networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, January 15, 2015

Sukarelawan Banjir CRSM Harungi Lumpur Untuk Sampaikan Bantuan...Pemilik 4WD Berminat Boleh Hubungi CRSM!!!


Sukarelawan Crisis Relief Squad Of MCA (CRSM) begitu bersungguh-sungguh untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di pantai timur...sebelum ini admin ada post artikel mengenai CRSM yang memberi bantuan untuk mangsa banjir SINI dan bantuan kelengkapan persekolahan di SINI...

Kali ini kita lihat dengan lebih dekat bagaimana usaha CRSM ini menghantar bantuan...kecekalan mereka sanggup mengharungi perjalanan berliku tidak kira jalan darat, air mahupun hutan yang becak..

Di sini admin hendak kongsikan kegigihan mereka ini ketika dalam misi menghantar bantuan ke perkampungan orang asli di Gua Musang...mereka menggunakan 4WD untuk menghantar..dalam perjalanan team CRSM ini tersangkut dalam lumpur beberapa kali..sehinggan sukarelawan CRSM terpaksa menurunkan barangan bantuan di sebuah depoh di tengah jalan...

Orang Asli di sini terpaksa berjalan kaki ke depoh tersebut bagi mendapatkan bekalan yang dihantar...admin yakin banyak lagi NGO yang menghadapi masalah yang serupa untuk menghantar bekalan untuk mangsa banjir sehingga ada kes yang meragut nyawa sukarelawan Petronas..admin uapkan takziah dan sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa...

Bagi meneruskan misi bantuan kemanusiaan ini, CRSM menyeru kepada pemilik atau team 4WD untuk penghantaran bantuan mangsa banjir bagi perjalanan mencabar boleh hubungi CRSM di talian 03-22033978/79

Kita 1 Malaysia..bantuan tanpa mengira agama dan bangsa...Chaiyok CRSM!

Bawah ini admin kongsikan gambar situasi mencabar yang terpaksa diharungi oleh sukarelawan CRSM










No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA