

0 comments




INSIDEN LETUPAN BOM

Satu letupan disyaki hand grenade meletup di hadapan kelab malam Chery Blossom. 
THSL 34966/14.

Insiden
Pada 9/10/14 jam l/kurang 0425hrs, pengadu terima panggilan melalui mess 999 dr seorang lelaki Cina ada berlaku letupan di hadapan bangunan Dun Komplex.

Hasil siasatan.
1. Sehingga kini terdapat 10 orang cedera ( 8 lelaki Dan 2 perempuan) 
2. Letupan disyaki bom hand grenade ( telah disahkn olh unit bom dan Forensik )
3. Terdapat 4 Kereta Ada kesan sprinter letupan, 

Senarai nama mangsa2:

Mangsa yang dirawat di Hospital Tong Shin:
1.Lim Soon Hock (L) 
KPT: 631210-07-5045

2.Teoh Keow Meng (L)
KPT: 740710-07-5167

3.Yaw lee Hock (L)
KPT: 730530-06-5181

4.Revindran chitavelu (L)
KPT: 650717-04-5391

5.Jasu (L/Thailand)
No passport: Y844674

6.Wong Kim Teng (L/Singapura)
No passport: S0843417D

7.MA Yunfeng (P/China)
No passport: E19669631

8. YONG Jiaqin (P/China)
No passport: belum diperolehi

9. WONG Kim Teng (L/Singapura)
No passport: S0843417D

10.TIONG KWANG YIE(L)
KPT: Belum diperolehi

4buah kereta yg ada kesan sprinter letupan:

1. WVL168 Toyota alphard warna putih

2. WTT8999 Toyota Camry warna putih

3. WTV36 BMW325i warna putih

4. WXJ333 Mazda2 warna kelabu.

Pemantauan diteruskn.
Siasatan lanjut ditempat Kejadian letupan Bom oleh unit bom dapati, bom yang digunakan adalah Hand Grenade.
Keterangan Asp akhbar ( unit bom IPK kl ) 
1. Lot 3-83 ( adalah tarikh tahun di keluarkan- bulan Mac 1983.
2. Masa letupan berlaku sebaik liver renggang (delay) 4.5 saat.

Wednesday, October 8, 2014

Subhanallah...Kalimah Allah dan Muhammad SAW Kelihatan Semasa Gerhana Bulan...

0 comments
Kalimah Allah dan Muhammad SAW Kelihatan Semasa Gerhana Bulan
Sumber gambar dari facebook...ada yg kata gambar ni sudah lama..apapun
Ini salah 1 tanda kebesaran Allah SWT...
Sebentar tadi kita berpeluang melihat gerhana Bulan secara live di Malaysia...Fenomena Gerhana Bulan Penuh ini boleh dilihat pada waktu Maghrib, Rabu 8 Oktober 2014 tadi. Ini merupakan gerhana bulan kali ke-2 berlaku untuk tahun 2014.

Kali terakhir ia berlaku ialah pada 15 April 2014, tetapi ia tidak dapat dilihat dari langit Malaysia.

Untuk fenomena gerhana bulan tadi, terdapat 2 senario berbeza untuk masyarakat di Semenanjung, dan di Sabah & Sarawak. Namun secara umumnya kita di Malaysia dapat melihat Bulan terbit dalam keadaan sudah bermulanya fasa gerhana.

Gerhana Bulan selepas ini

Jika anda terlepas peluang untuk menyaksikan Gerhana Bulan kali ini, jangan risau kerana pada 4 April 2015 akan berlaku sekali lagi gerhana, dan kebetulan pula keadaanya sama dengan apa yang akan berlaku10 8 Oktober nanti, iaitu Bulan sedang gerhana ketika ia terbit.

Ketika fenomena ini berlangsung..kita telah dipaparkan penampakan kalimah Allah dan Rasulullah di langit..subhanallah...betapa besarnya ciptaanmu..


Monday, October 6, 2014

Terkini : Bot Tempur TLDM Masih Belum Ditemui..,

0 comments

Sejak dilaporkan terputus hubungan komunikasi dan penglihatan awal petang semalam (Ahad) semua tumpuan kini terarah mencari bot tempur CB 204 membawa tujuh anggota yang hilang dalam cuaca buruk di perairan Barat Sabah.

Semua aset yang bersesuaian dikerah menyertai operasi cari dan menyelamat (SAR) namun sehingga berita ini ditulis ia belum ditemui.

Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar memberitahu bot tempur itu dilaporkan terputus hubungan ketika dalam perjalanan ke Gugusan Semarang Peninjau kira-kira pukul 1.05 petang.

Posisi terakhir bot tempur berkenaan adalah di 20 batu nautika ke timur laut Pulau Mengalum.

Dalam siri tweet terbarunya, beliau memberitahu, sehingga jam 8.00 pagi ini, bot tempur tersebut masih belum ditemui.

"KD LEKIU, KD GANAS, KD SERANG, KM BERANI dan KM MABUL meneruskan pencarian , B200T ditugaskan. Keadaan Laut bergelora (State 5) serta 'low rain clouds' menyukarkan pencarian oleh kapal dan pesawat Beechcraft dalam Op SAR.," ujarnya.

Menurut beliau, selain aset TLDM, Agensi Peguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) menugaskan dua kapal dan satu pesawat untuk Op SAR iaitu KM MABUL dan KM BERANI di kawasan SAR.

"APMM menyediakan (menempatkan) pesawat AW139 di lapangan terbang Kota Kinabalu untuk Op SAR. Namun pesawat tidak dapat menyertai operasi kerana cuaca.

Manakala aset TLDM, KD GANAS menyertai Op SAR membantu KD LEKIU, KD PARI, KD SERANG, KM MABUL dan KM BERANI dalam OP SAR di empat sektor yang ditubuhkan. berita selanjutya di SINI

Sunday, October 5, 2014

Pembeli Iphone 5 Ditipu Peniaga Cina Di Terminal One...

2 comments
Saya mahu berkongsi pengalaman saya di TERMINAL ONE, tingkat Empat di kedai hp yg takde tulis nama kedai tapi paparan itam tulisan LENOVO. (Nama kedai dikatakan Wish Generation).
SEMOGA PIHAK RAMAI MENDAPAT PENGAJARAN DAN SETERUSNYA MEMBENDUNG KEJADIAN MENIPU LICIK INI!!!!

Kejadian berlaku pada 4hb Mei 2014, pkul 6.30 ptg. Saya menemani rakan datang ke terminal one, dgn niat utk membeli Apple Iphone 5. Setelah membuat tinjauan, di dapati harga yg di tawarkan suatu kedai di Tingkat 4, Terminal One dgn paparan Lenovo di kiosk tersebut (lokasi kiosk/kedai sperti dilakaran di bawah):


Apple Iphone 5 16gb berharga RM1699 manakala 32gb ditawarkan RM1899. Hanya perlu tambah RM200 dapat model 32gb. Setelah tawar menawar harga model 32gb diturunkan kepada RM1850 dan seterusnya final RM1800. Bagi kami harga tersebut ok, setelah dibandingkan survey kasar di The Mines, dan juga di sekitar Senawang.

Ketika itu, yg menjaga kiosk tersebut jugak dipercayai rakan kongsi kiosk tu dua orang wanita cina (berusia lingkungan 20-30 tahun). Setelah bersetuju dgn harga RM1800 utk model 32gb, kami bersetuju dan diberi tawaran percuma utk screen protector dan housing (anggaran bernilai RM10-15). Jadi, deposit diperlukan sementara menunggu pemasangan screen protector, rakan sy meletakkan RM50, lalu kami pergi membeli makan sebentar di kedai ground level Terminal One.

Setelah kembali dalam 15 minit kemudian, iphone siap dipasang screen protector, dan kami berpuas hati, lalu membayar baki sebanyak RM1750. Setelah itu, seorang perempuan berbangsa cina (berambut panjang), dgn cepat nya offer kami utk jailbreak iphone, sambil cerita kelebihan jailbreak/apps percuma dll.

Utk makluman, sy dah menggunakan product iphone selama 5 tahun lebih dan tidak menggalakkan jailbrek bagi pengguna biasa seperti rakan sy yg skadar melayari internet dan social surfing.

Jadi saya cakap tidak. Setelah berkali kali menolak tawaran tersebut, akhirnya beliau akur. Kemudian perempuan cina tersebut dgn cepat cakap, utk tolong create apple id, dan masukkan applikasi secara percuma. Dia ckp takpe sy tolong u.

Dalam hati sy tidak perlu pun takpe sbb applikasi itu percuma je, dan id bole kita create secara peribadi/privacy sendiri di rumah. Tapi ntah kenapa, sy dan rakan bersetuju lalu mgkin memudahkan kami lagi, bila balik tak payah susah2 nk create/install apps.

Jadi perempuan cina tersebut meminta kami masa 30-40 minit lagi – offer percuma utk create id, install application dan game serta update software iOS dari 7.0.x kepada 7.1

Jadi sekali lagi kami merayau2 utk membuang masa selama 30-40 minit.

Setelah kembali 40 minit kemudian, perempuan cina tersebut menunjukkan apa yg telah di lakukan seperti create id, disertakan id tersebut dan password, dan application seperti WECHAT, WHATSAPP, TANGO, VIBER, FACEBOOK dan TWITTER, tetapi tiada game game seperti yg dikatakan. Dalam hati sy ini semua free, xpe lah.

Akan tetapi perempuan cina tersebut ambil calculator dan tunjukkan charge sebanyak RM299 dikenakan atas service tersebut.

NAMPAK TAKKK?
1) Kesilapan pertama: tidak meminta resit ketika sebaik sahaja bayaran diberikan: kunun atas sebab professionalism/kepercayaan pihak kedai.
2) Verbal agreement mngatakan percuma tetapi kemudiannya RM299 utk software yg percuma?
Sedikit kekecohan berlaku, kerana saya bukannya buta Apple.

PERTAMA:
Saya menegaskan Apple ID adalah percuma. Akan tetapi kedua dua perempuan tersebut menegaskan ia berbayar utk model iphone 5 dan iphone 5s. Saya hanya menggunakan iphone 4s, jadi mereka ingt sy tak tahu tentang apple id.

Perempuan berdua ini claim: “Kalau u pergi midvelley apple centre u kne bayar RM500 tau, minta kad kredit la ape la tau utk create apple id”.

Saya menegaskan secara percuma tetapi perempuan berdua ini tetap cakap kena bayar. Mereka berdua cakap mereka turut menggunakan iphone dan id mereka tersebut juga adalah dibyar kepada technician.

WHAT THE FISHHH??
Saya dengan tak puas hatinya mengeluarkan iphone saya, dan create Apple ID depan mata perempuan cina ini. Mereka berdua kelihatan gelisah.. Apple ID created, dan saya menegaskan bahawa saya pengguna apple product sudah 5 tahun lebih, macbook pro, air, ipad dan iphone. Kedua dua perempuan ini mula bercakap irrelevant, dan out of topic (explain apple id tu privacy, sebb tu kena bayar), dan masih menegaskan perlu bayar RM299.

KEDUA:
Saya jugak menegaskan di mana software yg dimasukkan itu, setting iphone dll. Saya masih tak nampak di mana yg kos RM299, sedangkan fb, whatsapp dan wechat adalah percuma.
Bagi saya RM299 adalah kos sgt menipu dan tidak disebut pada awal perjanjian.

KETIGA:
Saya dgn tegas mngatakan bayaran RM299 tidak langsung disebut pada awal perjanjian malah berkata ia adalah percuma, dan jugak ckp “mahu tolong install dan create”.
Akan tetapi perempuan cina tersebut cakap: saya kata ada cas sedikit, mana bole percuma macam mana mahu buat bisness maa kalau percuma.

Saya skali lagi mencelah mngatakan KAMU PATUT CAKAP AWAL AKAN DIBYAR CAS RM299, dan dia dgn selamba cakap: saya tak tahu maa, ini harga technician skejap naik skejap turun, dan memberikan analogy pertandingan bola sepak Chelsea lawan Manchester mana tahu maa siapa menang siapa kalah, sama lah dgn harga service tersebut.

Betapa sakitnya hati aku dgr analogi bodoh perempuan tersebut.
Kemudiannya perempuan cina tersebut memanggil kawan mereka duma org lelaki.

Seorang rakan mereka berbadan gempal, berusia awal 30an menegaskan kami tetap perlu bayar. Saya sekali lagi menegaskan apple id percuma dan menunjukkan bukti saya sendiri telah mencipta id dalam 5 minit sahaja di depan mata kedua dua perempuan cina tersebut.

Kemudian statement berubah, lelaki itu cakap perlu byar sbb “You suruh kami buat jadi you kena byar service kami”, dan skali lagi saya tegaskan pada mulanya perempuan cina itu menawarkan percuma tetapi kemudiannya menafikannya.

Akhirnya setelah 40min di kiosk tersebut mempertikaikan RM299, terpaksa di byar jugak.
Setelah ditawarkan RM250 harga final.

Kemudian resit barulah dikeluarkan.Dalam hati saya mahu report kepada polis tetapi tidak yakin akan keupayaan polis dalam settlekan kes mcm ni, dan jugak terfikir persatuan pengguna tetapi yakin persatuan pengguna Negeri sembilan tidak kuat.

Saya dalam dilemma patutkah diajukan Report kepada polis/persatuan pengguna.
Ada sapa2 pernah alami situasi seperti ini?

Saya sakit hati sbbkan kejadian penipuan ini pasti byk berlaku tambah2 pulak kepada sesiapa yg tidak tahu pasal Apple product. Saya simpati kepada sesiapa yg terkena dgn cara begini.

Nasihat saya, boikot kedai ni terus. (Gambar kedai tersebut takde kesempatan utk snap). -SUMBER

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA