networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, January 29, 2015

SPAD Nafi Akan Perkenalkan Tuk-Tuk...Salah Ke Tuk-Tuk Beroperasi Di Malaysia?


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menafikan bahawa pihaknya akan perkenalkan kenderaan beroda tiga-tiga atau dikenali sebagai tuk-tuk di negara kita...Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar menjelaskan bahawa SPAD tidak mempunyai kuasa sewenang-wenangnya untuk bercakap mengenai tuk-tuk..

Namun sebagai sebuah Suruhanjaya yang bertanggungjawab mengelola sistem pengangkutan awam darat di negara ini, SPAD tidak akan menolak jika ada pihak akan memperkenalkan perkhidmatan ini..

“Kita hanya keluarkan lesen, tapi kalau ada orang yang berminat (untuk sediakan perkhidmatan tuk-tuk) kita akan bincang dengan pengguna juga dan kerajaan,” jelas Tan Sri Syed Hamid..

Sebelum membuat keputusan, SPAD perlu mendapat reaksi daripada pengguna, pengusaha teksi dan kerajaan..

Seperti perkhidmatan UBER juga..SPAD tidak melarang asalkan mematuhi undang-undang..biarpun mendapat tentangan daripada pengusaha teksi, SPAD tiada halangan untuk menolak UBER asalkan mematuhi peraturan dan undang-undang..

Pengusaha Teksi perlu faham, SPAD bukan hanya mengelola TEKSI..tapi lebih besar dari itu yang mana berkaitan dengan perkhidmatan pengangkutan awam darat semuanya dibawah kelolaan SPAD..

Berkenaan dengan perkhidmatan Tuk-Tuk ini, saya bersetuju dengan perkhidmatan tuk-tuk..perkhidmatan ini lebih ekonomi dan sesuai digunakan dibandar kecil, kawasan pekan dan pusat-pusat pelancungan...

Ada yang kata Tuk-tuk ini kolot dan langkah terkebelakang kerana perkhidmatan ini hanya ditawarkan oleh negara mundur...itu hanya jawapan yang tak masuk akal..teknologi semakin canggih..inovasi semakin berkembang..kita tengok design teksi Tuk-Tuk yang terkini...apakah anda berfikiran Tuk-tuk ini perkhidmatan negara mundur?



Jika pengangkutan Tuk-tuk lebih mendapat permintaan daripada pengguna..apa salahnya ia dilaksanakan..tuk-tuk ini hanya kenderaan ringan dan untuk lingkungan jarak yang dekat..kos pun murah...jika dari rumah untuk ke pasar harga RM 10 jika guna teksi..dan RM 5 dengan menggunakan Tuk-Tuk..kita sebagai pengguna pun tahu pengangkutan mana lebih sesuai dan jimat kan..

Pendapat saya, jika pemandu teksi merasakan Tuk-Tuk akan mnutup pintu rezeki mereka lebih elok pemandu itu memikir bagaimana untuk menarik perhatian pengguna..ataupun beralih kepada pemandu tuk-tuk jika ia menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda...betul tak?

SPAD seharusnya mengambil jalan tengah dengan tidak mencampuri atau memihak mana-mana...tanggungjawab SPAD perlu mengelola semua pengangkutan awam secara adil..bak kata Perdana Menteri, Najib Razak "kalau mahu buat apa-apa berkaitan dengan kenderaan awam kena pastikan ia turut mendapat reaksi daripada pengguna,”"

2 comments:

Anonymous said...

Aku setuju Tuk Tuk dibawa ke malaysia ,biar pemandu teksi yg suka cekik darah sedar bukan teksi dia saja yg boleh bawa pelanggan, LAGI CEPAT LAGI BAGUS

Anonymous said...

Pemandu Teksi kat Malaysia perasan bagus..kalau Tuk Tuk lebih murah lagi bagus..naik teksi mahal

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA