networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, January 13, 2015

Eric Paulsen Ditangkap @PDRMSia..Mereka Semakin Berani Mempertikaikan Kesucian Islam...


Eric Paulsen yang mengeluarkan kenyataan kontroversi di Twitter miliknya yang mempertikaikan JAKIM mengguna khutbah untuk promosi extremis akhirnya ditangkap Polis sebentar tadi..kenyataan ini telah disahkan sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar...

Eloklah tu tangkap saja individu yang cuba mempertikaikan kredibiliti Islam...apa salah ka Khutbah Jumaat sampai hendak dipertikaikan..itu sudah termaktub dalam rukun solat Jumaat...kalau nak diikutkan tidak ada pula JAKIM menyeru orang mengundi BN dan membenci pakatan Rakyat...JAKIM hanya mengeluarkan teks khutbah berkaitan isu semasa tentang Islam bagi membangkitkan kesedaran umat Islam...nasihat tentang keagamaan untuk dijadikan panduan hidup...itu saja..

Isu ini sengaja dipetik bagi membangkitkan kebencian terhadap umat bukan Islam kepada Islam...lihat saja perkembangan dunia kes Charlie Hebdo baru-baru ini di Paris..mereka yang memulakan menghasilkan karikatur menghina Rasulullah SAW...bila 2 orang ekstrimis bangkit menentang perkara ini, Islam pula dilabel ganas..adakah adil sedangkan umat bukan Islam menghasilkan karya mengutuk Islam tidak pula diangap menghina agama?

Berkaitan isu tweet Eric ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada mengulas tentang perkara ini...ringkasan seperti di bawah...
Itu tak harus timbul sama-sekali kerana khutbah Jumaat adalah salah satu rukun yang kita guna falam sembahyang Jumaat dan disampaikan oleh khatib untuk umat Islam 
Tujuannya adalah untuk memperingatkan perkara-perkara yang penting bukan sahaja dari sudut Islam tetapi juga dari segi konteks masyarakat dan kemanusiaan. 
Mungkin Paul ni tak tahu langsung atau tidak mendalami soal Islam. Bila dia dengar sesuatu dia anggap ini sudah ekstrim. Sebenarnya ia tidak begitu. 
Sejak manalah di Malaysia ini orang kita di bertindak secara luar biasa dan ekstrim. Masyarakat Islam adalah yang paling moderate di Malaysia. 
Jadi kalau ada tanggapan begitu tak boleh kita biarkan. Saya setuju sangat seruan banyak pihak supaya pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengambil tindakan tegas, menyiasat berdasar fakta yang telah diungkapkan oleh beliau dan tindakan sewajarnya mesti diambil pasal bagi saya mungkin ramai yang bukan Islam yang tak faham apa Islam itu sebenarnya sehinggakan perkara yang biasa dianggap ekstrim. 
Jadi ini satu perkara yang perlu kita ambil perhatian dan tak boleh dibiarkan

Isu menggugat kestabilan Islam ini telah dan sedang berlaku dinegara kita, ia turut di sentuh oleh Pengerusi Eksekutif Yayasan Pondok Malaysia, Dato’ Dr Mashitah Binti Ibrahim ketika beliau menyampaikan ucapan semasa Perhimpunan Agung UMNO yang lalu..antara petikan yang disentuh ialah 
Apabila mereka dicubit sedikit sahaja mereka langsung bangun tapi apabila orang Islam dilanyak sekeras-kerasnya apakah kita masih lagi berdiam..itulah maksud saya...saya tak kata bangun pergi menyerang mana-mana pihak..saya tidak menghasut orang Melayu bangun menentang..memukul kaum Cina ataupun membuat sesuatu yang boleh menimbulkan kekecohan perpaduan..saya rasa adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyedar bahawa peristiwa-peristiwa ini berlaku..adakah kita sedar..
Bila Dr Mashitah menyentuh perkara ini, datang pula macai PAS menentang statement ini..katanya Dr Mashitah menghina agama lain..menghina orang hendak berhijrah....

PAS hanya tahu menyalahkan pihak lain..ternyata mereka gagal
memperjuangkan Islam sebagaimana dasar parti itu..
Kes baru-baru ini turut berlaku di Malaysia yang mana ada anak Melayu memeluk artis K-Pop..itu semua hendak memesongkan aqidah umat Islam..bila kita sensitif dan bercakap perkara ini...tuduh kita terlalu radikal dan keterlaluan..PAS pula menyalahkan kerajaan gagal didik rakyat...PAS hendak menyalahkan orang lain...Persoalannya, apa yang dilakukan oleh PAS yang kononnya memperjuangkan Islam sedangkan isu mengenai sensitiviti agama pula disalahkan pihak lain....mereka ini hanya memperjuangka demi kepentingan politik bukannya agama...sungguh teruk...

1 comment:

Anonymous said...

sumbat saja di penjara

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA