networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, January 23, 2015

Jawapan Terhadap Tuduhan Liar Cukai & GST Haram...


Tatkala negara kita sedang menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu timbul pula pakar-pakar ekonomi yang mahu menjadi hero entang ekonomi mengatakan hukum GST adalah haram...

Pemimpin negara bersungguh-sungguh melakukan yang terbaik untuk memastikan ekonomi negara kita stabil..baru-baru ini PM DS Najib Razak telah mengumumkan langkah penyelarasan ekonomi negara menghadapi keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu..penurunan mendadak harga minyak dunia dan keadaan geografi negara yang menghadapi cabaran membuatkan PM mengumumkan langkah penyelarasan bagi mengimbangkan ekonomi negara kita...

Berbagai langkah telah diwujudkan bagi mengurangkan perbelanjaan...pengumuman tersebut boleh rujuk di sini..

Ada seorang Ustaz cuba menjadi hero ekonomi mengatakan Cukai GST Haram buat umat Islam..sedar atau tidak negeri Kelantan pun mengalami masalah yang sama apabila Menteri Besarnya menegur sikap tidak bertanggungjawab rakyat yang tida membayar cukai tanah...apakah ini juga haram?


Negara kita bukan yang pertama mahu laksanakan GST...setakat yang saya tahu, setakat ini sudah 26 buah negara Islam (OIC) melaksanakan GST...kenapa bila hendak dilaksanakan di Malaysia saja timbul macam-macam suara mengatakan itu cukai haram pula...adeh!

Sepatutnya kita kena terima penambahbaikkan sistem percukaian negara yang mana GST hanya dikenakan sebanyak 6% sahaja untuk barang-barang tertentu dan cukai melampau SST sehingga 16% sudah dimansuhkan...apakah ini tidak baik untuk rakyat?atas keprihatinan kerajaanlah ianya perlu dilaksanakan....

Agaknya sudah menjadi sajian wajib para pembangkang untuk membangkang apa saja usaha kerajaan untuk majukan negara...tengok saja Rafizi..bila kerajaan tak umumkan penurunan harga minyak..dia bising...bila kerajaan turunkan harga minyak pun dia bising juga kata pengusaha minyak pula rugi...

Sudah-sudahlah tu wahai ustaz-ustaz yang masih lagi berhasad dengki...cucikan diri tu..bersihkan hati..dihari Jumaat ini eloklah kita muhasabah diri...

Mengenai dakwaan Ustaz tersebut yang mengatakan GST Haram...bawah ini saya sharekan panjang lebar mengenai hukum GST yang dikeluarkan oleh JAKIM...

JAKIM jawab hujah GST haram

Seksyen Muamalat, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah tampil memberi penjelasan berikut;

1. Sistem percukaian adalah salah satu mekanisme untuk menjana kemakmuran ekonomidalam sesebuah negara. Oleh yang demikian, salah satu sumber negara yang telah diamalkan hampir seluruh negara di dunia hingga ke hari ini ialah melalui konsep percukaian. Percukaian dalam pelbagai bentuk yang dirasakan sesuai akan dikenakan kepada rakyat jelata demi kepentingan mereka.

2. Dalam Islam, sesebuah kerajaan mempunyai hak untuk mengadakan dasar percukaian dalam memungut hasil kepada negara, asalkan dasar tersebut digubal menepati prinsip yang adil dan tidak membebankan individu rakyat (sektor swasta). Hak ini diasaskan kepada hadis Nabi SAW:

3. Mengikut Marghinani, jika sumber pendapatan negara tidak mencukupi, negara perlu memungut cukai daripada rakyat untuk membiayai kepentingan umum (al-Marghinani: 1996). Begitu juga pandangan Imam Abu Yusuf yang menjelaskan bahawa kadar cukai negara boleh menaik atau menurun mengikut kemampuan rakyat (Abu Yusof:1979).

4. Jika disingkap tentang sejarah percukaian dalam Islam, ia telah bermula sejak zaman Nabi Muhammad SAW apabila cukai yang dikenali sebagai jizyah telah diperkenalkan pada ketika itu. Jizyah merupakan cukai kepala yang dikenakan kepada golongan bukan Islam yang menetap di bawah pemerintahan Islam (al-Mausuah al-Fiqhiyyah: 2001). Dengan cukai jizyah, merekaberhak mendapat perlindungan dan penjagaan terhadap segala aspek sama ada harta, keluarga, darah dan sebagainya.

5. Pada zaman Umar al-Khattab pula, beliau telah mewujudkan cukai tanah (kharaj), cukai perdagangan (ushur) dan lain-lain cukai telah dikembang serta diselaraskan agar dapat memberikan dana yang mencukupi bagi pembangunan negara. Dalam konteks cukai tanah (kharaj), ia dikenakan ke atas tanah-tanah yang dibuka oleh orang Islam secara peperangan. Cukai kharaj mula dilaksanakan dengan meluas apabila Khalifah Umar al-Khattab berdasarkan ijtihadnya dan beliau telah mengarahkan supaya tanah yang diperolehi daripada hasil peperangan tidak lagi dibahagikan kepada tentera yang berperang secara ghanimah. Sebaliknya tanah tersebut dijadikan wakaf bagi kepentingan orang-orang Islam dan bukan Islam. (Abu Yusuf: 1952)

6. Pada asalnya, cukai bukanlah suatu perkara yang dibebankan secara berterusan kepada rakyat dan bukan sesuatu yang fardhu iaitu sama seperti kefardhuan zakat yang tanggungjawabnya secara berterusan dan dikeluarkan dengan kadar yang tetap setiap tahun. Sebaliknya, ia ialah satu pungutan yang diperlukan, sesuai dengan kehendak dan keperluan negara semasa serta selari dengan konsep siyasah syari’yyah yang digariskan oleh Islam.

ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

7. Cukai didefinisikan sebagai pungutan berbentuk wang oleh kerajaan terhadap individu dan organisasi yang berkaitan dengan negara untuk kegunaan negara secara langsung atau secara tidak langsung kepada pembayar cukai sebenar yang menerima beban cukai itu (Kamus Dewan: 2010).

8. Manakala cukai langsung ialah cukai yang dikenakan terhadap pembayar cukai secara langsung atau terus dan tidak boleh dipindahkan kepada orang lain. Contohnya ialah cukai pendapatan. Cukai tidak langsung ialah tanggungan beban cukai yang boleh dipindah oleh pembayar cukai kepada pihak ketiga atau penerima manfaat akhir terhadap barangan atau perkhidmatan itu. Contohnya cukai kastam, cukai jualan. (Wang Leng Whatt: 2013)

9. Terdapat pelbagai pandangan yang dikemukakan oleh ulama mengenai cukai antaranya:

a. Ibn Hazim
Ketika membahaskan tentang permasalahan cukai, beliau tidak menggunakan perkataan cukai (dharibah) tetapi menggunakan perkataan yang sama erti dengan cukai. Beliau telah menggunakan perkataan penetapan pemerintah dalam bentuk kewangan ke atas rakyatapabila berlaku sebab tertentu. (Ibn Hazim: 2003). Pandangan ini bersandarkan kepada dalil-dalil al-Quran, hadis dan pendapat sahabat.

b. Imam Haramain al-Juwaini
Penetapan pembayaran cukai mengikut Imam al-Haramain al-Juwaini adalah berdasarkan oleh ijmak ulama yang menyebut bahawa menjadi kewajipan pemerintah dalam mempertahankan daulah. Maka apabila baitulmal tidak mampu menampung perbelanjaan ketenteraan, maka pemerintah boleh mengenakan sistem pembayaran cukai ke atas mereka yang berkemampuan.

c. Imam al-Ghazali
Menurut Imam al-Ghazali di dalam kitabnya al-Mustasfa (al-Ghazali:1992), tidak harus dikenakan cukai ke atas rakyat jika sekiranya harta benda yang berada di tangan adalah mencukupi. Namun begitu, jika sekiranya unit ketenteraan Islam tidak memiliki wang yang cukup dan baitulmal tidak mampu menanggung perbelanjaan ketenteraan, maka harus kepada pemerintah mengenakan cukai kepada golongan yang kaya sekadar jumlah yang dapatmenampung perbelanjaan ketenteraan. Pemerintah Islam harus memberi tanah kerajaan kepada tentera sebagai ganti cukai.

Oleh itu, penetapan cukai ke atas golongan yang kaya adalah mudharat yang lebih ringan jika dibandingkan dengan tentera yang meninggalkan tugas ketenteraan kerana mencari keperluan hidup.

d. Ibn Taimiyyah
Dalam membincangkan tentang keharusan sistem pembayaran cukai, Ibnu Taimiyyah berdalilkan dengan qias aulawi di mana beliau berkata Jika sekiranya Allah mewajibkan ke atas para sahabat yang berjihad dengan harta dan jiwa raga mengeluarkan usyur dari hasil tanaman mereka, maka sepatutnya lebih diwajibkan ke atas golongan yang berkemampuan yang tidak keluar berjihad mengeluarkan kewangan untuk menampung perbelanjaan jihad (maslahah umum).

e. Al-Shatibi
Mengikut al-Shatibi (al-Shatibi: 2008), pengambilan cukai menjadi keharusan apabila pemerintah itu seorang yang adil dan membelanjakan harta tersebut pada jalan yang diharuskan syarak.

f. Ibn Khaldun
Mengikut Ibn Khaldun pula dalam karyanya al-Muqaddimah (Ibn Khaldun: 2010), beliau telah menggariskan dasar khusus dalam penggubalan percukaian sesebuah negara. Antara saranan yang dinyatakan beliau tentang dasar percukaian ialah:

“Apabila taksiran cukai dan kewajipan membayar cukai ke atas rakyat adalah sedikit, mereka mempunyai kesungguhan dan semangat untuk mengusahakan sesuatu. Budaya keusahawanan menjadi berkembang dan meningkat, sebab pengenaan cukai yang rendah itu mendorong kepada suatu kepuasan hati. Apabila budaya keusahawanan meningkat, jumlah kewajipan terhadap orang perseorangan dan taksiran cukai akan berlipat ganda. Sebagai akibatnya, hasil pendapatan cukai yang merupakan jumlah keseluruhan daripada (taksiran terhadap orang perseorangan) akan meningkat.”

Daripada pandangan Ibn Khaldun ini, antara yang ditekankan dalam isu percukaian ialah pembentukan cukai terhadap rakyat hendaklah pada kadar yang rendah kerana ia akanmerangsang semangat keusahawanan dan jika jumlah cukai perlu ditingkatkan, maka ia hendaklah pada kadar yang minimum.

Selain itu, pemerintah juga perlu sentiasa berwaspada agar kemewahan yang mengakibatkan perbelanjaan negara meningkat perlu sentiasa dikawal.

g. Ulama Kontemporari
Bagi ulama kontemporari seperti Dr. Yusuf al-Qaradawi, Sheikh Ali Muhyiddin Al-Qurrah Daghi, dan Syeikh Mahmud Syaltut, mereka berpendapat harus pengambilan cukai sebagai tambahan kepada zakat, sedekah, jizyah dan ushur bagi memastikan kerajaan dapat mengurus kemaslahatan ummah seperti membangunkan kebajikan rakyat, bayaran gaji pegawai-pegawai kerajaan dan penyediaan infrastuktur untuk kemudahan rakyat. (Yusuf al-Qaradawi: 2000) Ini berasaskan kaedah fekah yang masyhur.

4 comments:

Anonymous said...

Al-Shatibi
Mengikut al-Shatibi (al-Shatibi: 2008), pengambilan cukai menjadi keharusan apabila pemerintah itu seorang yang adil dan membelanjakan harta tersebut pada jalan yang diharuskan syarak.

adil ke pemerintah yang hidup mewah sedangkan rakyat kena tanggung segala2nya?
adil ke pemerintah yang menyruh rakyat berjimat sedangkan depa sendiri culas dan membazir tak kira masa dan tempat?
dua persoalan di atas sdh cukup menunjukkan pengutipan cukai yang dimaksudkan adalah haram.

Anonymous said...

nk senang usahalah lebih... jgn dengki...

Anonymous said...

Harus je..x jatuh wajib,perlu dikaji untuk kepentingan rakyat yang utama bukan golongan berada

Dj Roll-X said...

Harus jika mengikut syarat!
berapa banyak mak bapak kita yg pendapatan sebulan rm450-850? berapa gaji ibu bapak si peladang pertani, nelayan and penoreh? tahu tak masih ramai orang yang duk kat kl gaji rm850 tambah elaun rm1300. tolak sewa rumah, bil air, bil api, tambang pergi kerja, barang dapur,harus kah mereka bayar cukai? siapa yang akan kisah pasal diorng yg tertindas? SST tu kena pada perniaga GSt kena pada semua termasuk yang miskin tu!

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA