networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, November 30, 2014

Tuah Jersi Biru..Malaysia Baham Singapura...Powerlah Safee...Sap Kok Luuuuu....

0 comments

Syabas dan tahniah atas kemenangan ajaib saat akhir...mungkinkah tuah jersi biru akan diperkatakan lagi..dulu pun masa Datuk K Raja gopal orang cakap jersi biruntuah...

Semuanya bermula dengan jaringan Safee...namun dibalas Singapura atas kelekaan pertahanan untuk backup Apek..

Ketika masa masuk tambahan waktu...Amri yahya pula dijatuhkan dikawasan penalti...kebangkitan bermula apabila Copot berjaya menyempurnakan sepakan penalti...Indra menambah duka Singapura apabila menyepak laju bola selepas keeper Singapura tiada digawang...

Sebelum perlawanan...Gambar Safee tersebar sedang hisap rokok..tulah..macamana nak jadi star..player hisap rokok..cuba tengok player star antarabangsa..tak denya nak hisap rokok..sebab tu power2...tak percaya..bawah ni aku tunjuk sikit gambar star yang tak hisap rokok...kan Neymar tu star!dia tak hisap rokok pun.,hahaha!

Safee nak tiru aku ke isap okok?


SINGAPURA: Malaysia menundukkan tuan rumah Singapura 3-1 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF, sekali gus menempah slot ke peringkat separuh akhir.

Kesilapan penjaga gol Singapura pada minit ke-92, dihukum Malaysia apabila hantaran dari hadapan pintu gol negara disudahkan Indra Putra untuk kedudukan 3-1 di Stadium Jalan Besar Singapura.

Gol pertama negara diperoleh hasil sepakan padu Safee Sali pada minit ke-61 dalam separuh masa pertama hasil cubaan dalam kotak penalti.

Kehadiran lautan penyokong pasukan tuan rumah tidak sedikit pun menggugat semangat anak buah Dollah Salleh yang mempamerkan semangat juang tinggi dan pengawalan bola yang baik.

Gandingan Amri Yahyah, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali tampak ampuh dengan sesekali menggoncang gawang Singapura melalui gerakan berbisa.

Percubaan Safee Sali di babak pertama hampir meletakkan Malaysia di depan, namun rembatannya sekadar menggegar tiang gol.

Kubu pertahanan Harimau Malaya yang dibarisi Shukor Adan dan Muslim Ahmad yang menggantikan pilihan utama Fadhli Shas dan Afif beraksi cemerlang menggagalkan beberapa cubaan lawan untuk membolosi gawang gol.

Menjelang penghujung babak kedua, penyerang Singapura Khairul Amri berjaya menyamakan kedudukan hasil kealpaan barisan pertahanan negara.

Pergelutan di hadapan pintu gol Singapura dalam masa tambahan telah menghadiahkan sepakan penalti yang diambil Safiq Rahim untuk kedudukan 2-1

Pemain veteran Indra Putra Mahayuddin memastikan slot ke separuh akhir menjadi milik Malaysia melalui gol ketiga dengan merembat leret ke arah gawang Singapura yang ketiadaan penjaga gol.

Tamat perlawanan Malaysia 3 Singapura 1.

Keputusan ini menyaksikan Malaysia bakal bertemu juara kumpulan A Vietnam dalam saingan separuh akhir Piala Suzuki AFF 2014 pada 7 Disember di Kuala Lumpur.

Saturday, November 29, 2014

Dr Mashitah Bercakap Tentang Artis Berhijrah, Abby Abadi Pula Yang Panas Kenapa?

4 comments

Setelah lama menyepi, Abby Abadi tiba-tiba bersuara mempertahankan golongan artis yang telah berhijrah..kononnya, Dr Mashitah menghina artis kerana berhijrah...sekali baca artikel yang dikeluarkan oleh Lidah penjilat PAS ini, aku syak ada sesuatu yang tidak kena..apa tidaknya Dr. Mashitah seorang agamawan Wanita UMNO menghina golongan artis yang berhijrah..

Dengar pun dah sumbang..lepas tu mengarutlah si Ustazah Abby Abadi mengatakan Dr Mashitah lebih elok komen tentang rancangn televisyen dari komen tentang artis...tak ada angin tiba-tiba saja Abby Abadi sudah goyang...

Mungkin sebab terlalu banyak makan cili sebab itu kot yang membuatkan Abby meraung kepedasan...oke..kita tengok apa komen Ustazah Datuk Dr. Mashitah komen tentang tohmahan sesat Abby Abadi ini...
Q : Datuk Menghina Artis Hijrah..Apa Komen Datuk?

Sebenarnya saya nak bagitahu kenyataan saya telah diputar belit oleh beberapa pihak atas nama politik…yang cuba mengatakan saya menentang artis-artis yang berhijrah.. 
Sebenarnya dalam ucapan saya ini menceritakan tentang kekeliruan sebagai salah satu daripada agenda dan strategi terancang daripada pihak musuh termasuklah mengelirukan institusi ulama’ itu sendiri.. 
Yang mana saya menyebut mana-mana orang yang berhijrah termasuk artis, mereka boleh berkongsi tentang pengalaman mereka, mereka boleh berkongsi dengan masyarakat tentang harapan mereka tetapi mereka tidak boleh mengeluarkan hukum..kerana mereka bukanlah orang layak menguluarkan hukum hakam tentang Islam itu sendiri.. 
So saya rasa saya sudah clearkan dalam hal ini..Cuma kenyataan itu diputar belitkan.."saya tidak bersetuju dengan penghijrahan artis"..saya rasa ini adalah satu fitnah terbesar cuba dilakukan oleh setengah-setengah pihak yang mempunyai agenda politik.. 
Q : Artis seperti Abby Abadi dan Aisyah melenting..apa komen Datuk?

Siapa makan cili dia teras pedas..pada saya itulah yang saya nak komen..kalau artis yang berhijrah kemudian tidak mengeluarkan sebarang kenyataan-kenyataan yang berunsur menghukum mana-mana pihak..menghina mana-mana parti politik..pada saya dia tidak perlu untuk merasa gusar…
Tentang Abby Abadi melenting bila ditegur ini bukan pertama kali.sebelum ini Ustaz Azhar Idrus pun ada memberi komentar tentang Artis hijrah tentang Artis..tapi tak semena-mena Abby Abadi melenting..walhal Ustaz Azhar Idrus tak ada pula sebut nama dia..tiba-tiba dia melenting...bawah ini buktinya..



Mungkin agaknya sudah sikap Abby cepat melenting tanpa mengetahui perkara sebenar...dah hijrah tu bagus dah Abby..kawal sikit sikap tu...malaslah nak tulis banyak..nanti ada orang tu terasa lagi...hurm..

Bawah ini petikan dari harakah..

Klik Gambar Untuk Besarkan....



Friday, November 28, 2014

Gambar Pemain Harimau Malaya Dirakam Sedang Merokok?Mohon Penjelasan Safee Sali

0 comments

Ini berita yang tak sedap didengar...skuad Harimau Malaya yang kini dalam misi memburu kemenangan Piala AFF Suzuki menentang Singapura esok telah digemparkan dengan penyebaran sekeping gambar yang menampakkan beberapa orang pemain negara sedang ngeteh di bandar Singapura..

Yang tak sedapnya dalam gambar tersebut kelihatan Safee Sali sedang menghisap rokok..mohon Safee memberi respon...

Sebagai seorang atlet sukan..tak elok isap rokok kerana akan menjejeskan stamina....lagi satu nak isap tu sep2lah...awk tu public figure...

Tahniah @razlanrafii & Armand Berjaya Patahkan Niat Jahat GAMIS.. #PAU2014 @NajibRazak @KhairyKJ

1 comments
"Ambo nak buat kacau dia peluk pulok...rosak Program..."kahkahkah!
Syabas dan tahniah kepada Razlan Rafii Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan dan Exco Pemuda Armand yang telah menyelesaikan rusuhan yang cuba dilakukan oleh NGO Gamis pro Pembangkang...tak tahu apa tujuan mereka...aku dengar mereka nak hantar memorandum kepada PM...

Jadi Razlan dan Armand telah menerima Memorandum itu dan berjanji untuk menyerahkan kepada PM Najib Razak... Serius aku heran dengan si Razlan ni...dengan DAP macam gengster pasar...bila berhadapan dengan orang PAS saling berpelukan...ini yang buatkan DAP rasa iri hati..haha...Serius aku heran dengan Si Razlan ni...Kalau dah Melayu jumpa Melayu tak elok gaduh...kita sama agama...



Tindakan berani Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii hari ini berjaya mengelakkan perhimpunan Agung UMNO 2014 dicemari insiden pencerobohan oleh NGO Pro-Pembangkang Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis).

Langkah biadap Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) yang berhasrat menceroboh Perhimpunan Agong UMNO 2014 bagi menyerahkan memorandum isu tanah warisan Melayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disekat Pemuda Umno Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. Berita Lanjut rujuk SINI

Gambar tadi di Bawah...







UMNO Perlu Tambah Ahli Profesional Muda! Tegas MP Kota Tinggi, JDT

0 comments

Perhimpunan Agung UMNO pada tahun ini agak unik apabila UMNO mahu parti itu diremajakan bukan sahaja dari dalam kepimpinan malah ianya turut diremajakan dari sokongan pengundi...Perspektif meremajakan UMNO ini telah diterima banyak pihak...

Berkenaan dengan keahlian dan penerimaan UMNO, kelmarin TPM telah mengejutkan ramai apabila menyuarakan UMNO bukan parti warlord.UMNO bukan parti yang menabur duit kepada para penyokong untuk setia dengan sokongan..Jika fahaman ini berleluasa dalam UMNO maka, perjuangan untuk membela nasib akan ditolak ketepi dan konsep membela totally berubah kepada mengumpul kekayaan demi 'tembolok perut' sendiri...

UMNO lahir dari kesedaran dan titipnya kasih sayang membela bangsa dan asas semangat nasionalisme yang tinggi...dalam membina budaya sayangnya UMNO, UMNO memerlukan lebih ramai golongan idealisme...golongan profesionalisme...jika UMNO mahu terus diberi amanah individu yang menyalahgunakan kuasa demi menambat hidung penyokong harus disingkirkan...

Dalam membina sebuah bangsa yang terus merdeka, kita memerlukan seberapa ramai orang muda yang profesionalisme bagi mengangkat martabat UMNO agar dipandang cerdik..golongan marhaen yang bekerja kampung ataupun kelas bawahan jangan sesekali dipinggirkan..jika kita lihat dinegara lain dasar kapitalis semakin menjadi-jadi..yang kaya akan terus berkuasa dan yang miskin terus dihimpit kesusahan sehinggakan kadar pengangguran sesebuah negara terlalu tinggi...

Setahun ini, kita lihat ada perubahan yang cuba dilakukan oleh kepimpinan negara yang mana mengalihkan aliran subsidi kepada yang lebih layak secara adil..di sini pentingnya golongan Profesionalisme dalam menyampaikan maklumat dan rasional tindakan kerajaan...sekiranya UMNO ramai penyokong dicucuk hidung sudah tentu kita tidak mampu membalas hujah yang batil untuk dibetulkan...

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin telah tampil dengan pandangan angkanya bagi menambahkan golongan profesional dalam UMNO...biarpun skala jawapan hanya aras matematik sekolah menengah namun jika diaplikasi, Insya'allah akan berjaya..

Perkara yang ditekankan Datuk Ehsanuddin ialah UMNO mempunya seramai 20,800 Ketua Cawangan..kesemua ketua Cawangan ini perlu mencari 2 orang Ahli Profesional setiap cawangan untuk dilantik sebagai AJK Cawangan...jika cara ini diaplikasikan UMNO sudah mempunyai seramai 41,600 ahli Profesional...jumlah ini minima...jika Ketua Cawangan mampu menarik lebih dari itu, maka tahun demi tahun golongan Profesional dalam UMNO akan terus meningkat...

Pemikiran UMNO hanya lubuk untuk mencari projek dan $$$ perlu dibuang jauh jika ada....cara yang ortodok sudah boleh diubah..dalam menuju ke era 2020, UMNO perlu berubah mengikut peredaran zaman..

Selain menumpukan pemerkasaan Ahli Profesional Muda dalam UMNO, Datuk Ehsanuddin turut menyeru menambahkan bilangan ahli UMNO dan memastikan KELUAR mengundi untuk BN...tidak guna mendaftar tapi tidak mengundi...

Thursday, November 27, 2014

Haiyaa..Moto Kapchai @NajibRazak Ah Jib Gor Naik Nombor Ekor...Manyak Ong!!!!!

0 comments

Aiyaa manyak untong ma kalau wa meli nombor ini..manyak butuwah lah itu Ah Jib Gor..itu moto bulok wa pun tarak sangka itu nombo 601 ada naik itu damacai 2nd prize maaa...

Ah Jib Gor..lu memang manyak ongg ma....itulah kata2 apek2 kaki nombor ekor dapat tahu nombor yang dinaiki Najib Razak naik 2nd no ekor...haha



SENSASI!!! Ucapan Dr. Mashitah Gamatkan Dewan..Sarat Dengan Isu Agama Terkini...

0 comments

Seperti yang dijangka ucapan pertama kali Datuk Dr. Mashitah di Perhimpunan Agung UMNO semalam akan memberi sengat menusuk ke sanubari setiap para perwakilan UMNO kali ini..isu agama yang menumpukan keruntuhan akidah telah mengamatkan kesedaran dewan betapa peripentingnya kita sebagai umat Islam mempertahankan agama kita Islam...

Malaysia negara Islam kini sedang diserang secara halus oleh musuhnya..dalam kita tidak sedar aqidah kita sedang dirobek sedikit demi sedikit...Dr Mashitah menekankan mereka sedang mencabar kewibawaan negara Islam..Laungan Azan telah dipermainkan..pada bulan puasa ada kafir harbi yang menhina umat Islam dengan berbuka puasa menjamu 'Bak Kut Teh', Ibu-ibu tunggal diberi makan di gereja...Hukum Hakam dan Fatwa dicabar...Kilang roti dibuat 1 tempat dengan kilang babi..jantina tidak keruan..yang lelaki mahu jadi perempuan dan perempuan mahu jadi lelaku....

Ucapan yang sarat dengan isu agama terkini diselitkan dengan seloroh membuatkan para perwakilan gamat mendengar isu agama yang berlaku di negara kita ketika ini...memang benar perkara ini sedang berlaku..siapa yang membenarkan?semuanya berpunca daripada Umat Islam sendiri yang lemah dalam politik...

Parti sebelah sana yang konon memperjuangkan Islam ternyata tidak mampu mengawal keadaan ini apabila rakan sekutu mereka sendiri banyak mempersoalkan dan kredibiliti umat Islam..bahkan institusi beraja juga turut diserang bagi menyongsang pemikiran masyarakat...

Dr Mashitah turut menyentuh Al-Quran telah disiat sehelai demi sehelai di sebuah tokong kecil di Pasar...


Setiap bait yang keluar dari bibir Dr. Mashitah memang penuh dengan teguran..dalam teguran beliau berseloroh...apa yang dikata memang benar berlaku dalam masyarakat kita hari ini...kekeliruan aqidah memang menjadi barah kepada masyarakat..mereka mendakwa Allah SWT sama dengan Tuhan...

Virus mengelincirkan aqidah ini dalam kita tidak sedar mereka menyamakan Allah SWT dengan tuhan mereka...bila sudah menjadi kebiasaan maka matlamat mereka untuk mengelirukan aqidah kita berjaya...sebenarnya dalam kita memaknakan kalimah Allah SWT...jangan kita lupa bahawa kalimah 'Lailahaillallah' tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH SWT sudah cukup menjawab persoalan Allah SWT tidak sama dengan tuhan bagi agama lain....

Kebebasan pemikiran ini jangan disalah tafsir...masyarakat sekarang ini mudah terpedaya dengan benda-benda baru liberalisme..pluralisme yang membawa kepada kebebasan dan keadilan hak sama rata human rights...

Antara yang menarik ketika ucapan Dr Mashitah semalam ialah cadangan agar pergerakan Wanita UMNO mewujudkan sebuah akademi bagi mengumpulkan golongan intelektual dari Wanita UMNO untuk diberi latihan dalam isu-isu berkaitan politik supaya mampu berdebat dengan Wanita dari kalangan DAP, PKR dan PAS...

Cadangan ini harus diberi perhatian memandangkan Wanita merupakan tulang belakang dalam perjuangan survival UMNO perlu disaratkan dengan obor perjuangan bagi mendepani musuh politik PAS PKR dan DAP....

Bawah ini antara gambar yang sempat dirakam semasa ucapan Dr Mashitah semalam....




Saksikan rakaman ucapan Datuk Dr. Mashitah Ibrahim semalam...


Tuesday, November 25, 2014

Dr. Mashitah Menanti Detik Julung Kali Untuk Membahaskan Usul Agama dan Pendidikan Di Perhimpunan Agung UMNO.....

1 comments

Perhimpunan Agong UMNO 2014 kini berlangsung...saya mengharapkan UMNO mengotakan janjinya yang mana mahukan lebih ramai orang muda cinta UMNO bagi meremajakan UMNO..itu sudah bagus dan memang diperlukan memandangkan kita perlukan sokongan orang muda dalam memastikan survival UMNO sentiasa relevan...

Dengar khabar Kelab UMNO luar negara ada membahaskan usul menubuhkan sayap baharu untuk kumpulan Mahasiswa..ini bermakna meremajakan UMNO bukan sahaja datang dari Pemuda dan Puteri..Sayap Mahasiswa juga merupakan pemangkin ke arah usaha meremajakan UMNO...namun idea ini perlu diteliti serta diperhalusi Biro Politik UMNO, Majlis Tertinggi (MT) serta dibangkitkan dalam Perhimpunan Agung.

Selain dari meremajakan UMNO, saya mengharapkan lebih ramai golongan ulama' diangkat di dalam UMNO...jika sebut saja siapa ulama' dalam UMNO...sudah pasti nama pertama di bibir penyokong UMNO ialah Ustaz Fathul Bari, Dr Asyraf Wajdi Dusuki..Ustaz Kazim juga banyak kali terlibat dalam ceramah yang dianjurkan kerajaan...itu lelaki..jika wanita siapa?

Sudah tentu anda akan ambil masa sedikit untuk scan siapa yang layak digelar Ustazah dalam UMNO...bukan bererti dalam UMNO semua tidak beragama cumanya kita memerlukan orang yang layak kehadapan bagi mewakili Wanita membicarakan soalan agama dan aqidah umat Islam...

Bab mencari Ustazah dalam UMNO ini bukan seperti mencari Ustazah 'Mee Segera' sekali petik boleh pilih siapa yang kita mahu..bukan macam pemimpin-pemimpin sebelah sana artis yang baru beberapa hari masuk 'Parti Itu' pun sudah layak dijadikan Ustazah 'Mee Segera'...dalam UMNO kita mahukan yang berkaliber dan layak..

Dengar khabar yang bertiup kencang...pada Perhimpunan kali ini, Dr Mashitah telah diberi peluang untuk berbahas pada PAU kali ini..Ketika ditanya oleh wartawan Agenda Daily mengenai desas-desus ini...berikut ialah kenyataan Dr. Mashitah :
"Memang betul. Selama ini saya tidak pernah diberi peluang bercakap atau berbahas di PAU. Ini kali pertama dan saya amat berterima kasih kepada Wanita UMNO bahagian Baling yang memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan usul agama dan pendidikan.  
Saya juga mungkin juga nak menekankan tentang penggunaan dan pemahaman tentang perkataan "jihadist" yang merupakam istilah baru yang diperkenalkan oleh Barat. Pada saya bila tambah huruf "ist" ia melambangkan kepada fanatik. Misalnya kalau kita sebut "terror" jadi terrorist. Ini apa pula dipanggil Jihadist dan Islamist?" 
"Ini adalah istilah-istilah baharu yang dicipta oleh Barat yang sering mengatakan Jihadist orang Muslim. Mereka melihat Jihadist macam "terrorist". Maka saya nak memperbetulkan kekeliruan kita mengenai istillah ini supaya kita tidak terikut-ikut dengan cara hidup orang lain. 
Nabi Muhammad (s.a.w) menyebut - kamu akan mengikut sejengkal demi sejengkal, sedepa demi sedepa sehinggalah kalau orang itu membawa kamu masuk ke lubang biawak pun kamu akan ikut. Sahabat pun bertanya siapa yang dimaksudkan oleh Nabi? Adakah itu Yahudi dan Nasrani? siapa lagi kalau bukan mereka, jawab Nabi." 
"Maknanya kita tak diajar untuk menukar agama tetapi perlahan-lahan dipengaruhi untuk melupakan agama kita dengan mengikut kepada budaya dan cara hidup orang lain. Itulah yang sedang berlaku sekarang! Ini sebenarnya adalah satu agenda terancang dan kita tidak boleh membiarkan ia berterusan kerana ia akan membawa kepada satu pengakhiran yang sangat merbahaya keranda agenda ini tersusun."  
"Dalam Islam disebut, kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak terancang. Saya rasa inilah masanya sebagai seorang pendakwah, saya harus memberi kesedaran dan insyaalah saya berharap apa yang akan saya utarakan nanti akan dibawa oleh perwakilan untuk dibincang oleh bahagian masing-masing."

Pada hemah saya, Datuk Dr. Mashitah memang individu yang tepat mewakili Wanita UMNO bagi memantapkan lagi suara ulama' dalam UMNO..Beliau pernah menuntut ilmu di Sekolah Pondok Sekolah Taufiqiah Pondok Shaikh Yahaya Junaid, Padang Lumat, Kedah. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Mahmud, Alor Star dan seterusnya memperolehi Ijazah dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 1987.

Dalam tahun yang sama juga, beliau meneruskan pengajian Doktor Falsafah dalam bidang Syariah Islamiyyah pengkhususan Tafsir dan Hadis di Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir. Seterusnya beliau melengkapkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang 'Revealed Knowledge and Heritage' pada tahun 1992.

Datuk Dr. Mashitah merupakan pelajar wanita Malaysia pertama memperolehi Ijazah Kedoktoran Kelas Pertama (Syaraf Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dari salah sebuah universiti terkenal di Mesir, iaitu Universiti Kaherah pada tahun 1997. Sebelum menceburkan diri di dalam politik, beliau merupakan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Selangor.

Pada Pilihan Raya Umum 2004 Mashitah mengalahkan bekas imam Masjid Negara, Kuala Lumpur, Ustaz Taib Azamudden Md Taib dari PAS dengan majoriti 4,229 undi. Selepas menang kerusi Parlimen Baling itu, beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri. Pada 18 Mac 2008, PM ketika itu, Tun Abdullah Badawi melantik Mashitah sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri melalui lantikan Senator.

Pada 1 Ogos 2012 atas idea Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak, Yayasan Pondok (YPPM) didaftarkan sebagai sebuah badan kerajaan. Dato’ Sri Mohd Najib yang juga Penaung YPPM telah melantik Mashitah sebagai Pengerusi Eksekutif YPPM.

Mashitah terpilih menjadi Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling setelah mengalahkan pencabarnya pada persidangan UMNO Bahagian pada 1 November 2008. Jawatan itu dipertahankan sehingga sekarang.

Beliau kini banyak meluangkan masa untuk menaikkan semula martabat Sekolah Pondok melalui YPPM...UMNO memang dahagakan kelibat ilmuan agama dalam kalangan wanita untuk menjunjung daulah Islamiyah dalam UMNO dan umat Islam...sama-sama kita tunggu suara pertama dari Dr Mashitah dalam PAU kali ini...dengarnya beliau akan berbicara mengenai serangan terhadap akidah dan mencetuskan kekeliruan di kalangan rakyat beragama Islam.

@AduanSPAD @PDRMsia -Pemandu Dan Kelindan Lori Serang Pemandu..Budaya Samseng Jalanan Semakin Menjadi-Jadi...

0 comments

Kes samseng jalanan sekarang ni semakin menjadi-jadi...pantang usik sikit terus hendak meradang...dalam tahun ni saja kita dah didendangkan kes Kiki serang pak cik selepas keretanya di 'cium' seorang pak cik Cina...

Selepas itu kes Seorang lelaki meludah dan membengkokkan wiper...selepas berang dihon...ada kes baru-baru ni seorang pemandu teksi menampar seorang wanita kerana berebut jalan...ini kes yang kita tahu...yang kita tak tahu tah berapa banyak tah..,

Ketiga-tiga kes di atas semua sudah dikenakan tindakan..semalam beberapa keping gambar sudah menjadi viral apabila pemandu dan kelindan sebuah lori telah bertindak menghempit sebuah kereta sebelum keluar memukul cermin..kes ini berpunca gara-gara tidak puas hati kerana lori tersebut telah di hon oleh pemandu kereta...

Lokasi kes ini berlaku sebelum jambatan Sunway..diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas 2 orang mamat yang biadap ni...saya yakin dengan tugas Polis dan pihak SPAD bagi mencari 2 mamat ini dan di bawa ke muka pengadilan...

Jika tidak dibendung takut nanti makin melarat..jadi budaya pengguna jalan raya pula..pantang di hon..nak bergaduh...bawah ini saya bagi gambar untuk membantu tugas pihak berkuasa...tidak pasti samada laporan polis sudah dibuat atau belum...







Sunday, November 23, 2014

@NajibRazak Tunggang Moto Kapchai..Pembangkang Pula Panas Punggung....

2 comments

Sejurus tersebarnya gambar ceria PM Najib dan Isteri pose menunggang Moto Kapchai..maka hati pembangkang pun sangat sakit...mereka mana boleh tengok pemimpin BN ni ceria.pasti ada saja idea mereka nak kutuk...

Salah ke PM pose bersama isteri tercinta?lagi pun ni salah 1 aktiviti santai ketika Perdana Menteri merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2014, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps).

Memang ceria wajah PM kita naik moto kapchai...tu tak gerak...kalau gerak lagi happy...berbanding dengan Anwar...dia ditunggang naik moto pun muka pucat lesi saja....


FGV Bakal Menjadi Pengeluar Terbesar Tokotrienol Di Asia Tenggara...

1 comments

FELDA Global Venture  Holdings Bhd (FGV) sekali lagi maju setapak apabila bakal menjalinkan usahasama dengan Syarikat Lipid Venture Sdn. Bhd bagi menghasilkan produk berasaskan vitamin E..

Ketua Pegawai Eksekutif FGV Mohd Emir Mavani Abdullah berkata, usaha sama antara Felda Global Ventures Downstream Sdn Bhd dengan Lipid Venture itu membolehkan Felda membekalkan bahan mentah untuk penghasilan vitamin E itu manakala Lipid Venture menyediakan teknologi dan kemahiran untuk penghasilan produk kesihatan berasaskan sawit.

"Pasaran vitamin E di dunia dijangka mencecah AS$3.2 bilion (RM10.2 bilion) menjelang 2017 jadi terdapat potensi besar bagi tokotrienol.

"Penghasilan tokotrienol kini masih kecil kerana kosnya tinggi tetapi dengan menggunakan teknologi canggih, kami mampu mengurangkan kos pengeluaran dan menjadikan tokotrienol lebih berdaya saing," katanya.

Usahasama FGV dan Syarikat Lipid ini bakal menyaksikan FGV memiliki 60% pegangan untuk menghsail dan memasarkan vitamin E bersaskan sawit. Dengar khabar, penghasilan Vitamin E ini bakal menggunakan teknologi terkini bagi mengekstrak tokotrienol yang mana mampu menjimatkan kos pengeluaran 50%..

Bukan itu sahaja, hasil ekstrak Tokotrienol ini akan lebih berkualiti dan asli serta bebas daripada pencemaran kimia...

FGV menjangkakan pengeluarannya boleh mencecah 70,000 KG setahun dan dijangka menjadi antara pengeluar terbesar tokotrienol di Asia Tenggara..

Di sini saya ingin kongsikan manfaat Vitamin E Tokotrienol:
  • Mengurangkan risiko lumpuh dan pengerasan salur nadi
  • Mengurangkan pengeluaran jumlah darah kolesterol
  • Lebih poten daripada tokoferol (40-60 kali lebih poten daripada alfa-tokoferol dalam pencegahan pemperoksidaan lemak)
  • Dapat mengawal pertambahan tekanan darah dan meningkatkan taraf jumlah antioksidan dalam plasma dan urat-urat darah
  • Melarang pengagregatan platlet
  • Lebih efisyen dan cepat apabila melalui membran dwi-lapisan, oleh itu ia mudah diserapkan ke dalam badan
  • Efektif dalam pencegahan pengoksidaan protein dan pemperoksidaan lemak selepas latihan/aktiviti-aktiviti
Sama-sama kita mengharapkan satu hari nanti, vitamin E Tokotrienol ini lebih murah dan mampu dibeli rakyat...ia boleh dijadikan supliment tambahan kepada tubuh kita dan yang penting harganya perlulah lebih murah daripada tokoferol....

Ahmad Maslan 'Bodoh' - Catatan Wikipedia...

2 comments

Tindakan puak pembangkang ini memang sangat melampau..punyalah sakit hati mereka kepada Tok Mat sampai nak edit Wikipedia carian perkataan Bodoh...Gambar di atas ini telah tersebar di laman sosial...

Tarikh perkataan Bodoh ini diedit pada jam 12:21 bertarikh 19 November 2014..

Mendapat tahu perkara ini, saya lakukan carian dan mendapati enjin carian Bodoh pada wikipedia telah diubah semula seperti sediakala yang mana tarikh edit pada jam 16:26 bertarikh 22 November 2014...

Macam-macam perangai puak2 pembangkang ni..nak ikutkan kita pun boleh buat bende yang sama..bukan susah pun nak tetapkan carian di wikipedia...

Bawah ini carian Bodoh di wikipedia yang telah diubah seperti sediakala


Saturday, November 22, 2014

Terkini - Kerajaan Sedia Ambil Alih Bersih Tandas

1 comments

SIARAN MEDIA

KERAJAAN PUSAT AMBIL ALIH PEMBERSIHAN TANDAS AWAM MULAI 2016

Kerajaan Pusat akan mengambil alih aktiviti pembersihan tandas awam di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mulai 2016. Langkah ini akan memastikan kira-kira 2,600 tandas-tandas awam yang sebelum ini di bawah kawal selia PBT, berada dalam keadaan bersih dan selesa pada setiap masa.

Pengambilalihan ini juga adalah selaras dengan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) dan juga seiringan dengan Pelan Tindakan Transformasi PBT yang sedang dibangunkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 

KPKT akan berbincang dengan pihak berkuasa negeri dan PBT yang sedia menerima pakai Akta tersebut, berhubung pelaksanaan langkah baru ini, yang dijangka akan berkuatkuasa pada 2016. 

Bagi negeri-negeri yang belum menerima Akta 672, dinasihatkan untuk memperuntukkan sejumlah bajet bagi tindakan-tindakan menyelenggara dan membaikpulih tandas-tandas awam di kawasan masing-masing. Kementerian juga akan membuat semakan semula bagi TOR projek-projek kecil di bawah PBT (BP1), untuk memperlihatkan kesungguhan menangani isu kebersihan tandas-tandas awam. Garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) pembersihan tandas awam akan disemak dan dikemaskini dari masa ke semasa.

Setiap tahun KPKT memperuntukkan sekurang-kurangnya RM5 juta untuk menaik taraf atau membina tandas baru di PBT seluruh negara. Bagi 2014 sebanyak RM26.5 juta diagihkan kepada PBT bagi memperbaiki dan menaik taraf tandas-tandas awam di seluruh negara menerusi program My Beautiful Malaysia (My BM). 

Namun pada keseluruhannya tandas kita masih kotor, menjijikkan dan banyak yang tidak selamat digunakan. Sinki yang bocor, mangkuk tandas yang pecah, pintu tandas yang tidak boleh dikunci adalah di antara mimpi ngeri tandas di negara ini. 

Vandalisme tandas-tandas awam begitu berleluasa dimana tandas-tandas dengan sengaja dikotorkan, peralatannya dicuri, dinding diconteng dan pintu dipecahkan. Keadaan ini bukan sahaja menjejas imej dan nama baik negara di kalangan pelancong asing tetapi ianya tidak baik untuk kesihatan dan keselesaan kita sendiri. 

Vandalisme dan penggunaan yang tidak betul ini telah menyebabkan kos penyelenggaraan yang tinggi. Oleh kerana kos ini begitu tinggi, terdapat PBT yang tidak berupaya untuk membuat penyelenggaraan secara berkala, dan tandas-tandas ini menjadi terbiar dan tidak terpelihara. 

Justeru, pelaksanaan peraturan baru ini diharap membantu dalam menyediakan tandas awam yang bermutu dan bersih. Ia juga akan membantu menangkis persepsi negatif pelancong asing terhadap kebersihan tandas awam di negara ini.

YB DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

22 November 2014

Misi Besar : Dr Mashitah Mahu Angkat Martabat Pelajar Pondok Ke Arus Perdana...

1 comments
Pengerusi Eksekutif 
Yayasan Pemangunan Pondok Malaysia (YPPM)
Dato’ Dr Mashitah Binti Ibrahim
Setelah lama menyepi..tiba-tiba sahaja nama Dato’ Dr Mashitah Binti Ibrahim kembali menjadi bual bicara...

Dengar khabar dalam diam sekarang ini Dr Mashitah sedang dalam usaha menaikkan kembali martabat sekolah-sekolah pondok di negara kita...mungkin kerana latar belakangnya dari Sekolah Taufiqiah Pondok Shaikh Yahaya Junaid, Padang Lumat, Kedah membuatkan Perdana Menteri telah memberi tanggungjawab yang besar kepada beliau untuk mengembalikan kegemilangan sekolah-sekolah pondok di negara kita...

Banyak misi dan idea Dr Mashitah untuk menabur bakti semula ke sekolah pondok..Selaku Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) usaha Dr Mashitah bermula pada tahun 2012 apabila tertubuhnya Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia secara rasmi...

Bercakap tentang sekolah pondok ini sudah tentu kita memahami matlamat asas penubuhan sekolah pondok untuk menghasilkan lebih ramai tahfiz dan ilmuan agama..namun pelajar-pelajar ini perlukan bantuan agar golongan ulama' agama dari sekolah pondok dapat diketengahkan dan diterima di arus perdana...

Peruntukan Kewangan RM 25 Juta Untuk Sekolah Pondok

Pada pembentangan bajet yang lalu..YAB PM telah mengumumkan bantuan sebanyak RM 25 Juta untuk pembangunan sekolah pondok sepertimana bantuan diberikan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Cina atau conforming school yang mengguna pakai kurikulum Kebangsaan..

Ini petanda positif usaha kerajaan bagi meningkatkan martabat sekolah pondok sepertimana zaman kegemilangan sekolah ini pada era kemerdekaan dahulu...

Pelajar Sekolah Pondok Ikon Masyarakat


Antara cadangan yang ingin diperjuangkan Dr Mashitah ini ialah mahu melihat anak-anak dari sekolah pondok menjadi ikon kepada masyarakat..menjadi imam di masjid-masjid...

Pelajar sekolah pondok ini mempunyai ilmu dalam bidang agama....jadi mereka ini dilihat layak untuk menjadi pemimpin dan ikon masyarakat...kehadiran anak-anak sekolah pondok ini dilihat mampu mengubah landskap masyarakat..

Dr Mashitah menceritakan pengalamannya ketika anak-anak sekolah pondok ini menghadiri satu program di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), ketika program anak-anak ini menjadi hafiz..kehadiran mereka telah berjaya mengubah pandangan pelajar...jika sebelum ini ramai pelajar duduk berborak ketika waktu petang dibawah-bawah pokok, selepas kehadiran anak-anak ini ramai pelajar duduk bawah pokok mengaji Al-Quran...Seorang mengaji dan seorang mendengar

Perkara ini jika diluaskan mampu mengubah suasana sosial anak muda...malah kebanyakan universiti tempatan sekarang ini juga sudah mewujudkan sistem pengajian pondok..perkembangan ini amat bagus bagi menaikkan martabat pengajian pondok...

KPM Perlu Longgarkan Sekatan Terhadap Sekolah Pondok

Ketika ditemubual, Dr Mashitah mahu mereka ini diberi kelonggaran daripada KPM agar anak-anak ini diterima dalam sistem pendidikan...

Pelajar-pelajar sekolah pondok langsung tidak terikat dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menjadi tunjang kepada KPM...biarpun tidak ikut dokumen PPPM ini anak-anak sekolah pondok ini istimewa..mereka ini tahfiz, mahir dalam ilmuan agama tauhid, aqidah, fardhu ain dan sebagainya...

Anak-anak tahfiz ini perlu diberikan kelonggaran yang mana mereka perlu mengambil SPM tetapi kelonggaran agar pelajar ini diutamakan memfokuskan subjek keagamaan..mungkin Sekolah Pondok ini boleh diselaraskan silibus sebagaimana yang dilakukan di Sekolah-sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

Jikalau anak-anak ini mempunyai sijil SPM, maka peluang mereka akan lebih terbuka untuk menyambung pelajaran ke Universiti tempatan mahupun Antarabangsa..

Daftar Sekolah Pondok

Jikalau kita bertanya kepada masyarakat berapa banyak sekolah pondok? Dimana sekolah pondok beroperasi?apa content learning order yang dilaksanakan? Sudah pasti ramai tidak mengetahui dengan lebih terperinci...

Disebabkan hal ini Dr Mashitah bersama YPPM sekarang ini sedang menumpukan pendaftaran sekolah-sekolah pondok dibawah yayasan ini..

Namun jika hendak memberi sumbagan pun sukar kerana keboleh percayaan masyarakat terhadap sumbangan mereka sampai atau tidak masih was-was..disebabkan hal inilah Dr Mashitah merasakan tanggungjawabnya melalui Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia untuk mendaftarkan sekolah-sekolah pondok ini...

Pendaftaran ini penting bagi menjamin integriti dan martabat sekolah pondok. Tidaklah nanti orang pertikaikan mengapa perlu memberi sumbangan ke akaun peribadi ustaz-ustaz...akaun sekolah tiada ke?

Perkara ini yang ditekankan oleh Pengerusi YPPM ini...melalui Yayasan ini tidaklah kita merasakan pelajar-pelajar sekolah pondok ini rendah martabatnya kerana terpaksa menjual produk2 nama individu tertentu di stesen minyak,kedai2 makan atas alasan mahu membaik pulih sekolah pobdok...

Yayasan akan memberi bantuan dan menjaga anak2 ini..anak-anak ini perlu menumpukan tugas mereka untuk menuntut ilmu..menjadi tahfiz..bukan meminta derma dijalanan...tidaklah ada pihak sewenang-wenangnya mengambil kesempatan menggunakan nama Sekolah Pondok untuk menipu hasil daripada meminta sedekah...

Tiada Niat Campur Tangan Urusan Dalam Sekolah Pondok...

Ada segelintir pihak berpendapat, sekiranya Sekolah Pondok ini didaftar maka kerajaan berhak untuk campur tangan urusan pentadbiran mereka..perkara ini telah dinafikan oleh Dr Mashitah sendiri...pendaftaran ini sebenarnya mahu mengumpul data tentang sekolah pondok di Malaysia agar memudahkan urusan bantuan untuk sekolah ini..

Sama-samalah kita berdoa agar usaha murni ini diberkati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan Dr Masyitah bersama YPPM untuk menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan...Wallahualam Bissawab

Friday, November 21, 2014

Kasih Sayang Kucing Kepada Tuan Sehingga Mati Dimakan Ular...

0 comments

Sungguh sedih lihat gambar diatas yang menunjukkan seekor kucing mati di dalam rumah tuannya dibaham ular sawa..aku membayangkan..sungguh mulia seekor kucing ini..dia nampak ular masuk ke dalam rumah tuannya melalui tingkap..mungkin agaknya dia hendak menghalau ular tersebut menyebabkan dia sendiri menjadi mangsa..

Jikalau kucing ni tiada mungkin tuan rumah dalam keadaan bahaya...ular sawa boleh makan manusia..belitan ular sawa ini mampu mematahkan tulang2 rusuk manusia...

Sebab itulah kita disarankan ikut sunah Rasulullah dengan membela kucing..,cerita di zaman rasulullah..baginda mempunya kucing kesayangan yang diberi nama Mueeza...baginda selalu mengendong kucing ini di paha...

Setiap kali azan mueeza akan mengiyaw menandakan rasa hormat kepada azan..pernah sekali Rasulullah hendak mengambil jubahnya...mendapati mueeza sedang nyenyak tidur..baginda tidak kejutkan kucing..sanggup baginda memotong lengan jubahnya..betapa mulianya sifat keperibadian rasulullah..,

Malah ada hadis mengatakan kucing ini langsung tidak najis..air minuman kucing bersih dan boleh dibuat wudhu...

Barang siapa yang menyiksa haiwan ini (kucing) maka orang itu akan diseksa dan dimasukkan ke dalam neraka..ambilah pengajaran dari peristiwa Rasulullah dan pengorbanan seekor kucing terhadap tuannya sehingga mati dimakan ular...

Bela kucing lebih elok dari pegang anjing yang tiada sebab mudharat...

Thursday, November 20, 2014

Kenali Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia Dengan Lebih Dekat...

0 comments

Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia atau nama singkatannya YPPM telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2012 hasil inisiatif YAB, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak yang memberi amanah kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Dr Mashitah Binti Ibrahim sebagai Pengerusi Eksekutif YPPM..

Sudah tentu ramai yang hendak mengetahui siapakah tulang belakang Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM).. Berikut ialah carta Organisasi YPPM :
Penaung:
YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia 
Pengerusi Eksekutif:
Y. Bhg Dato’ Dr Mashitah Binti Ibrahim 
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 

Pengarah Operasi:
Tuan Haji Juhaidi Yean Abdullah 
MUSTASHAR:
Pengerusi
Tan Sri Prof Ulung Dr. Kamal Bin Hassan (Prof Ulung Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam – ISTAC) 
Ahli
Dato’ Paduka Syeikh Hasbullah Bin Abdul Halim (Mantan Mufti Kedah)
Ust Mohd Fauzi Mustaffa
Prof Dr Siti Rugayah Haji Tibek
Prof Dr Datin Paduka Jawiah Dakir

Lembaga Pengarah: 
Pengerusi
Haji Juhaidi Yean Bin Abdullah 
Ahli
Datuk Abdul Shakor Bin Abu Bakar
Datuk Hasanah Binti Ab Hamid
Dr. Rosidah Binti Ahmad

Matlamat Penubuhan YPPM
Matlamat utama penubuhan YPPM adalah untuk memberi pengiktirafan kepada institusi pengajian pondok dan warga pondok yang banyak menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan pendidikan Islam serta melahirkan ramai tokoh ilmuwan agama. Ia juga bagi mengiktiraf jasa dan bakti para ulama, tok guru dan tok mudir dalam melahirkan generasi pelajar yang mahir dalam ilmu agama dan pengajian Al-Quran. 
Yayasan akan membantu dan bekerjasama dengan agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) yang lain untuk memaju, membangun dan mengembangkan institusi pengajian pondok bagi memastikan kelangsungannya. Imej sistem pengajian pondok yang mundur dan terpinggir mesti diperbaiki, manakala persepsi pelajar pondok sebagai pelajar kelas kedua, golongan taksub atau pelampau mesti dikikis sama sekali.
Visi & Misi YPPM
Memartabat dan memastikan institusi pondok di negara ini lebih berdaya maju dan dapat mempertahankan kelangsungannya. YPPM akan memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan keupayaan dan kejayaan institusi pondok melaksanakan tanggungjawab melahirkan warga yang berilmu dan berwasatiyah.

Daripada direktori YPPM yang diterima setakat ini hampir setiap negeri Pengajian Pondok sudah bernaung di bawah YPPM..di bawah ini senarai Kompleks Pondok mengikut negeri..

Kedah
Pulau Pinang
Perak

Negeri Sembilan
Melaka
Johor
Pahang
Kelantan
Penerangan lanjut tentang direktor Yayasan Pondok juga boleh diperolehi dengan format PDF di SINI, SINI, dan SINI

Boleh juga baca tentang Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia yang saya tulis di SINI..ini membuktikan bahawa Pendidikan Pondok tidak disisihkan oleh kerajaan...diharapkan dengan adanya YPPM ini dapatlah menstruktur dan menambahbaik institusi pondok agar lebih ramai pelajar yang mahir dalam ilmu agama dan pengajian Al-Quran dapat dilahirkan...

Wednesday, November 19, 2014

Selepas Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR)..Kereta Api Elektrik (ETS) Bakal Dibina Di Johor..

0 comments

Selepas pengumuman pembina Kereta Api Laju dari KL ke Singapura yang mana 3 stesen dijangka dibina di Johor menjelang 2020, artikel tentang kereta api laju ini boleh rujuk di SINI...Semalam Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata Kereta Api Elektrik (ETS) bakal di bina di Johor yang menghubungkan Gemas dan Johor Bahru..

Perkara ini dimaklumkan semalam ketika Simposium Pengangkutan Awam Darat semalam...Namun pembinaan ini (ETS Gemas-JB) akan dilakukan sebaik sahaja pembinaan projek Kereta Api Elektrik (ETS) dari Ipoh ke Padang Besar siap yang dijangkakan pada tahun hadapan...

Selain menumpukan projek Kereta Api Laju Ipoh-Padang Besar dan Gemas-JB, Tan Sri Syed Hamid berkata yang pihak SPAD akan meninjau peluang meningkatkan kemudahan sedia ada dan memperluaskan perkhidmatan rel antara Pantai Timur dan Barat.

Setakat yang dimaklumkan, trek Wakaf Baru-Gemas-Kuala Lumpur sudah terlalu lama..Tan Sri turut menyatakan hasratnya bahawa landasan yang menghubungkan antara pantai barat dan pantai timur masih belum ada dan beliau melihat ini satu potensi untuk di majukan untuk dijadikan salah satu penghubung antara kedua pantai ini..

Bukan itu sahaja, Tan Sri turut melihat peripentingnya membina landasan kereta api atas jalan..pergh!!sungguh luas perspektif yang cuba direalisasikan oleh Tan Sri Pengerusi SPAD ini...dalam kita mengecapi kemajuan antara faktor yang menarik tumpuan pelancong dan pelabur luar adalah indikator kemajuan pengangkutan awam di negara kita...

Bayangkan jika semua impian ini dapat direalisasikan..negara kita bakal ada kereta api laju dari KL ke Singapura yang hanya mengambil masa 90 minit...Kereta Api Elektrik diutara Ipoh-Padang Besar, Johor-Gemas, Pantai Barat-Pantai Timur...pada masa itu, rakyat Malaysia mesti fikir lebih elok gunakan pengangkutan awam untuk bergerak antara negeri berbanding menggunakan kenderaan persendirian ketika ini....malah rakyat Malaysia akan lebih banyak pilihan samada menggunakan pengangkutan awam Bas mahupun Kereta Api elektrik..

Berikut ialah gambar sepanjang Simposium Pengangkutan Awam Darat yang diadakan semalam yang mana berjaya menarik penyertaan lebh 800 wakil industri dari dalam dan luar negara...










ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA