networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, January 31, 2015

Kemalangan Bas Sekolah Cetus Kebimbangan Ibu Bapa..Daftarkan Insurans Anak Anda Segera Secara Percuma!!!


Beberapa hari lepas media telah memaparkan insiden melibatkan bas sekolah di Masai Johor. Kemalangan melibatkan bas sekolah ini sudah tentu mencetuskan kebimbangan ibu bapa para pelajar..tahun lepas sahaja, ada kes kematian melibatkan pelajar sekolah ketika menaiki bas sekolah di Taman Universiti, Skudai..kes tersebut berlaku diluar jangkaan apabila bas sekolah tersebut tergelincir ke kolam kumbahan..yang telah meragut nyawa seorang murid Tadika Kemas...

Adalah lebih elok saya share dahulu berita terkini melibatkan kemalangan bas sekolah yang berlaku di Masai, Johor...
JOHOR BAHRU: Sebuah van sekolah yang membawa 15 pelajar Sekolah Agama Kota Masai terbalik setelah melanggar sebuah bas di Jalan Tembikai Utama, Pasir Gudang, di sini, hari ini. 
Kemalangan di simpang tiga yang berlaku pada pukul 10 pagi itu menyebabkan kesemua pelajar berkenaan cedera ringan dan mereka dihantar ke Hospital Sultan Ismail, di sini, untuk rawatan. 
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika bas yang datang arah Jalan Tembikai Utama cuai dipandu semasa hendak keluar dari simpang. 
"Berikutan itu, bas berkenaan telah dilanggar oleh sebuah van sekolah yang datang dari arah Jalan Nenas Utama dan seterusnya menyebabkan van sekolah terbalik di atas jalan," katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini. 
Abdul Samad berkata siasatan di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 sedang dijalankan.
- BERNAMA


Hasil semakan saya di laman web http://www.spad.gov.my/. Bas Sekolah tersebut tiada masalah dari segi undang-undang...mempunyai lesen dengan SPAD dan yang paling penting, anak-anak dilindungi denga insurans bas sekolah SPAD..

Bukan kita mahukan kecelakaan terjadi, setidak-tidaknya bila kemalangan berlaku dapatlah keluarga tuntutan mahupun pampasan..jadi apa yang perlu dilakukan ibu bapa sebelum menaikkan anak ke bas sekolah ialah..semak status bas sekolah dengan memasukkan no plat kenderaan di SINI untuk menyemak status bas sekolah tersebut dari segi perundangan..seterusnya ibu bapa perlu mendaftarkan Skim Insurans Murid Sekolah di SINI..

Senang bukan?tidak perlu bayaran pun untuk register insurans...ini semua atas inisiatif YAB Perdana Menteri yang prihatin terhadap anak-anak kita..pengumuman tersebut telah dibuat pada pembentangan Bajet 2013..dan dilanjutkan sehingga tahun ini...boleh semak kenyataan tersebut di SINI

Semua kerajaan telah sediakan...sekarang terpulang kepada ibu bapa untuk mendaftarkan anak anda ke Skim Insurans ini..jangan nanti Sudah Terantuk Baru Tengadah....

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA