networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Sunday, December 27, 2015

Pengacara Televisyen, Aziz Desa Meniggal Dunia...Al-Fatihah

0 comments

Bekas wartawan Berita Harian dan bekas pengacara televisyen popular, Aziz Desa, yang menghidap masalah buah pinggang kronik, kencing manis dan jantung menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.30 pagi ini.  

Aziz, 50, atau nama sebenar Abdul Aziz meninggal dunia di rumahnya di Taman Seri Dayang, Mukim Kuah, di sini. 

Isterinya, Raden Norazlina Raden Jumari, 50, ketika ditemui di rumahnya, berkata mereka sekeluarga baru pulang bercuti di Phuket, Thailand, pada jam 6 petang semalam.

Katanya, sebaik tiba di rumah arwah terus meminta untuk tidur di atas katil. 

"Arwah tidur dengan ditemani anak kami di ruang tamu, manakala saya di dalam bilik di bahagian belakang rumah. Saya sedar beliau sudah tidak bergerak dan badannya sejuk pada jam 10.30 pagi," katanya. 

Raden Norazlina berkata, jenazah Aziz akan disembahyangkan di Masjid Al-Hana Kuah dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bayas di sini, yang juga kampung halaman Aziz pada jam 5 petang ini.

Sebelum ini, Aziz yang mengidap pelbagai penyakit menjalani rawatan hemodialisis tiga kali seminggu.-BH

Kami di blog harapan esok mengucapkan salam takziah kepada keluarga allahyarham..sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah semoga ruh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman...insya'allah....



Saturday, December 26, 2015

DS @NajibRazak Difitnah Gara-Gara Sampaikan Ucapan Sempena Krismas...

1 comments

Satu text wasap sedang tersebar kononnya Perdana Menteri kita YAB DS zalim menyampaikan ucapan sempena Hari Raya Krismas...

Bawah ini text yang sedang tersebar di Wasap :

Salam.. kalau dapat mesej seperti ini:

Betapa sedihnya , sebak rasa hati ... lihatlah pemimpin kita la ni PM Msia...Najib ... ketika aku menonton televisyen sebentar tadi iklan dipapar kan dengn ucapan Najib tentang hari natal ... ketika itu aku terasa sebak ... mengapa dia tidak memberi ucapan tentang Maulidur Rasul SAW ?? sedangkan dia adalah seorang beragama islam ... dan seorang pemimpin islam

Tidak sedih ke  saudara² sesama islam ku ... dia adalah pemimpin islam ... yg sepatutnya menunjukkan peranan penting ... 

cukuplah dia menghancurkan harapan rakyat ... tapi jangan lah dia menghancurkan pendirian islam beliau .. 

#sebar sampai najib baca 
#sampai dia melutut minta maaf

Tulisan di atas seolah-olah menunjukkan DS Najib lebih utamakan perayaan Krismas daripada memberi ucapan sempena Maulidur Rasul...

Di bawah ini bukti bahawa DS Najib juga ada memberi pesanan sempena Maulidur Rasul baru-baru ini....bawah ini buktinya...


Selaku pemimpin yang mempunya rakyat berbilang agama dan bangsa, apakah salah untuk memberi ucapan kepada masyarakat agama lain?ia sebagai simbolik menghargai masyarakat agama lain. 

Inilah mentaliti masyarakat..dah seronok dapat cuti Krismas...baru ni nak balun kerajaan tak patut menyambut Krismas?fikir-fikirkanlah....

Thursday, December 24, 2015

Facebook Pen Merah Kantoi Fitnah DS @NajibRazak..

2 comments

Pasti ramai masih ingat tentang 1 posting facebook page Pen Merah tentang tuduhan kejam terhadap Perdana Menteri yang mana menyaksikan seorang bayi menangis..dengan membandingkan gambar bersama Sultan Johor yang mana bayi dikendongnya tidak menangis...

Tuduhan berat yang tertulis caption 'Budak x pernah menipu' seolah-olah bayi tersebut tidak selesa dengan Najib..namun tuduhan tersebut telah dinafi sendiri oleh ibu bayi tersebut...ibu bayi itu mengecam tindakan cubaan Pen Merah mengaibkan bayinya dan DS Najib..

Untung badan Najib Razak..asyik dapat pahala sahaja..orang fitnah tak henti-henti...sabarlah wahai Datuk Seri...ini ujian Allah SWT...

Top Up Touch n Go RM 10,000 Hanya Kena GST 3 Sen Sahaja...Jom Baca!

0 comments

Heran sungguh orang Malaysia ni..dengan sebaran maklumat daripada sumber hantu mana tah kata 1 Jan 2016 Touch n Go dikenakan GST mengikut jumlah tambah nilai..tu sebenarnya PITENAH sahaja!

Benda ni perkara rutin berlaku setiap kali top up Touch n Go...bila korang top up tngo di kedai luar..makanya akan dikenakan cas tambahan 50 sen...cas GST tu akan dikira daripada jumlah 50 sen sahaja...benda ni dah berlaku sejak negara kita laksanakan GST lagi...sebelum GST pun dah ada cas tambahan 50 sen...kalau nak jimat..top up kt lorong tol tambah nilai...tak payah bayar apa kos tambahan...kalau top up RM 10,000 touch n go...RM 10,000 engkorang kena bayar...kalau buat kat pum minyak just kena bayar RM 10,000.53 sen saja...

Jila engkorang top up RM 10,000...diluar..makanya engkorang kena bayar Rm 10,000.53 sen selepas GST...jadi dibundarkan Matematik..tiada perubahan pun RM 10,000.50..kalau kedai tu kaudu taik idung masin..engkorang akan dicas RM 10,000k.55..itu sahaja...kenapa aku bagi contoh angka besar...saja ja..nak bagi engkorang nampak!

Yang p pecaya jumlah tambah nilai touch n go tu kena GST ikut nilai tambah nilai tu buat apa...janganlah nak tambahkan jumlah ahli neraka..sebarkan PITENAH yang tak tahu betul atau tidak...

Tak pasal2 Najib juga jadi mangsa...

Wednesday, December 23, 2015

Beli Tiket Atas Talian Elak Kesesakan Musim Perayaan..

0 comments

Berikutan cuti sempena Sambutan Maulidur Rasul dan perayaan Krismas, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengingatkan para pengguna pengangkutan awam Bas Ekspress di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) agar membeli tiket atas talian dan mesin penjualan tiket (Ticket Vending Machine atau TVM)..

Langkah ini bagi mengelakkan kesesakan ketika beratur untuk membeli tiket di kaunter tiket..pengguba boleh layari link SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang penjualan tiket atas talian ini...

Penumpang yang ingin pulang ke Pantai Timur dari Hentian Jalan Pekeliling turut boleh mendapatkan tiket atas talian bagi syarikat bas yang beroperasi di TBS...

Langkah ini dapat mengelakkan kesesakan ketika beratur untuk membeli tiket...ini merupakan pendekatan yang baik telah dilakukan SPAD bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan ini...

Untuk rekod, SPAD telah menyediakan sebanyak 7 TVM yang mana menawarkan tiket daripada 68 syarikat pengendali bas ekspress...sebanyak 41 kaubter berpusat telah dibuka bagi penjualan tiket...

SPAD turut membuka permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) kepada pengendali bas ekspress supaya dapat menyediakan bas yang mencukupi..nasihat kami, dimusim perayaan ini pastikan anda membeli tiket dari agen yang berdaftar..jangan membeli tiket dari ulat tiket..sekiranya anda mendapati harga tiket mahal melampau..terus cepat ambil gambar dan tweet kepada @AduanSPAD atau @SPADChannel...

Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan SPAD berkenaan perkara ini...


Tuesday, December 22, 2015

SIRI 4 : Duta Palestin Sendiri Suruh Hentikan Boikot Ke Atas McDonald's

0 comments

Sebelum ini saya telah menulis 3 siri penjelasan bahawa syarikat McDonald's selama ini telah menjadi mangsa boikot disebabkan konflik yang berlaku antara Israel-Palestin..anda boleh rujuk tulisan kami sebelum ini seperti berikut :
  1. SIRI 1 - "Keuntungan McDonald's Untuk Beli Peluru Israel" Hanya Fitnah Dangkal Dan Cerita Rekaan!!!!
  2. SIRI 2 - Fakta!!!McDonald's Malaysia Tidak Salur Wang Kepada Israel!
  3. SIRI 3 - Menjawab Tuduhan McDonald's Malaysia Berurusan Dengan Israel!!!
Untuk kali ini, kami ingin menyatakan bahawa Duta Palestin ke Malaysia, Dr Anwar Al Agha sendiri mengakui bahawa kempen boikot McDonald's adalah usaha tidak baik..bayangkan bagaimana orang yang berasal dari Palestin sendiri menafikan tuduhan McDonald's mempunyai komplot bersama Israel..

Menurut Dr Anwar, maklumat yang tersebar di media sosial yang mendakwa bahawa McDonald's memberi keuntungan kepada Israel adalah tidak betul..jikalau mahu menunjukka penentangan ke atas Israel bukan McDonald's yang harus dihukum...

Dr Anwar menjelaskan bahawa kempen boikot akan lebih berkesan sekiranya melaksanakan kempen meluahkan kekecewaan kepada kerajaan Amerika Syarikat..

Ia merupakan tindakan lebih efektif memandangkan Amerika Syarikat telah menandatangani persetujuan sebanyak USD 225 juta (RM 718.8 Juta) untuk membeli peluruh berpandu Iron Dome untuk Israel...

Yang sepatutnya dilakukan ialah kempen boikot Amerika Syarikat agar menghentikan pembiayaan senjata untuk Israel bukannya McDonald's yang hanya menjalankan perniagaan berupa makanan.. 

untuk membaca lebih lanjut boleh klik SINI

Sudah banyak kali dijelaskan bahawa McDonald's Malaysia langsung tidak memberi keuntungan kepada Israel apatah lagi untuk membeli peralatan ketenteraan dari hasil jualan mereka...jangan dilayankan sangat NGO-NGO yang lantang menyuarakan Boikot McDonald's..buat yang tidak tahu, ada antara NGO yang kerap menjalankan kempen boikot McDonald's meupakan sebuah badan yang berlatar belakangkan Syiah..

Bayangkan Duta Palestin sendiri kata tindakan boikot McDonald's tidak bagus..kita yang kat Malaysia ni beria kata McDonald's sumbang dana kepada Israel...kesianlah kepada pekerja-pekerja yang mencari rezeki di McDonald's..mereka ada anak bini untuk ditanggung..jikalau kempen boikot ini diteruskan ramai akan kehilangan punca pendapatan...McDonald's pula sudah tentu akan alami kerugian..

Jika mahu mengekang kezaliman, janganlah sampai melakukan kezaliman kepada orang yang tak berdosa..

Monday, December 21, 2015

@WeeKaSiongMP Kecam @CMLimGuanEng Kerana Sifat Hipokrit!

0 comments

Baru-baru YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah hadir bersama dalam majlis Multawa Serantau Alumni Al-Azhaf..Kita dapat lihat bahawa ada satu titik persamaan antara UMNO dan PAS yang memungkinkan kebersamaan dalam satu saf perjuangan...

Pastinya Guan Eng dan DAP kepanasan melihat keakraban UMNO dan PAS..usah disalahkan UMNO kerana hubungan bersama PAS semakin rapat. mereka perlu ingat bahawa suatu masa DAP telah menyisihkan PAS dalam Pakatan..tidak perlu iri hati dengan pertemuan dua pemimpin utama dalam UMNO dan PAS..bukankah itu bagus sebagai satu kerjasama sesama Islam..

DAP seolah-olah mahu menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam kepada hukum hudud tetapi suatu masa dulu boleh pula memetik ayat al-quran dalam siri ceramah..Guan Eng perlu ingat, dia bukan mewakili masyarakat Cina..itu hanya menjaga kepentingan DAP sahaja..

Tindakan Gua Eng ini telah dikecam Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong yang mana Guan Eng sepatutnya tidak perlu mempertikaikan pertemuan DS Najib dan Hj Hadi...pertemuan itu adalah untuk perpaduan Islam..tidak adapun menganggu kepentingan DAP...

Datuk Wee turut menyelar Guan Eng kerana kerjasama itu tidak ada unsur menggugat masyarakat bukan Islam di Malaysia..seharusnya Guan Eng tidak perlu melenting seolah-olah UMNO dan PAS telah memeterai perjanjian untuk bekerjasama dalam politik..kata dulu tak nak masuk campur urusan UMNO dan PAS...



Itu hanya program, Datuk Wee turut mempersoalkan bahawa pertemuan Guan Eng bersama Datuk Seri Nazri Abdul Aziz untuk promosi pelancongan Pulau Pinang...sebelum Guan eng menuduh UMNO dan PAS telah bersatu adalah lebih elok dia tanya diri sendiri apakah pertemuan bersama Nazri menunjukkan UMNO dan DAP telah bersatu?semestinya tidak kerana pertemuan itu berdasarkan matlamat mempromosikan aktiviti pelancongan Pulau Pinang...usahlah jadi manusia hipokrit!

Jikalau DAP langsung tidak berkenan dengan PAS, seharusnya mereka angkat kaki daripada terus bekerjasama dengan parti Islam itu di mana-mana negeri pembangkang...di Selangor boleh pula Guan Eng terima PAS untuk membentuk kerajaan negeri menentang BN...tapi bila pertemuan Najib dan Hj Hadi seolah-olah ia menjadi masalah paling besar dalam hidupnya...

Semakin banyak Guan Eng bercakap, semakin banyak kelemahannya terdedah..daripada dia terus mempertikaikan pertemuan DS Najib dan Hj Hadi..kritik MCA bersama UMNO.. adalah lebih elok dia memikirkan masalah dalam negerinya terlebih dahulu!


Selesaikan dahulu masalah banjir, masalah sampah, penambakan laut yang mengancam ekosistem maritim, penebangan hutan secara haram yang mengancam tanah runtuh, isu bukit Relau, pelaburan FDI di Penang semakin merosot dan banyak lagi isu rakyat di Penang...

Tidak usahlah nak ambil sibuk hal UMNO dan PAS..ia tidak akan menyelesaikan masalah di Pulau Pinang!

10 Gambar Aksi Ngeri Pasti Buat Anda Terpedaya...

0 comments

Malam-malam ni rehat sebentar dari artikel berbaur politik..terasa nak menulis artikel santai malam ni..

Jika anda 10 gambar ini pasti anda akan rasa wow!hebatnya mereka..lakukan aksi ngeri ditempat yang tinggi...apa tidaknya dari gambar yang kita lihat sudah tentu mereka ini berada di kedudukan lebih 3000 meter dari paras laut...

Bermacam-macam lagak ngeri yang dirakam oleh lensa kamera..pernahkah anda lihat gambar pasangan pengantin di tepi tasik?realitinya gambar tasik yang anda lihat hanya lopak air...

Itulah yang tersirat dari gambar aksi ngeri  di sini..di akhir gambar ini anda akan mengetahui disebalik tabir gambar ini..layan...













Malangnya ada juga wartawan tempatan telah tertipu dengan gambar ini kononya aksi ngeri ini benar-benar berlaku...

FGV Bakal Bina Gudang Logistik Di Tanjung Langsat, Johor!

0 comments


Felda Global Venture (FGV) sekali lagi tampil dengan satu lagi kejayaan syarikat mereka untuk melebarkan sayapnya dalam bidang transaksi perniagaan antarabangsa...kini dikhabarkan FGV akan membina sebuah gudang untuk keperluan Logistik dan pusat simpanan barang di selatan tanah air..

Projek logistik ini akan dibina ditanah seluas 10 ekar di Tanjung Langsat, Johor. Lokasi ini kami fikir amat strategik kerana ianya berhampiran dengan kawasan pelabuhan..jadi amat sesuailah untuk dijadikan gudang untuk logistik bagi FGV...

Berkenaan dengan projek yang bakal dibina di Johor ini, CEO merangkap Presiden FGV, Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah mengumumkan kewujudan sebuah lagi anak syarikat iaitu FGV Logistics Sdn Bhd bagi menjalankan hal urus tadbir fasiliti syarikat itu.

FGV Logistics Sdn Bhd akan bekerjasama dengan sebuah syarikat yang pakar dalam hal ehwal 'warehousing' bagi mengukuhkan pasaran domestik dan antarabangsa..kerjasama seperti ini perlu dilakukan oleh FGV Logistics bagi menadapatkan kepakaran yang lebih berpengalaman dalam bidang logistik ini..

Datuk Emir menjelaskan usaha ini merupakan tindakan berani FGV untuk meningkatkan kemampuan logistik dan rantaian bekalannya di bawah kluster perdagangan pasaran dan logistik (TML) Kumpulan FGV menampung operasi pengangkutan dalamannya...

Memandangkan Johor merupakan salah sebuah negeri yang kaya di Malaysia..berdekatan dengan Singapura, mempunyai pusat industri Pasir Gudang, pelabuhan Tanjung Pelepas, dan projek mega Rapid sedang rancak pembinaannya di Pengerang...adalah baik untuk FGV merebut peluang ini...hasil tinjauan, keperluan 'warehousing' di Johor telah meningkat seperti sektor oil and gas, kejuruteraan dan pembinaan serta industri marin berat. Perancangan jangka panjang ini telah membolehkan FGV mengembangkan lagi usaha mereka dalam bidang ini yang dilihat keputusan yang amat tepat...

FGV telah membuktikan bahawa mereka kini telah meluaskan usaha perniagaan mereka tanpa bergantung harap kepada hasil keluaran sawit semata-mata...

Banyak sudah anak-anak syarikat di bawah FGV selain FGV Logistics, FGV ada anak syarikat Felda Travel, Prodata untuk sistem, Koperasi Felda, Felda Investment, Felda Properties, Felda Engineering dan banyak lagi anak syarikat FGV...ini menunjukkan betapa besarnya potensi FGV untuk berkembang..adalah amat mustahil jika ada dakwaan FGV akan bankrup...

Sunday, December 20, 2015

SIRI 3 - Menjawab Tuduhan McDonald's Malaysia Berurusan Dengan Israel!!!

1 comments

Antara alasan mengapa orang Malaysia boikot McDonald's adalah kerana dakwaan bekas CEO (dan Chairman) McDonald's Jack Greenberg seorang yahudi dan penyokong kuat Israel melalui beberapa badan komuniti Yahudi di Chicago.

Dengan bermodalkan kaitan ke atas Israel mereka (pemboikot) beranggapan tugas memboikot akan menjadi lebih mudah..maklum sahajalah orang di Malaysia sensitif dengan perkataan 'Israel'...apa sahaja tuduhan yang dapat dikaitkan dengan Israel akan lebih mudah dipercai rakyat tanpa usul periksa...

Inilah yang terjadi kepada organisasi McDonald's Malaysia setiap kali kempen boikot diadakan di negara kita...McDonald's sentiasa menjadi mangsa tuduhan seperti ini..akibat daripada boikot diaturkan oleh sebuah organisasi Inminds yang berfahaman Syiah..

Akibat tindakan ini, pada 2014 McDonald's cawangan Kerteh dan Dungun telah menjadi mangsa protes besar-besaran dihadapan premis mereka..kesan daripada itu McDonald's kerugian kira-kira 80% di kedua-dua cawangan ini..


Restoran McDonald's di seluruh negara turut mengalami kerugian dan ancaman vandalisme..pelerja-pekerja McDonald's seluruh negara telah dihukum begitu teruk, dilabel tuduhan pro yahudi semata-mata mencari rezeki di McDonald's...

Soalnya apakah benar McDonald's Amerika Syarikat dimiliki oleh Jack Greenberg seorang berbangsa Yahudi?jawapannya tidak tepat..

McDonald's tidak dimiliki oleh seorang individu sebaliknya dimiliki secara bersama iaitu sebuah syarikat senarai awam..Saham McDonald's telah diperdagangkan di Bursa Saham New York (NYSE) sejak 1965.

Adalah tidak adil jikalau ada mana-mana pihak mengatakan McDonald's dimiliki Jack Greenberg..

Ini kerana melalui senarai pemegang saham McDonald's, tidak ada mana-mana individi yang memiliki lebih dari 10% saham McDonald's..

Boleh rujuk gambar dibawah di dalam ruangan % Shares Held.


Di atas ini cerita pemilikan McDonald's yang berlaku di Amerika Syarikat...

Di Malaysia, McDonald's dimiliki oleh Golden Arches Restaurants Sdn Bhd yang mana pemegang saham terbesar ialah McDonald's Corporation..


Apa yang menariknya tentang McDonald's Malaysia ialah sebanyak 70 buah restoran McDonald's  di Malaysia dimiliki oleh anak tempatan yang mengeluarkan dana sendiri dibawah pemilikan Francais..

Sebab itulah kami agak kecewa bilamana ada rakyat Malaysia tergamak merosakkan bisnes anak tempatan kita sendiri...mereka telah melaburkan berjuta ringgit untuk mengusahakan restoran McDonald's...dalam sekelip mata sahaja dirosakkan oleh orang beragama Islam sendiri..siapa yang mahu menanggung kerugian mereka?

Agak mengecewakan pihak yang boikot dihadapan restoran milik anak tempatan adalah orang Islam..inilah akibat bilamana terlalu taksub dan rakus menghukum tanpa usul periksa...

Berkenaan tuduhan McDonald's mempunyai 180 buah restoran di Israel dan memberi peluang 3,000 peluang pekerjaan warga Israel..

Saya akui perkara ini berlaku dan ia tidak melibatkan langsung dengan McDonald's di Malaysia..di Israel McDonald's dimiliki oleh Dr Omri Padan...

Jadi telah jelaslah bahawa McDonald's Malaysia adalah sebuah entiti berbeza dengan struktur McDonald' s di Amerika Syarikat dan Israel dari segi pemilikan mereka...

Jika Facebook dan whats App orang di Malaysia boleh guna tanpa was-was masakan tidak McDonald's Malaysia yang sudah jelas tiada kaitan dengan Israel...

Nantikan kupasan seterusnya tentang pemimpin Palestin akui tindakan boikot McDonald's tidak betul...

Saturday, December 19, 2015

@SPADChannel Pastikan Kekangan Sistem Bas Henti-Henti (BNR) Diatasi Menjelang 2016!

0 comments

Pelaksanaan bas henti-henti (BNR) awal bulan ini telah mendapat perhatian serius Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid...beliau sentiasa memantau pergerakan bas ini dan turun padang untuk mengetahui maklum balas rakyat berkenaan sistem baru ini...

Matlamat utama pengenalan BNR ini adalah mahu memastikan perkhidmatan yang cekap dengan kekerapan bas mengikut jadual disamping menjimatkan masa penumpang...

Penstrukturan BNR ini melibatkan sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang..setelah hampir 20 hari ianya beroperasi..SPAD yang sentiasa mengambil serius tentang pengoperasian ini melihat kelemahan kekurangan bas di lokasi-lokasi tumpuan...

Masalah dikenalpasti setakat ini ialah masa menunggu penumpang lama dan tidak dapat menampung keperluan pengguna yang tinggi ketika waktu puncak...

Dalam satu kenyataan media pada 16 Disember lalu, SPAD telah mengerahkan sebanyak 59 bas tambahan bagi menampung permintaan penumpang dilokasi tumpuan...antara lokasinya ialah sepanjang Koridor Jalan Ipoh dan Sungai Besi yang merangkumi laluan Kepong, Selayang dan Puchong. Ini bagi memastikan kekerapan bermula 18 Disember dilokasi berkenaan...

22 buah bas tambahan dikerahkan ke Koridor Jalan Ipoh bagi menampung kawasan Taman Ehsan, Sri Sinar, Bandar Baru Selayang dan Selayang Utama..

10 buah bas tambahan dikerahkan ke Koridor Sungai Besi yang merangkumi laluan Serdang dan laluan Putrajaya ke Bandat Utama..

27 buah bas tambahan di Koridor Lebuhraya Persekutuan yang meliputi kawasan Kampung Delek, Pendamaran, Sri Pendamar, Johan Setia, Sungai Rasau, Banting dan Bandar Klang

Hari ini, SPAD telah mengumumkan bahawa pengendali RapidKL akan mengendali laluan di Koridor Sungai Besi dan Koridor Jalan Klang Lama..laluan tersebut ialah laluan 600 (Puchong Utama-HAB Pasar Seni) di sepanjang Koridor Jalan Klang Lama dan laluan 506 (Putrajaya Sentral - Bandar Utama) di sepanjang koridor Sungai Besi akan dikendalikab RapidKL bermula 21 Disember inu...

Bagi laluan 600, waktu operasi adalah dari 5:30 pagi - 11:30 malam dengan kekerapan setiap 10 minit ketika waktu puncak pagi dan petang...

Bagi laluan 506 akan beroperasi dari 6:00 pagi - 11:30 malam dengan kekerapam setiap 30 minit ketika waktu puncak pagi dan petang...

SPAD berjanji semua masalah berikutan laluan dan kekerapan bas henti-henti akan bergerak secara proaktif bermula tahun 2016...biasalah benda baru diperkenalkan sebulan mesti ada sedikit masalah..mana-mana benda baru pun tak banyak sedikit mesti ada masalah...apa yang dilakukan oleh pihak SPAD ini adalah untuk memastikan kecekapan operasi mengikut waktu dan bilangan bas mencukupi menampung permintaan penumpang pada waktu puncak...

Sebarang aduan boleh menghubungi SPAD di talian 1-800-88-7723(SPAD), untuk menyuarakan pandangan anda atau emel kepada aduan@spad.gov.my, atau berkongsi maklum balas mereka melalui media sosial di www.facebook.com/SPAD.my dan Twitter - @aduanSPAD dan @SPADchannel.

Untuk maklumat lanjut mengenai BNR seperti laluan, jadual bas dan senarai pengendali, sila layari www.spad.gov.my/bnr .

Berikut adalah beberapa keping gambar ketika Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid melakukan lawatan sistem BNR di Laluan 151 (Rawang-Selayang)





Gambar Pemimpin Dari Johor Menolak Kerusi Roda Seorang Nenek Di Lapangan Terbang Kota Kinabalu Jadi Viral... @WeeKaSiongMP

1 comments

Sekarang ini sedang viral gambar Datuk Dr Ir Wee Ka Siong, Ahli Parlimen Ayer Hitam, Johor sedang menolak kerusi roda seorang mak cik berbangsa Melayu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu...

Kisah sebenar berlaku ketika mak cik ini bersama ahli keluarga mereka ingin menaiki pesawat dari Kota Kinabalu untuk menuju ke Kuala Lumpur..ketika anggota keluarga mereka yang lain sedang menyemak tiket dan mencari tempat duduk, mak cik ini menunggu diluar sebelum masuk ke pesawat...

Melihat akan keadaan mak cik ini sedikit kerisauan, Datuk Wee yang kebetulan berada berhampiran mak cik ini pantas menyambut kerusi rodanya untuk membantu menaiki kapal terbang..

Semua  orang faham keadaan sedikit sibuk ketika krew kapal sedang menyemak tiket..tindakan pantas Datuk Wee ini melihatkan kepribadiannya yang mesra masyarakat dan tidak boleh melihat rakyat dalam keadaan kesusahan pasti dia akan bantu jika ternampak..

Orang Johor khususnya masyarakat Ayer Hitam tentunya sudah masak dengan sikap Datuk Wee yang amat mesra dengan masyarakat dikawasannya..dikawasannya yang rata-rata masyarakat Melayu sedikit sebanyak telah membuatnya memahami budaya Melayu...

Diraut wajahnya orang sudah kenal beliau berbangsa Cina..ada juga yang mengatakan beliau iras-iras masyarakat baba dan nyonya..memandangkan beliau tinggal dikawasan yang ramai masyarakat Melayu membuatkannya sudah sinonim dengan budaya Melayu sehinggakan tandatangan pun menggunakan tulisan JAWI...

Pemimpin seperti ini seharusnya dijadikan tauladan...tidak kiralah berapa tingginya martabat dan pangkat tetapi dalam bab kebajikan rakyat, beliau akan bersama-sama rakyat dalam apa jua keadaan sekalipun...

Syabas kami ucapkan pemimpin dari Johor ini...mesra rakyat!

Friday, December 18, 2015

FGV Bakal Hasilkan Plastik Mesra Alam Daripada Sisa Buangan Biojisim Minyak..

0 comments
Ketua Pengawai Eksekutif FGV, Datuk Mohd Emir Mavani tengah
Selepas majlis menandatangani MOU bersama Newlight Technologies dan Innogas Technologies kelmarin..kredit foto NSTP
Felda Global Venture (FGV) yang bakal menghasilkan plastik mesra alam daripada sisa biojisim minyak sawit. Projek ini kami umpakan sebagai "Projek mengubah sisa buangaan kepada emas berharga"..

Projek penghasilan plastik mesra alam ini terhasil apabila FGV berjaya memeterai perjanjian persefahaman (MOU) dengan Newlight Technologies LLC serta Innogas Technologies Sdn Bhd yang berpengkalan di California. Syarikat Innogas Technologies merupakan sebuah syarikat yang mahir menghasilkan bahan-bahan termoplastik yang diperbuat daripada gas rumah hijau...

FGV sentiasa mencari inovasi terkini untuk mengurus sisa kelapa sawit mereka dengan berkesan..penghasilan projek ini akan menunjukkan kepekaan FGV terhadap projek kempen terhadap kelestralian alam sekitar dengan pengurangan pelepasan karbon..

FGV mensasarkan sebanyak 10 buah kilang untuk dibina bagi tujuan ini dalam tempoh 5 tahun akan datang...kilang pertama akan dibuat pada suku keempat tahun depan dan dijangka siap selepas 14 bulan..

Dengan adanya projek ini, ia mampu menggunakan semula sisa bio daripada kilang minyak sawit FGV kepada penghasilan plastik mesra alam..teknologi daripada negara luar ini amat dinantikan FGV bagi meningkatkan aliran pendapatan syarikat dan menjayakan kempen lestari alam sekitar...

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Emir Mavani berkata "MOU tersebut akan membawa teknologi kos efektif yang pertama di dunia bagi menghasilkan olastik mesra alam dengan memproses 100 peratus sisa bio daripada kilang sawit FGV"

Jelas usaha ini telah meningkatkan jaringan rangkaian usahasama FGV bagi penghasilan produk plastik mesra alam dimata dunia..selain dapat meningkatkan produk pengeluaran minyak..sisa bio yang sebelum ini tiada kegunaan, kini mampu menghasilkan produk barangan yang lebih berfaedah kepada alam dan masyarakat..

Thursday, December 17, 2015

PBT Kawasan Damansara Perdana Dikecam Netizen Tidak Banteras Kerusi Dan Meja Makan Atas Jalan...

1 comments

Isu meja makan diletak atas jalan raya setahu aku isu lapuk...benda ni dah lama kita dengar..tapi masih lagi kita nampak ada restoran makanan meletakkan meja dan kerusi di jalan raya...

Aku tak paham apakah ada undang-undang membenarkan kerusi meja restoran diletak sesuka hati atau PBT tutup sebelah mata hal ni...bila kenderaan salah paking tak masuk line sikit bukan main pantas pegawai PBT tulis surat saman...

Paking tak letak kupon pun jadi masalah besar pegawai PBT sampai saman bagai..tapi tang meja makan diletak sesuka hati ayas jalan di Damansara Perdana kenapa senyap sepi?bukan di kawasan ini saja...banyak lagi kawasan yang sesuka hati mak bapak mereka letak meja dan kerusi di atas jalan..

Bila pbt buat operasi adalah separuh meja di sita..esok lusa letak lagi...macam tiada kesudahan..takkan nak tunggu ada yang mati kena langgar baru nak bertindak..masa tu dah terlambat..orang takkan salahkan PBT...tapi yang akan disalahkan DS NAJIB RAZAK..

Lihat reaksi netizen yang berang dengan tindakan kurang hajar ni



Wednesday, December 16, 2015

Hanya Tweet, DS @LiowTiongLai Buat Lawatan Mengejut Di JPJ Wangsa Maju!

0 comments

Dengan hanya aduan masalah servis di JPJ Wangsa Maju dilaman micro twitter, Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai telah membuat lawatan mengejut di JPJ berkenaan untuk melihat sendiri keadaan seperti yang didakwa..



Apabila setibanya DS Liow di JPJ berkenaan alangkah terkejutnya beliau rata-rata pengguna terpaksa menghabiskan masa lebih 1 jam untuk memperbaharui lesen di JPJ berkenaan..ia sangat lewat dari sasaran kurang 30 minit untuk memperbaharui lesen..


Melihat akan masalah ini, DS Liow telah bertanya sendiri tentang masalah berkenaan dan maklum balas daripada pegawai JPJ yang menjaga kaunter mengatakan cawangan itu tidak dapat menampung jumlah lingkungan 800 orang pelanggan setiap hari..

Bagi mengatasi masalah ini, DS Liow telah mengarahkan pegawai-pegawai di sini untuk membuka kaunter tambahan untuk menampung jumlah pelanggan yang ramai. DS Liow turut menetapkan petunjuk prestasi bahawa masa menunggu pelanggan adalah sekitar 30 minit ke bawah...


Selain masalah kelewatan masa menunggu pelanggan, Ds Liow turut mendapati tiga kiosk memperbaharui cukai jalan turut menghadapi masalah..kiosk tersebut hanya dapat digunakan dengan kapasiti yang terbatas. Tempoh operasi hanyaada waktu pejabat dan hanya mampu mengeluarkan 50-100 cukai jalan..selepas jumlah itu ia perlu diisi semula..

Bagi mengatasi masalah kiosk yang terhad, DS Liow menyatakan kemungkinan kementerian akan melanjutkan operasi kiosk dan meluaskan kawasan parkir di cawangan JPJ tersebut..


Kami memuji sikap kepekaan yang ditunjukkan Menteri Pengangkutan ini, dengan hanya membuat aduan di laman twitter beliau terus melakukan pemeriksaan mengejut. Semestinya setiap perkhidmatan yang ditawarkan untuk rakyat perlu diberi dengan cekap, sempurna dan senyuman..

Banyak kali kita lihat aduan pengguna di laman sosial yang meluahkan ketidakpuas hati mereka dengan perkhidmatan dan servis kerajaan..tapi ia tidak akan berakhir jikalau tiada usaha penambahbaikkan...


Setiap pemimpin perlu peka dengan kehendak rakyat..para pegawai-pegawai kerajaan yang menawarkan perkhidmatan perlu menunjukkan integriti yang bagus ketika memberi perkhidmatan kepada pelanggan kerana pegawai jni mencerminkan kualiti perkhidmatan kerajaan...

Tambahan pula kerajaan sekarang ini sentiasa mewar-warkan Program Transformasi Kerajaan bagi meningkatkan kecekapan dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat...jadi perlunya setiap perkhidmatan menjanjikan perkhidmatan yang berkualiti...



Pada kami apa yang dilakukan DS Liow ini perlu dicontohi semua menteri di kementerian masing-masing...DS Liow sudah bagi hint akan mengerapkan pemeriksaan mengejut di cawangan-cawangan JPJ..itu tandanya semua cawangan JPJ perlu memastikan perkhidmatan berkualiti,,,

Tidak perlu menyibuk untuk mempertikaikan kerja diluar skop bidang kuasa..cukup sekadar memastikan agensi atau kementerian di bawah tanggungjawab beliau dalam keadaan baik dan sempurna..itu sudah cukup menunjukkan KPI terbaik kepada rakyat...

Tuesday, December 15, 2015

Pelanggan Tidak Akan Dikenakan Cas Tambahan GST Bila Top Up...Tapi GST Akan Disedut Daripada Tambah Nilai...

0 comments

Harga top up bakal kembali seperti sebelum pelaksanaan GST..yang mana pelanggan tidak lagi dikenakan cas tambahan daripada jumlah tambah nulai yang dikehendaki..

Misalannya sekarang ini jika anda top up RM 10...maka anda akan dikenakan bayaran RM 10.60...namun bermula 2016, jika anda beli RM 10...anda tidak akan dikenakan cas tambahan tetapi GST akan diserap daripada jumlah top up anda...BELI RM 10..anda akan dapat RM 9.43



"Johor Haramkan Vape Berjaya Hasil Muafakat Istana - Kerajaan Negeri" - @WeeKaSiongMP

0 comments

Johor akan menjadi negeri pertama mengharamkan Vape berkuatkuasa 1 Januari 2016. Kejayaan negeri Johor menyekat budaya Vape On ini adalah berkat muafakat antara pihak Istana dan Kerajaan negeri Johor..

Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang mahukan semua pengusaha vape menutup operasi mereka pada 1 Januari 2016 dan ianya akan dilaksanakan kerajaan negeri. Kini Kerajaan Negeri sedang menghantar surat pekeliling kepada semua pihak berkuasa tempatan.


Menurut Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam, "hubungan baik Istana dan Kerajaan negeri telah ditanam di bawah konsep Muafakat Johor. Tiada bantahan didengari berkenaan titah Sultan setakat ini"

Nak haramkan Vape sebenarnya bukan tugas mudah, sebelum ini Kementerian Kesihatan telah melancarkan perang habis-habisan terhadap industri ini namun tidak berjaya kerana mendapat bantahan daripada menteri yang menganggap Vape merupakan aspirasi anak muda...

Hasrat itu pun tertangguh kerana Kementerian Kesihatan akur keputusan kabinet..di Johor tidak! bilamana Sultan telah bertitah maka kerajaan negeri akan laksanakan atas kapasiti muafakat yang telah terjalin. Biarpun ada menteri mengatakan Vape aspirasi anak muda namun slogan itu tidak terpakai di Johor..

Sebagaimana dengan titah Sultan, Datuk Wee yakin pengharaman ini tidak akan melibatkan isu perkauman dan mengalu-alukan titah Sultan itu dilaksanakan...

Vape bukan aspirasi anak muda di Johor!

Monday, December 14, 2015

Penganjuran Program Keagamaan Bersama Ustaz Kazim Elias Bukti McDonald's Peka Terhadap Tanggungjawab Sosial...

1 comments
Ustaz Kazim Elias sedang menyamparkan ceramah malam tadi
Malam tadi ketika berlangsungnya konsert Akhir Gegar Vaganza, McDonald's bersama beberapa badan lain telah bekerjasama menganjurkan sebuah program berbentuk keagamaan yang mana telah menjemput YBHG Datuk Ustaz Mohamad Kazim Elias..Program Santai Bersama Ustaz Kazim itu telah berlangsung di Bandar Tun Razak, Jengka Pahang..

Program tersebut telah dihadiri kira-kira 5,000 warga Felda sekitar kawasan Jengka..Ia merupakan salah satu program tanggungjawab sosial McDonald's kepada masyarakat yang menunjukkan betapa McDonald's mengambil berat keperluan sosial selain fokus utama mereka dalam bidang perniagaan makanan...

Sebelum ini kami telah menulis bahawa McDonald's Malaysia tidak langsung terlibat dengan segala bentuk sengketa yang berlaku di bumi Gaza apatahlagi memihak kepada Israel yang mengancam pembunuhan ramai umat Islam di Gaza..jika McDonald's dimiliki Yahudi adalah mustahil untuk McDonald's menganjurkan program keagamaan seperti ini...


Sebahagian besar keuntungan hasil penjualan produk mereka akan dikembalikan kepada rakyat tempatan untuk menggaji kira-kira 12,000 pekerja mereka di seluruh negara dengan 95% merupakan anak tempatan. Selain itu, McDonald's turut menjalankan tanggungjawab sosial mereka dengan penganjuran program berbentuk keagamaan seperti kita dapat lihat malam tadi..

Hasil jualan McDonald's Malaysia langsung tidak sampai ke Israel seperti yang didakwa oleh ekstremis menganjurkan himpunan boikot setiap kali berlaku serangan Israel ke atas bumi Palestin..anda boleh baca tulisan kami di SINI dan SINI untuk menjelaskan bahawa McDonald's Malaysia tidak terlibat dengan konflik Israel - Palestin...

Lihatlah betapa besarnya impak penganjuran program ini, begitu ramai yang hadir untuk mendengar ceramah Ust Kazim..

Tekun, masyarakat sekitar Jengka mendengar ceramah Ust Kazim


Ramai ekstremis boikot McDonald's mendakwa bahawa McDonald's Malaysia menyumbang kepada program kebajikan "Matching Gift" di Amerika Syarikat..Dana "Matching Gift" itu diberi kepada badan kebajika Israel yang dikenali sebagai Jewish United Fund (JUF)..tuduhan ini tidak benar! McDonald's Malaysia tidak terlibat dengan program Matching Gift..yang terlibat hanya McDonald's di Amerika Syarikat sahaja...lagi pun bagi kami JUF bukanlah badan kebajikan untuk menyumbangkan peralatan ketenteraan Israel ianya hanya sebuah badan kebajikan yang bertanggungjawab terhadap keperluan sosial seperti pendidikan, kebudayaan, sivil, anak muda dan kesihatan di Israel..

Matching Gift, JUF itu di Amerika Syarikat...Di Malaysia, McDonald's Malaysia hanya melaksanakan tanggungjawab sosial untuk negara kita sahaja..seperti program keagamaan bersama Ust. Kazim malam tadi...Program seumpama ini harus diperbanyakkan lagi agar masyarakat mendapat kebenaran bahawa McDonald's bukanlah sebuah organisasi yang anti Islam...

Nantikan ulasan kami seterusnya berkenaan tuduhan McDonald's dimiliki oleh Jack Greenberg iaitu seorang yang menyokong kuat Israel melalui beberapa komuniti Yahudi di Chicago dan McDonald's mempunyai 180 restoran di Israel...

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA