networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, January 10, 2015

Misi Pasca #Banjir : Yayasan Mesra Hantar Bantuan Di Kelantan...


Yayasan Mesra turut tidak ketinggalan dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir di Pantai Timur..Khidmat sosial ini merupakan Khidmat Mesra Yayasan ini bagi memberi bantuan keperluan asas kepada mangsa yang terlibat dalam bencana ini..

Konvoi menghantar bantuan ke pantai timur ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Eksekutif Yayasan Mesra, En. Fazli Bin Hj. Buyong..Perjalanan mereka bermula jam 1.30 pagi pada 8 Januari yang lalu menuju ke Tanah Merah...

Setibanya di Dewan Insaniah. Kg. Kelewek Kelantan di bawah  Ahli Parlimen Tanah Merah, YB Datuk Ikmal Hisham, mereka telah menyerahkan barangan sebanyak 1 0 tan yang mana mengandungi barangan seperti Beras, minyak masak, biskut, maggi dan telur...

Bencana ini telah mengajar kita betapa pentingnya kita membantu orang yang memerlukan...kebersatuan amat penting tanpa mengira fahaman politik...Admin ingin merakamkan jutaan tahniah dan syabas kepada krew Yayasan Mesra yang telah memberi bantuan kepada mangsa yang memerlukan..di bawah ini beberapa gambar sepanjang misi Khidmat Mesra Yayasan Mesra di Kelantan...








Banyak bantuan telah disalurkan..semoga bantuan ini dapat meringankan beban mangsa banjir....ketika lihat gambar-gambar ini, aku terfikir kemana perginya geng Bersih yang beria-ia dulu anjur demonstrasi Bersih...Bersihkan Sistem Pilihan Raya boleh..takkan bila banjir ni sunyi sepi kot?

Bila demoonstrasi Bersih sanggup pula pergi sendiri..bila Banjir ramai macam nikan bagus....cepat sikit bersih kekotoran banjir nih...



No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA