networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, January 14, 2015

Agbimuddin Kiram Penceroboh Lahad Datu Meninggal Dunia..Jangan Pula Angkat Dia Jadi Pejuang Pembebasan Sabah Sudah!


Agbimuddin Kiram ketua penceroboh Lahad Datu dilaporkan mati semalam kerana kompilasi jantung..kesian...yang menjadi kerisauan aku sekarang Kiram ini akan diangkat sebagai pejuang pembebasan Sabah oleh puak yang mahu mengucar kacirkan negara...

Tengok saja bagaimana Chin peng dan komunis diangkat sebagai wira negara oleh malaun-malaun yang tak faham sejarah..sama2lahnkita kenang sajarah dan berdoa perwira yang gugur dalam tragedi lahad datu ditempat dalam kalagan orang-orang beriman...amin

Laporan berita dibawah dipetik penuh daripada http://www.agendadaily.com/Berita-Terkini/ketua-penceroboh-lahad-datu-agbimuddin-kiram-meninggal-dunia.html

Ingat lagi ketua kumpulan penceroboh Lahad Datu Sabah Febuari 2013... Agbimuddin Kiram lelaki tua yang mengaku dia Raja Muda Kesultanan Sulu?

Khabarnya Agbimuddin meninggal dunia akibat serangan jantung di kampung halamannya Pulau Tawi-Tawi Selasa.

Media Filipina melaporkan Agbimuddin yang berjaya menyusup keluar dari kampung Tandou ketika serangn besar-besaran pasukan keselamatan Malaysia pada 5 Mac 2013 sebelum ini 'menghilang' dari pandangan orang ramai.

Beliau dipercayai bersumbunyi selepas kegagalannya dalam pencerobohan Lahad Datu.

Abangnya, 'Sultan Jamalul Kiram' meninggal dunia enam bulan selepas serangan di Manila juga kerana sakit jantung.

Menurut laporan Rappler, selain polis, tiga sumber yang berbeza mengesahkan Agbimuddin atau nama lainnya Datu Puing meninggal dunia di rumahnya di bandar Simunal Tawi-Tawi.

Agbimuddin adalah individu yang bertanggungjawab melatih ratusan 'tentera diraja Sulu, di Tubig Simunul, sebelum kira-kira 200 dari mereka menyerang Sabah atas alasan itu tanah Sultan Sulu.

Serangan diketuai Agbimuddin, manakala timbalannya adalah bekas pegawai kanan dalam pasukan tentera Filipina Jeneral Haji Musa Abdulla yang terbunuh dalam serangan pasukan keselamatan Malaysia.

Sepanjang pencerobohan pengganas Sulu yang berlarutan hampir dua bulan itu, seramai 10 anggota pasukan keselamatan terkorban dalam mempertahankan bumi Malaysia.

Mereka ialah Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabaruddin Daud, 46 (komando VAT 69) Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, 52, (Cawangan Khas Bukit Aman), Asisten Supritendan Michael Padel, 36, (Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna), Sarjan Abdul Azis Sarikon, 48, dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau, Sarjan Detektif Baharin Hamit, 49, (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah), dan Koperal Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

Selain itu, dua lagi askar turut gugur melibatkan Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja Tawau dan Koperal Ahmad Farhan Ruslan, 21, yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Tungku, Lahad Datu semasa dalam konvoi untuk Operasi Daulat.-13/1/2015

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA